Memaparkan catatan dengan label drama melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label drama melayu. Papar semua catatan

14 Sep 2015

Kelas F TV1

Wei mana nak cari drama Kelas F? drama ni ditayangkan pada tahun 2001 kat tv1. Waktu tayangan 7pm. drama Kelas F menceritakan tentang alam persekolahan. Kelas F ni kelas belakang. so bebudak Kelas F ni selalu dipandang rendah oleh bebudak Kelas A. Bukan itu ja, cikgu Kelas A pun turut memandang rendah kepada cikgu Kelas F dan bebudak Kelas F. drama Kelas F dilakonkan oleh Rusdi Ramli(sebagai guru kelas F) dan Haliza Misbun(sebagai guru kelas A)

Lagu tema drama ni pun best.
Kelas F, banyak ceritanya
banyak ragamnya
suka dukanya, gembira

Oh guru maafkan kami
bimbinglah kami
kami semuaa

tone/irama lagu Kelas F ni melekat kat otak aku!

8 Sep 2015

Drama Hati Waja

drama Hati Waja ni disiarkan dalam slot spektra tv 1 atau tv 2 aku tak berapa ingat. lagi pun time tu aku sekolah rendah lagi. drama Hati Waja ni aku rasa tahun 1999 kot. dilakonkan oleh rusdi ramli, faizal hussain, raja azura dll. Drama ni berkisarkan tentang ilmu persilatan. Syahadan(rusdi ramli) dan taktau(tak ingat la nama watak yang dibawa faizal hussain) belajar silat dengan tok guru mereka. Tapi faizal hussain ni belot, salah guna ilmu. Lepas tu dia buat konspirasi yang kematian tok guru mereka adalah perbuatan Syahadan. Maka bermula lah pelbagai konflik

RTM kami menyeru tolong siarkan balik drama Hati Waja

29 Jun 2015

Maya Mira tv3

drama Maya Mira tahun 2002 kot,aku tak ingat. Tayang kat tv3

drama Maya Mira ni lakonan rosyam nor, hans isacc dan nasha aziz. kisah percintaan dua rakan karib dengan Maya dan Mira. mereka tak tahu yang Maya dan Mira sebenarnya kembar. mereka ingat Maya dan Mira adalah individu yang sama. Mereka dapat tahu mereka kena game dengan Maya Mira ni. jadi mereka nak game baliklah Maya Mira ni. Best drama ni