Awak Berani?


Lelaki: Assalamualaikum, boleh berkenalan? 

Gadis: Waalaikumussalam..boleh je..ni nombor telefon mak saya.
call la dia dulu..kalau dia kata ok, awak call ayah saya pulak.
kalau dia kata ok, awak call tok kadi..kalau dia kata ok jugak.
kita terus nikah je

Kenapa Nak Kawin dengan anak pakcik


Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya: 
"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik?

1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa ja
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik

Tak takut ke


Budak kecik : Kenapa kakak pakai topi keledar tu?

Kakak : Undang-undang suruh pakai Dik, kalau tak pakai takut kena saman. Lagipun untuk keselamatan. Kalau berlaku kemalangan kepala kita akan selamat

Budak kecik : Akak, kenapa tak takut pun bila tak pakai tudung kepala? Kan undang-undang Allah suruh perempuan pakai tudung dan tutup aurat. Lagipun kakak tak takut ke keselamatan kepala kakak nanti di Akhirat

Jika Benar Sayangkan Wanita itu



Wahai manusia yang bernama Lelaki
Jika benar kau kasih dan cintakan Wanita itu :


: Bawalah dia ke jalan Allah
: Nasihatilah dia dengan penuh hikmah
: Perbetulkan kesilapannya dengan berhemah
: Jagalah dia dengan sepenuh hati
: Kasihanilah dia seadanya
: Lindungilah dia sebaik mungkin
: Berilah kasih sayang padanya setulus sanubari
: Hargailah dia selayaknya
: Ucapkan terima kasih atas semua kelebihan dan jasa-jasanya
: Bersabarlah dengan tingkah lakunya
: Terimalah & redha dengan kekurangan yang ada padanya
: Jadilah imam terbaik yang dapat membimbingnya
: Ampun dan maafkanlah dia atas segala kesilapannya

Trima Kasih ye dik



Aku ke sebuah sekolah. terpingga-pingga mencari pejabat. besar jugak sekolah tu.
Kebetulan selisih dengan seorang budak perempuan.jernih wajahnya


aku : adik, pejabat katmana?


budak : en jalan terus sehingga jumpa bilik tayangan. lepas tu en belok kiri sampai nampak signboard pejabat(kemas dan penuh keyakinan tutur katanya)


aku : terima kasih ye dik


budak : sama-sama (sambil tersenyum)


aku : adik darjah berapa?


budak : darjah 2


aku : oh baru darjah 2.belajar rajin2 ye dik


budak : terima kasih (sambil tersenyum malu)


Terus terlintas difikiran aku
bijak budak ni. daripada tutur kata dan air mukanya aku nampak potensi dia.
Mesti parent dia beri didikan yang baik

Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...