20 Mac 2014

maksud surah At-Taubah ayat 71

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah,sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(At-Taubah:71)

Berkata Baik atau Diam

Rasulullah Shallahu 'alaihi Wassalam bersabda:mafhumnya
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir
hendaknya dia berkata-kata perkataan yang baik
atau diam" (HR Bukhari)

1 Mac 2014

Cinta adalah Rezeki

Cinta adalah rezeki. Bak kata Nabi s.a.w tentang isterinya Khadijah: "Aku telah direzekikan cintanya" (Riwayat Muslim). Apabila ada orang mencintai kita itu merupakan rezeki kerana bukan semua orang dicintai. 
Seseorang yang beristeri ataupun bersuami belum tentu mendapat nikmat 'dicintai' ataupun 'mencintai'. Apabila kita mempunyai isteri ataupun anak yang cinta dan kasih kepada kita maka bersyukur atas rezeki cinta itu.
Apabila ada orang tampil menyatakan cinta dan kasih kepada kita, maka kita bersyukur. Mungkin kita dapat membalaskan kembali cintanya dalam bentuk ikatan tertentu, mungkin juga tidak. Namun rasa cintanya kepada kita amat kita syukuri kerana ramai orang tercari-cari cinta dan kasih sayang di sana-sini tidak berjumpa sedangkan kita memperolehinya. Apa yang penting urusan cinta dan kasih itu dikendalikan dengan cara yang betul.
Apabila seorang sahabat memberitahu Nabi s.a.w bahawa dia menyayangi seseorang kerana Allah. Nabi s.a.w menyatakan: "Beritahulah dia". Lalu orang itu memberitahunya: "Aku mencintaimu kerana Allah". Lelaki itu menjawab: "Moga Allah mencintai engkau yang mencintaiku keranaNYA". (Riwayat Abu Daud).

kredit DrMaza.com