26 Mac 2018

sinopsis Fabricated City bahasa melayu











Sinopsis Fabricated City

Mengisahkan seorang remaja dipenjarakan kerana merogol dan membunuh. Kwon Yu menjadi bingung kerana dia tidak mengetahui apa-apa. Menjadi tanda tanya kepada Kwon Yu,bagaimana dirinya ada dalam rakaman cctv ditempat kajadian,begitu juga cap jarinya. Dia percaya perkara ini dirancang dengan teliti. Dia perlu mencari dalang disebalik semua ini. Siapa pembunuh sebenar? (teruskan membaca,tiada spoiler)

Kwon Yu menyusun strategi,dia berjaya meloloskan diri dari penjara. Kwon Yu menjadi individu dikehendaki. Dia tekad membersihkan namanya. Namun menjadi masalah kepada Kwon Yu bagaimana cara untuk membersihkan namanya,kerana dia tidak boleh muncul di khalayak. Ketika masyarakat memandang jijik kepada Kwon masih adakah orang yang mempercayai dan ingin membantunya?

9/10 bintang untuk Fabricated City. Memang terbaik.
Jalan cerita menarik. Penuh suspen.
Starting pun dah kaw-kaw.

Serius tak senang duduk aku tgk movie ni.
Pengarah movie ni mmg kreatif.

Wajib tonton!

18 Mac 2018

Kisah disebalik lagu Taman Rashidah Utama

Taman Rashidah Utama
lirik : Bob Lokman
lagu : Bob Lokman
Tahun 1988

Setelah sekian lama berahsia tentang lagu Taman Rashidah Utama,akhirnya Bob Lokman dedah kisah disebalik lagu itu. Ia terinspirasi dari kisah benar perjalanan hidupnya. Seorang lelaki yang cintanya tidak terbalas dan meluahkan perasaan melalui lagu itu

Ketika berusia 20-an,Bob Lokman kenal sorang gadis 14 tahun dan jatuh cinta dengannya. Dia tinggal di Taman Rashidah Utama,Seremban.
Bob berulang-alik Seremban ke KL sebab Wings berlatih di studio di sana.
Pada suatu hari,gadis itu singgah di studio dengan rakan-rakannya untuk bertemu Wings. Dia cantik tapi dia tidak pernah hiraukan Bob.
Bob tetap suka dia dan mereka berkawan.

Bob berulang dari Seremban setiap hari untuk melihat gadis tu dari jauh ketika dia menunggu bas sekolah setiap pagi.
Sanggup tunggu sampai gadis tu habis sekolah dan rancang nak jumpa keluarganya untuk masuk meminang. Tapi gadis tu jelaskan dia tak ada perasaan pada Bob.
Bob tetap hantar rombongan namun pinangan ditolak oleh gadis itu dan keluarganya. Patah hati seorang lelaki.
Selepas pinangan ditolak, Bob ke Seremban dan melalui perumahan itu untuk melihat gadis itu walau untuk sekejap. Tidak lama kemudian Bob pasrah, dari situlah datang ilham lagu Taman Rashidah Utama.

Bob menceritakan kisah yang berlaku tahun 1987 mereka nak berjumpa. Janji pukul 4 nak jumpa. Bob pukul 3 dah sampai. Tunggu hingga pukul 9 malam gadis tu tak datang.
Betapa setianya seorang lelaki apabila mencintai seseorang wanita.
Pada malam tu hari hujan. Bob tengah hisap rokok dan air hujan terkena api rokok.Nak cucuh rokok balik tapi mancis habis.
Disitulah membawa kepada rangkap

Ku berjalan di dalam hujan
Mencari api yang terpadam
Namun sudah sekian lama
Hanyalah gelap gelita

siapa gadis disebalik Taman Rashidah Utama?
Sebenarnya gadis disebalik Taman Rashidah Utama adalah Aida Aris,pelakon terkenal dan cantik lewat 90an dan awal 20an.
Masa kisah ni terjadi Aida Aris bukan la pelakon. Dia masih bersekolah Tingkatan 2.
Setelah Aida Aris jadi pelakon, mereka masih kekal berkawan sehinggalah hari ini. Malah mereka tergelak mengenangkan apa yang terjadi antara mereka dulu.

Agak-agak Aida yang masa tu masih sekolah tahu tak lagu Taman Rashidah Utama tu kisah tentang dia?

nst.com.my/lifestyle/groove/2018/03/345682/heartbreak-hit