Khayalan yang Nyata

cerita ini mengandungi unsur positif kaitan antara Manusia, Tuhan dan Alam. cerita ini adalah imaginasi penulis. secara sedar ataupun tidak mungkin ia berlaku kepada kita. Jika tidak berlaku sekalipun cuba kita create bahawasanya suasana itu berlaku dan bukannya khayalan. Watak utama dalam cerita ini adalah diri anda sendiri. kita lihat kita rasa kita bahagia. Tenangkan hati dan beri tumpuan. semoga santai dan enjoy membacanya

  6.15 pagi.Ali terjaga dari lena.daripada baring dia duduk di tempat yang sama.berhabernasi. Memerhati keadaan sekeliling biliknya dengan cahaya yang samar2. Dia sendiri tak tahu apa yang dia lakukan.mungkin kebiasaan.5 minit berhibernasi Ali bangun menuju mencari suis lampu. dipetik suis itu seraya lampu kalimantang bersaiz 2 kaki itu menyala. Kelihatan 7 ekor ikan yang pelbagai warna dan cantik sedang seronok bermain dan berenang-renang dalam lautan ciptaan manusia. Melihat ikan-ikan yang cantik itu Ali rasa tenang.senyum. Ali mencapai tuala hijaunya yang tersidai rapi lalu dituju ke bilik air.mandi

   Ali mengambil sejadah, menuju ke penjuru bilik untuk solat Subuh. Amanah atau tanggungjawab pertama dilaksanakannya. Di keheningan subuh Ali berdoa,merintih dan meminta kepada tuhannya. Ali rasa lebih tenang dan kuat

    Suis lampu yang tadinya di petik ke bawah,kini dipetik ke atas pula. Lampu padam. Ali menuju ke jendela, lalu tirai jendela diselaknya. Terasa segar dan nyaman suasana pagi di kampung.indah. Kelihatan pepohon hijau melambai-lambai ke arahnya. Bukit-bukau berdiri megah. Burung-burung beterbangan bebas dan riang di udara. Menambahkan lagi seri suasana sekeliling. Ali mendongak ke atas. Langit Ilahi terbentang luas. Ali rasa kagum. bagi Ali yang pasti hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam

 . . . bersambung

Kesilapan Membuatkan Kita Matang

Kita banyak melakukan kesilapan. Begitu lumrah hidup kita sebagai manusia,hamba Allah yang hina. Takkan pernah lari dari kesilapan. Kita perlu pastikan yang kita lebih banyak buat perkara yang betul berbanding buat silap. Kita harus memilih dan berusaha untuk berada dalam suasana yang dapat menarik kita untuk sentiasa buat perkara yang betul.Jadi jangan cuba memenangkan diri sendiri atau lari dari kesilapan bila ternyata diri kita yang lakukan. Ternyata melarikan diri telah memasukkan diri kita ke arah jalan yang silap. Beranikan diri berhadapan dengan kesilapan supaya kesilapan itu akan membentuk kembali diri kita menjadi orang yang sentiasa memilih melakukan perkara yang betul

Rakyat perlu Bangkit

Para pemimpin negara serta ahli keluarga mereka muncul di media arus perdana dengan pakaian yang mahal, majlis yang hebat, makanan yang mewah, kenderaan yang canggih dan sebagainya. Rakyat yang serba tidak cukup melihat di kaca TV dan helaian surat khabar sambil menelan air liur.Sabar..Hakikatnya kekayaan negara yang layak dinikmati olehnya hanya berlegar dan dijamah oleh golongan atasan sahaja

Atas nama untuk kebaikan ekonomi negara dan menjimatkan wang negara yang sudah dibolot secara rakus, rakyat juga yang disusahkan dengan diperkenalkan pelbagai dasar. Dasar-dasar yang kononnya mahu membela negara, tetapi sebenarnya membela perut si pemerintah dengan menindas rakyat. Rakyat sudah cukup tersepit

Teguran kepada raja sultan dan pemerintah

right click pada gambar dan tekan open link in new tab

















daripada Sasterawan negara kepada pemerintah

Segala gelaran hiasan di dunia
tidak akan bererti di buana baqa
Diseret gelaran panjang keretapi
yang dinilai masih tetap amalan suci
- A Samad Said

Hipokrasi Kerajaan Negara Kita

Kalian Rampas Subsidi kami, entah kemana di bawa lari
Kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju,
Kalian Kata: Jika tidak, semua menderita, habis harta Negara

Kalian berbahasa:Bukan Barang Naik Harga
Cuma sabsidi turun sahaja
Kami orang Desa,mungkin tidak pandai kira juta-juta
Kami orang kecil kota, mungkin tidak sedemikian harta
Jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu
Tapi dapatkah kami dibohongi, tentang Suapan Saban Hari?
Apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
Papa semakin parah,wang semakin lelah?
Jika semalam berlauk, hari ini cuma berkuah

Kerana kerajaan kita sedang susah?
Maka subsidi kita terpakasa diserah
Jika semalam kau makan sepinggan, hari ini separuh
Kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh
Apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke Madrasah?
Makananmu sayang, sebahangiannya sudah hilang
Jika mereka Tanya siapa yang membawa lari
Kepada siapa patut kami tuding jari?
Janganlah nanti mereka membenci pertiwi
Akibat mencuri harta rakyat mahrean ini
Atau kami jadi insan curang
Kami beritahu: Cuma sabsidi sahaja yang kurang?
Tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang

Dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
Pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami
Pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati
Kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
Kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin tersiksa
Bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja
Pernahkah kau merasa?
Rumah bocor yang lanjut Usia
Baju dan kasut anak yang koyak,
Tinggal dalam rumah yang berasak-asak
Siang kami sebak, malam kami sesak
Sedangkan kalian manusia angkasa
istana permata dibina,kereta berjuta dirasa
Elaun diserata, dari isteri sehingga seluruh keluarga
Hidangan yang teristimewa, konon meraya kemakmuran Negara
Tapi kami masih di sini.di teratak ini dengan lauk semalam
Dengan hidangan yang tidak bertalam,dengan rumah yang suram
Dengan wang yang hampir padam

Tiada istana lawa.tiada kereta berharga
Tiada layanan diraja.tiada berbaju bergaya
Tiada kediaman menteri.tiada hidangan V.I.P
Tiada persen disana sini.tiada bahagian anak dan bini
Tiba-tiba kalian kata : kamilah beban Negara

Aduhai celaka bahasa yang kalian guna
Kalian yang belasah.. kami yang bersalah
Kalian buat untung.hutang kami tanggung
Kalian mewah melimpah,kami susah parah
Kalian hilangkan wang,poket kami yang terbang
Kalian makan isi, kami dijadikan abdi
Kembalilah kepada kami harta Negara
Jangan hanya kalian sahaja yang merasa

Nilai Matawang Malaysia Turun

tengok video ni facebook.com/photo.php?v=610969292258865

1. nilai ringgit turun ke paras terendah dlm masa 15tahun
2. nilai ringgit dijangka terus menurun
3. susut nilai ringgit berpunca drpd kemerosotan eksport Malaysia dan penyusutan akaun semasa
4. Tahniah KERAjaan Malaysia

Harta membuatkan Manusia lupa

BAHAYA KEMEWAHAN

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Makkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Makkah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi SAW bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu." (HR Tirmidzi)

KETERANGAN

Dalam hadith ini Nabi kita Muhammad SAW menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad SAW mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah SWT, sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi. Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW, "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian, Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. Oleh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya

Rona-rona Kehidupan

Hidup ni memang hambar kalau takda orang faham apa yang kita cuba nak sampaikan. Hidup ni memang gelap kalau takda orang nampak bila kita menjerit memanggil mereka. Hidup ni memang sunyi kalau orang yang kita sayang tinggalkan kita. Tapi sedalam manapun kehambaran, kegelapan atau kesunyian itu sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri. Kalau kita kuat untuk lawan kesakitan itu semua, kita sendiri yang akan dapat rasa alangkah kecilnya dunia ni. Masa tu nanti, baru kita akan sedar bahawa penyesalan tanpa kekuatan untuk bangun kembali hanyalah sia-sia.

Takda orang yang gagal dalam dunia ni walaupun dia duduk di tempat yang paling belakang. Walaupun dia jatuh bila ditolak seseorang. Walaupun dia ditinggalkan keseorangan dalam tempat yang sunyi dan tiada sesiapa dapat mendengar jeritannya. Selagi dia mencuba untuk melangkah ke hadapan, selagi dia cuba untuk bangun dari kejatuhan itu, selagi dia cuba untuk mencari jalan keluar yang boleh membebaskan diri dia, selagi itulah cahaya kejayaan akan sentiasa menunggu dia di akhir jalan sana

Memang bukan senang nak dapatkan apa yang kita hajatkan. Bukan senang juga kita nak menerima sesuatu yang datang dalam hidup kita dan sesuatu itu kita langsung tak harapkan. Bukan semua kehendak kita dapat ditunaikan sekaligus. Kadang-kadang sesetengah apa yang kita minta tak dapat diberi tapi sebaliknya telah digantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuk diri kita sendiri. Bezanya, antara kita sedar atau tidak

Cuba pejam mata untuk seketika dan fikirkan perkara yang paling buat kita gembira dan tersenyum. Apa sahaja. Tempat, suasana, peristiwa, seseorang atau benda. Perasan tak, dalam diam kita akan tersenyum sendiri. Semua masalah akan dilupakan seketika. Walau hanya seketika, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang dapat buat kita tersenyum. Bukankah itu bahagia?

Sedalam manapun kesedihan yang kita alami, kalau kita sendiri yang taknak keluar daripada kesedihan tu, kalau kita sendiri yang terus menjerat diri kita dalam kesakitan tu, kalau kita sendiri yang membiarkan hati kita terus-terusan menangis, kita takkan rasa apa itu bahagia. Nasihat boleh diminta. Cara boleh diberi. Diri kita sendirilah yang kena bangun sendiri dan ambil langkah pertama untuk keluar daripada keluhan itu. Tak susah sebenarnya. Pinta bimbingan kekuatan dariNya, semoga apa yang kita inginkan akan dipermudahkan

Kepimpinan melalui Umar Abd Aziz

“Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah saw’’ isterinya juga turut mengalir air mata - kata-kata Umar bin Abdul Aziz

Khalifah Umar bin Abdul Aziz memiliki sifat-sifat di antaranya: adil, sederhana, sopan santun, taqwa kepada Allah SWT, sangat cinta kepada rakyatnya

Salah satu tindakan yang pertama kali beliau lakukan adalah melarang mencaci maki lawan.

Umar bin Abdul Aziz juga menjauhkan diri dan keluarganya dari kemewahan dunia. Tanah kebun dan ladang miliknya turut dijual. Baginda membuang semua pakaian, barang perhiasan mewah dan mahal dan diganti dengan pakaian sederhana. Malah, Umar memberi pilihan kepada isterinya untuk memilih dirinya atau harta mewah. Isterinya memilih Umar sebagai suami dan redha hidup sederhana sepertimana diingini Umar.

Sesudah membersihkan diri dan keluarganya, barulah Umar bertindak untuk membersihkan masyarakat daripada perbuatan yang melanggar hukum agama.


bila Malaysia nak ada pemimpin macam ni?

Apa sumbangan pemerintah kepada Rakyat?

apa sumbangan pemerintah kepada rakyat

1. hidup kaya-raya(free & easy guna duit rakyat)
2. bermewah di istana yang berharga juta-juta dan mempunyai banyak kediaman mewah
3. makanan 5 bintang
4. melancong sesuka hati
5. layanan istimewa
6. kebal dari undang2
7. wujudkan pemisahan class dalam masyarakat

apa sumbangan rakyat kepada negara

1. bayar cukai tinggi
2. bayar hutang (ptptn,kereta)
3. bayar tol dan bil2 utilities
4. terbeban dengan kos hidup tinggi buatan kerajaan
5. masalah pendidikan dan keperluan asas
6. jurang perbezaan kaya dengan miskin sgt tinggi
7. sistem pentadbiran negara utamakan yang kaya dan tidak melihat orang susah

Umar Abd Aziz

Umar Abd Aziz tatkala menjawat jawatan Khalifah Umayyah. datang anaknya di pejabat utk bertanyakan sesuatu. Lalu ditanya anaknya adakah ini urusan keluarga atau urusan negara? Jawab anaknya urusan keluarga..lalu dipadamkan pelita dihadapannya dan dinyalakan pelita yang berlainan. Maka tanya anaknya kenapa padam pelita itu dan nyalakan pelita lain? Lalu berkata Umar Abd Aziz bahawa pelita ini adalah duit negara(Baitul Mal) manakala pelita yang baru dinyalakan itu adalah duit poketnya sendiri

zaman Umar Abd Aziz juga kita dapat lihat dimana beliau mentadbir negara dengan cemerlang dan menjaga rakyat dengan baik sehingga tiada seorang pun rakyatnya layak menerima zakat


Kata Umar Abdul Aziz:
“Taburkanlah gandum di puncak gunung supaya tidak ada yang mengatakan burung telah kelaparan di negara orang Islam”
Lihatlah bagaimana hebatnya pemimpin Islam dahulu.Bukan saja manusia yang dijaga dengan baik,malah pada haiwan juga

Teguran mendalam Dr Maza kepada pemerintah


















mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat


klik disini untuk baca artikel penuh tentang isu ini

Cahaya

Berusaha mencari cahaya lebih baik daripada terus menyumpah pada kegelapan

Hakikat Doa

Doa yang mustajab itu disebabkan jiwa yang penuh tumpuan dan harapan. Doa memerlukan penghayatan, bukan hafal tanpa tahu maksud

isu harga minyak naik

isu harga minyak naik
ulasan menarik daripada Prof Agus

Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara." 

Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh. Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat. 

Jika setakat tujuh negara di atas, apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia? Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga minyak di negara tersebut? Mengapa memberikan hujah yang salah atau berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata? 

Bagi membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita. Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32). Kenapa bandingkan dengan negara lain yang Tidak ada minyak atau sedikit sumber petroleumnya? Kenapa tidak bandingkan dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita? Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat. 

Untuk pengetahuan TM Kewangan, dalam konteks harga barangan ini, ada aspek yang kita boleh bandingkan dengan negara lain dan ada perkara yang kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain. Misalnya, kenapa tidak kita bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau Indonesia? Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios, mereka buat teksi sahaja. Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka semuanya terdiri dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka menggunakan kereta Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen. 

Itu belum lagi kita bincangkan tentang harga rumah. Dengan kos harga rumah kita yang ‘over priced’ dan kenaikannya tidak terkawal, apakah harga rumah di negara kita masih yang termurah di dunia? Begitu juga dengan hutang isi rumah rakyat di negara kita. Data menunjukkan lebih enam juta isi rumah rakyat di negara ini kini menanggung hutang berjumlah RM653 bilion. Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang. 

Kadar hutang ini adalah amat membimbangkan, apatah lagi peningkatan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun dari 63.9% pada tahun 2008 kepada 76.6% tahun 2009, 75.8% tahun 2010, 76.6% tahun 2011 dan 80.5% pada tahun 2012. Rekod terkini hutang isi rumah Malaysia untuk tahun 2013 berada pada kadar 83.0% dari KDNK yang menyebabkan amaran untuk berwaspada daripada penganalisis kewangan di rantau ini.

Melihat kepada data hutang isi rumah di atas, apakah kita hendak menyatakan kadar hutang isi rumah rakyat di negara kita adalah antara kelapan terendah di dunia atau harga kereta dan rumah kita juga antara terendah di dunia? Saya berhujah begini untuk menunjukkan saya menolak data tidak masuk akal yang diberikan oleh TM Kewangan kita tentang harga minyak kita yang kelapan termurah di dunia.

Saya juga tertarik dengan alasan yang diberikan oleh TM Kewangan yang menyatakan kenaikan harga minyak adalah untuk membolehkan kerajaan memberikan BRIM kepada rakyat. Katanya: "Bantuan subsidi seharusnya disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan dan melalui pemotongan subsidi (kenaikan harga petrol) ini kerajaan kemudian menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat yang berpendapatan rendah." 

Saya tidak faham kaitan antara kenaikan harga minyak dengan bantuan BRIM yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Pemberian BR1M ini untuk apa? Sebagai umpan untuk menggula-gulakan rakyat atau benar-benar untuk menolong rakyat? Jika untuk menolong rakyat miskin, kenapa pula BR1M yang diberikan itu diambil semula dalam bentuk menaikkan harga minyak petrol? Tidakkah kerajaan sedar dengan kenaikan harga petrol ini, BRIM yang diberikan kepada rakyat tidak dapat menampung beban kehidupan mereka kerana kenaikan harga petrol tersebut tentulah datangnya bersama dengan kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian? Tidakkah ini tidak boleh difikirkan oleh kerajaan?

Oleh sebab itulah, saya menolak kenyataan TM Kewangan ini sebab hujahnya tidak tepat dan hujah inilah yang sentiasa diberikan secara berulang-ulang setiap kali harga minyak naik. Carilah alasan yang boleh diterima umum seperti demi kesihatan ekonomi negara, bagi mengurangkan defisit fiskal, kita terbeban dengan hutang luar, bagi faedah ekonomi negara jangka masa panjang, bagi mengurangkan jumlah subsidi kerajaan yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia ataupun sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan ekonomi negara.

Jikapun hendak memberikan analisis perbandingan dengan negara lain, berilah analisis perbandingan yang sesuai, bukannya untuk sesuaikan data dengan keperluan dan hujah kita. Analisis akademik menuntut kejujuran kita memberikan data yang tepat

Perpustakaan dan Masyarakat

Salah satu ciri-ciri negara yang gagal dalam sistem pendidikan dan mendidik rakyat menjadi bijak adalah perpustakaan tutup pada hari sabtu dan ahad

Ya!memang aku nak sangat kerajaan Malaysia laksanakan perpustakaan harus dibuka pada hari sabtu dan ahad. Aku rasa bukan aku saja nak macam ni. Kalian jugak pasti nak bukan. Jangan nak stereotype cakap "eleh berapa orang sangat yang nak p" "dahtu nanti orang yang kerja kat perpustakaan tu takda cuti la"

Untuk hari sabtu dan ahad boleh wujudkan organisasi sampingan. Maksudnya mereka hanya bekerja pada hari sabtu ahad dan mereka bertanggungjawab menguruskan perpustakaan pada hari tersebut. Gaji sehari RM40 dah kira ok. Sebenarnya kita boleh wujudkan sistem ni. Antara mahu atau tidak ja

Kalau ada jawatan kosong untuk kerja di perpustakaan pada hari cuti, aku orang pertama akan isi borang. Orang yang gaji tak seberapa macam aku ni semestinya suka buat kerja part-time

Kadang-kadang seseorang tu nak sangat bersuara. Cuma dia tak tahu saluran ataupun takut dikritik

Jadual nat pasar malam dan pasar tani di Perlis

JADUAL NAT, PASAR MALAM dan PASAR TANI di PERLiS

Ahad

Nat pokok getah (pauh)
Nat mata Air
Nat Behor Lateh
Nat Kuala Perlis
Pasar Malam Titi Chai, Utan Aji
Pasar Tani Taman Sena Kangar
Up Town Simpang 4 Syed Kassim
Pasar Malam Balai Baru
Pasar Malam Kaki Bukit

Isnin

Pasar Malam Abi
Nat Balai Baru
Pasar Tani Arau
Pasar Malam jejawi
Pasar Malam Guar Sanji
Pasar Malam Kuala Sanglang

Selasa

Nat Pekan Simpang 4 Che Kassim
Nat Batu 2 Jalan Kaki Bukit
Pasar Malam Kuala Perlis
Pasar Malam Lubuk Sireh
Pasar Malam Bukit Keteri

Rabu

Nat Balai Baru

Nat Arau
Pasar Malam Kangaq (Mini Putrajaya)
Pasar Tani Seriab
Pasar Malam Kok Mak

Khamis

Pasar Malam Pauh
Pasar Malam Titi Chai Utan Aji
Nat Santan
Pasar Tani Pekan Simpang 4
Pasar Malam Taman Melati Indah
Pasar Malam Batu Bertangkup

Jumaat

Pasar malam Arau

Pasar malam Titi Tinggi
Nat behor Lateh
Pasar malam Pekan Simpang 4 Che Kassim
Nat Pokok Getah Pauh
Pasar Malam Ngulang

Sabtu

Nat Balai Baru
Pasar Tani Taman Sena Kangar
Pasar Malam Jejawi
Pasar Malam Semadong

Gaduh Manja

Gaduh manja zaman dok asrama

saja pendrive aku ada kaki.boleh jalan pmasuk bilik hang

ceh aku ambik sat ja pun.nak copy movie.nanti hang jugak boleh tengok

nak ambik habaq la dulu.takdak la aku memusing cari pendrive tu

Harga petrol di Malaysia sejak 1990

Harga petrol di Malaysia dalam masa 23 tahun - sejak 1990

ron95 Price/Liter

Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85
04/12/2010 - RM 1.90
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)