Uji iQ Lagi


Angka Yang Tersembunyi

sila-sila lah ye jawab soalan ni.
mencari angka yang tersirat.
tak susah pun.
guna rumus penaakulan mantik..hehe
cikgu matematik jangan bagitau tak dapat plak jawapannya.

Jais Kurang Cerdik



Kes penangkapan Dr Asri Zainul Abidin masih lagi kedengaran.
Perbicaraan masih belum dimulakan.
Aku tak rajin nak cerita panjang2.
Cukuplah apa yang tertulis di akhbar,blog dan majalah.
Korang mampu menilainya sendiri.
Jais oh Jais.
ada part memang jais ni tak boleh pakai.
Lihatlah tuduhan palsu yang dilemparkan oleh pegawai jais yang mengatakan Phd Dr Asri adalah palsu.
apa motifnya?
oh biasalah tu orang ada kepentingan,ada jawatan macam tu la.

Harapan Menjadi Kenyataan

Kemarau 20 tahun pingat emas berakhir

Alhamdulillah..
Negara kita berjaya melakarkan kenangan manis pada 17 Disember 2009 jam 8 malam waktu Malaysia dengan dinobatkan
sebagai juara bolasepak sukan sea kali ke 25 di Laos.
Sekaligus menamatkan penantian selama 20 tahun untuk
membawa pulang pingat emas ke tanah air.
Pastinya kejayaan ini dirasai oleh rakyat Malaysia.
Kejayaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata2 sehingga ada yang menitiskan air mata.
Itulah hakikatnya.


Dimana mulanya momentum pasukan bolasepak negara ?

Perbualan atau perbincangan hangat bolasepak negara bermula
apabila Malaysia menumpaskan Thailand
dan seterusnya layak ke separuh akhir.
Sekian lama pasukan negara tidak menang dengan pasukan thailand,
akhirnya pentas sukan sea ini menjadi
saksi pasukan negara menewaskan thailand.
Kemenangan ini juga telah menjatuhkan ego thailand.
Ini adalah kali pertama Thailand tidak layak ke separuh akhir sejak 36 tahun.
Kejayaan menewaskan thailand juga sedikit sebanyak telah menutup mulut pengkritik panas bolasepak negara.

Pada peringkat separuh akhir Malaysia bertemu dengan pasukan tuan rumah.
Dengan usaha dan keyakinan yang tinggi pasukan negara
menewaskan laos dengan jaringan 3 - 1.
Kejayaan menumpaskan Laos juga telah melakarkan sejarah,
dimana pasukan negara layak ke final
setelah 8 tahun tidak memijak rumput final.

Klimaks kepada pasukan bolasepak negara adalah apabila
beraksi di pentas akhir bertemu vietnam.
Apa yang hendak dikata lagi???
semuanya telah terjawab.

Tahniah, Syabas pasukan bolasepak negara.
Kejayaan ini adalah hadiah untuk kita sebagai rakyat Malaysia.
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Kita yang terbaik.

Rancangan TV di Malaysia dah semakin karut

Sejak kebelakangan ni kelihatan rancangan tv di Malaysia dah melalut.
Macam2 cerita yang tiada anjakan paradigma tersiar.
Antaranya jangan tegur lagi, waris, anak betung, seeker, misteri nusantara dan banyak lagi.
Ditambahkan lagi dengan drama indonesia yang entah apa2.manusia berupa monyet la.
Memang betul2 karut lagi mengarut.
Tak tahu lah kalau ada juga yang tengok cerita macam tu.
Kenapa la stesen tv kita ni boleh tayang cerita karut2 ni?
Apa persepsi budak kecil bila tonton rancangan,cerita,drama macam tu.
Harap mereka tidak akan terpengaruh dengan unsur2 karut-marut ni.
hiburan oh hiburan.
Kan lebih baik tambah rancangan yang berbentuk ilmiah.

Kenapa Aku Tak Baca Blog Korang?

1. korang menyebarkan fitnah
2. korang cerita pasal politik
3. korang cerita pasal perkara karut-marut
4. korang menulis tentang sesuatu yang negatif
5. korang mementingkan kewangan atau keuntungan semata-mata
6. korang tak update terlalu lama
7. blog tak kemas atau serabut

Merah Darah Kami




Penantian 8 tahun pasukan bolasepak Malaysia untuk beraksi dipentas final Sukan Sea berakhir!
Ini terbukti apabila pasukan bolasepak kita berjaya menumpaskan tuan rumah(Laos) dengan jaringan 3-1 dalam perlawanan yang mendebarkan dan penuh dramatik..
Apa yang membanggakan lagi adalah pasukan kita berjaya menghasilkan
permainan yang cantik dan berkualiti.
Kita dapat lihat pada separuh masa pertama,Malaysia menguasai permainan dengan baik.
Kita menyerang kubu lawan beberapa kali dan seterusnya berjaya menghasilkan jaringan.

Rentak separuh masa kedua berubah apabila pasukan Laos banyak mengasak dan menyerang Malaysia.
Serangan bertubi-tubi itu berjaya menghasilkan gol yang dicari-cari mereka.
Namun selepas gol penyamaan itu Malaysia dapat mengimbangi semula perlawanan.
Malaysia dapat menterjemahkan dengan baik setiap peluang yang ada.
Hasilnya 2 jaringan yang bermakna menjadi milik kita..
Episod ceria dan gembira menjadikan kenyataan bagi pasukan dan penyokong bolasepak negara
apabila pengadil meniupkan wisel penamat.

Malaysia akan menentang vietnam di pentas akhir pada 17 Disember 2009.

Ahmad Syazwan melaporkan untuk Utusan k.a.k

MALAYSIA BOLEH.MALAYSIA THE BEST.
Kibarkan Jalur Gemilang kita.
Merah Darah Kami!

p/s - rasa macam nak tempah flight ja p Laos.

Kaspersky Key Update December 2009


Atas permintaan kawan2..kaspersky key terbaru telah di up kan.
yabedabedu.....horee...
Get Kaspersky Key now.

Download...

Kerosakan Akidah Tanpa Disedari

Pelbagai pantang larang di dalam masyarakat Melayu kita.
Pantang larang ini wujud sejak dari dulu lagi, hinggalah dibawa ke zaman moden serba canggih ini.
Sungguh kuat pengaruh nenek moyang.
Apa yang menjadi masalah adalah pantang larang ini tidak masuk akal atau tidak logik.
Dan lebih marabahaya lagi, pantang larang ini boleh menyebabkan kerosakan akidah tanpa disedari.
Sebagai manusia yang berilmu, seharusnya kita mampu menilai yang mana betul dan yang mana salah.

Hairan...
Bagaimana budak kecil berumur 4 tahun boleh mengenali hantu?
Siapa yang kenalkan mereka dengan hantu?
Adakah ini kesalahan daripada ibubapa?atau pihak media?


Senarai Pantang Larang Mengarut Dalam Masyarakat Melayu :

Pantang Larang Di dalam Hutan

1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.
2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.
3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.
4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.
6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.
7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.
9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.



Pantang Larang Kanak-Kanak

1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.
2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.
5. Tidak boleh asah pensel hujung dan pangkal.
6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.
8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.
9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.
10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.
11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.
12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.



Pantang Larang Di Sungai

1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.
2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.
3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.
4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.
5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.
6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.



Pantang Larang Ketika Duduk

1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.
3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.
4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.
5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.



Pantang Larang Ketika Makan

1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.
2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.
3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.
4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.
5. Makan sisa anak, anak akan degil.
6. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.
7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.
8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.
9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.
10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.
11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.
12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.
13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.
14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.
15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.



Pantang Larang Ke Atas Lelaki

1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.
5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.
6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.



Pantang Larang Ke Atas Perempuan

1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.
6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.
8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.
13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.
14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.

Banyak lagi pantang larang yang mengarut dalam masyarakat Melayu.

oh, sungguh aku meluat cerita seram,mengarut di televisyen Malaysia.
oh, sungguh aku meluat dengan lambakan cerita indonesia di televisyen Malaysia.

Sketsa Zaman Sekolah




Klik Pada Gambar Untuk Paparan Yang Lebih Jelas dan Besar

Kaspersky Wallpaper Now Availabe



Kepada fan2 Kaspersky, dapatkan wallpaper Kaspersky anda sekarang.
Wallpaper Kaspersky yang tak lapok dek hujan tak lekang dek panas.
cantik menarik tertarik Kaspersky memang terbaik.

Download Kaspersky Wallpaper

Release Tension Sekejap






Klik Pada Gambar Untuk Paparan Yang Lebih Jelas dan Besar

Hak Hak Pengguna

Siapakah Pengguna ?

Pengguna ditakrifkan sebagai seseorang yang memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan.

Hak-hak pengguna

1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas
2. Hak untuk mendapatkan keselamatan
3. Hak untuk mendapatkan maklumat
4. Hak untuk membuat pilihan
5. Hak untuk bersuara
6. Hak untuk mendapatkan ganti rugi
7. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

Download Ebook Hak2 Pengguna...penerangan yang lebih jelas dan ringkas (101kb only)