Jalan yang lurus

Dulu kau tawarkan manisnya janjimu

Semalam ada sorang awek ni bgtau aku dia dah break dengan boypren dia. Mula la teriak. Memang perangai perempuan kot camni? Baru tau kan langit tu tinggi ka rendah. Dulu bukan main bercinta. Tabur janji sana-sini, setia la, kita akan kawin la..last2 habuk pon tadak

Ok la tu. Ni sebagai pengajaran dan pengalaman. Lain kali jangan percaya lelaki 100% . Hati manusia cepat berubah. Hari ni kata lain, esok kata lain.

Nak cari pasangan jangan tengok pada luaran ja. Yang lebih penting lagi tengok pada agama dan kecerdikannya

Bolasepak Malaysia 2011

Berikut adalah jadual perlawanan bolasepak Malaysia atau Harimau Malaya. ok boleh rancang perjalanan andaklik pada gambaq untuk besaq

Jangan dedah aib orang


Saudaraku,

Mungkin sudah tidak terhitung seberapa banyak aib dari seseorang yang telah kita ungkap di hadapan khalayak ramai. Dan betapa kita mungkin merasa nikmat kerana telah memperbincangkan hal tentang aib seseorang, meskipun kita sendiri sesungguhnya belum yakin akan kebenaran berita dan aib dari orang yang kita bicarakan tersebut. Begitu ringannya lidah kita meluncurkan sebuah kalimat yang kita tidak tahu apakah kalimat tersebut membawa keredhaan Allah SWT atau mungkin mendatangkan kemurkaanNya. Semoga Allah SWT lindungi kita dari hal demikian.

Imam Hasan Al Bashri dalam kalamnya (ucapannya) menyebutkan bahwa, “Engkau tidak akan memperoleh hakikat iman selama engkau mencela seseorang dengan sebuah aib yang ada pada dirimu sendiri. Perbaikilah aibmu, baru kemudian engkau perbaiki orang lain.
Setiap kau perbaiki satu aibmu, maka akan nampak aib lain yang harus kau perbaiki. Akhirnya kau sibuk memperbaiki dirimu sendiri. Dan sesungguhnya, hamba yang paling dicintai Allah adalah dia yang sibuk memperbaiki dirinya sendiri.”

Saudaraku,

Semoga petikan ucapan singkat dari Imam Hasan Al Bashri di atas menjadi renungan buat kita bersama dan semoga hal ini menjadi motivasi bagi kita dan berhati-hati dalam setiap ucapan kita

Astaghfirullahal ‘adhiim

Cadangan kepada Perdana Menteri Malaysia ke enam


1. Menasihati isteri menutup aurat

Saya pasti dalam 28 juta rakyat Malaysia sekarang, ramai yang meluat dengan rosmah mansor atau bikmama. Bikmama bertindak seolah-olah timbalan perdana menteri. sungguh busybody. Mukanya lebih banyak kelihatan di kaca tv berbanding muhyiddin yassin. Saya juga mencadangkan kepada najib razak supaya menasihati bikmama agar kurangkan melaram dan yang lebih penting adalah menutup aurat. Suami yang membiarkan isteri membuka aurat adalah dayus. Tak kira besar manapun pangkat kita, disisi Islam kita tetap sama. Begitu juga kepada pak-pak menteri yang lain, nasihat isteri anda menutup aurat


2. Mengurangkan Cukai

Apa kes makan kepsi(kfc) kena goverment tag dekat RM2.00? RM2.00 tu sepatutnya dah boleh isi minyak kenderaan rakyat jelata. Itu baru bab makan kepsi, belum masuk bab rumah, kereta, tanah dan lain-lain lagi. Tidakkah ia membebankan rakyat? Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan? Orang Langkawi takpa la


3. Jadikan PTPN dan PTPK sebagai biasiswa

Ada baiknya PTPN dan PTPK dijadikan biasiswa. Mungkin kedengaran tidak logik dan mustahil bukan? Kalau tak boleh dijadikan biasiswa pun harap Perdana Menteri dapat kurangkan kos pentadbiran kepada 1% . kuasa ditangan anda. Dah la bunga tinggi. Pinjam RM15 000 kena bayar RM18 000

Sekian

Sebarang cadangan, pendapat, dan komen dipersilakan

Najwa Latif Cinta Muka Buku

Cinta Muka Buku - Najwa latif



Najwa Latif Cinta Muka Buku
boleh tahan lagu ni

Awat jadi lagu tu


Semalam aku p ronda bandaraya Kangar. biasalah hobi katakan. Kalau ampa nak tau bandaraya Kangar ni dah macam i siti kat shah alam jugak la. Lampu sana-sini. kat pokok pon depa boleh balut lampu. sempoi dan kreatif kan

Dipendekkan cerita aku ternampak sorang awek ni. Ngancam !
muka lawa, nampak macam anak orang kaya tapi tak cukup kain. pakai jeans ketat sampai peha kot. Muka melayu, Islam tapi cara pemakaian jauh menyimpang..erkkk atau aku silap tengok ni.
Pemandangan ni amat payah jumpa kat Perlis. Boleh dikatakan ia adalah pemandangan yang luar biasa. aku rasa dia budak luaq

hoi kaklong, dah dok tempat orang tu hormatlah adat negeri orang. Jangan bajet hot sebab neraka lagi hot

Blog kena Hack

Ok kembali seperti biasa selepas blog kena hack dengan Lampu Hijau Crew. Lampu hijau crew kalian memang sempoi tapi google lagi power. hahahaha

sertai kumpulan P.U.N.K

Sertailah kumpulan paling ramai pengaruhnya
tiada bayaran dikenakan dan tiada yuran keahlian
kalian akan mendapat perlindungan

mari join geng PUNK

Persatuan Ulama Negeri Kedah