Senarai Pemancar MYTV seluruh Malaysia

pemancar mytv

Padang Pauh (Perlis)
Gunung Raya (Langkawi)
Gunung Jerai
Bukit Palong, (Baling, Kedah) 
Bukit Penara
Bukit Larut (Taiping)
Bukit Keledang (Ipoh)
Bukit Fraser 
Gunung Ulu Kali
Menara KL
Bukit Besi
Gunung Telapak Buruk
Bukit Tampin
Gunung Ledang
Gunung Pulai
Bukit Tinggi (Kota Tinggi)
Kuala Rompin
Bukit Pelindung (Kuantan)
Bukit Sembilan
Bukit Senggora (Maran)
Bukit Besar (Kuala Terengganu)
Bukit Kemunting (Kemaman)
Bukit Bauk (Dungun)
Bukit Bintang (Besut,Trg)
Bukit Bakar (Machang, Kel)
Telipot (Kota Bharu)
Bukit Chupak (Gua Musang)

Astro Family Lite - Astro Pakej Murah RM21

Promosi Terkini

Astro baru saja buka pakej terbaru iaitu Family Lite RM21.20 bulanan. Senarai channel adalah seperti berikut

klik pada gambar untuk lebih jelas





















Apa tunggu lagi. dapatkan Astro Family Lite RM21.20 sekarang.

Tempat menarik di Perlis

aku ringkaskan disini

Arked Niaga Padang Besar

Gua Kelam

Bukit Air

Taman Rimba Herba

Taman Anggur

Masjid Terapung Kuala Perlis

Medan Ikan Bakar Kuala Perlis

Laksa Kuala Perlis

Terinai Lake View

Tasoh Lake View

anda boleh ke Pejabat Pelancongan negeri Perlis untuk dapatkan pamplet dan khidmat nasihat pelancongan di Perlis. boleh juga ke Perpustakaan Awam Negeri kerana di situ terdapat ruangan visit Perlis.
semoga dapat membantu

Pemimpin yang tamak

Kekayaan sebuah negara cukup untuk semua rakyat.
tapi Tak pernah cukup untuk nafsu seorang pemimpin

Homestay di Perlis

Berikut adalah senarai homestay, motel, hotel di Perlis. klik pada gambar untuk resolusi lebih besar



















whatapps untuk tengok gambar homestay, bilik
semoga dapat membantu

Senarai Kedai Makan Tengah Hari di Perlis

kedai makan tengah hari di Perlis yang best

Suri Corner

Anjung Keli

Gulai Kawah 7 kuasa 2

Kuali Haangat

Fauziah Sg Bakong

Pokok Sawa

Bertentang Sekolah Syed Hassan(taktau nama)

Senarai Dobi Layan Diri di Perlis

Senarai dobi layan diri di Perlis :
senarai ini adalah di Kangaq sahaja

1. depan sekolah sains(medan pulai) . ada dua buah dobi.belakang pasaraya seri utama dan tepi pasaraya seri utama

2. depan sekolah sena

3. depan taman kemajuan(taman putra utama) . ada dua buah dobi

4. taman mutiara(pengkalan assam)

5. jejawi(depan jpj)

6. roundbout Kangaq. tepi Celcom centre

7. berdekatan dgn Kedai Kek Garden dan Al-Ikhsan

8. Seriab

Tips Buat Loan Kereta

Proses Buat Loan Kereta
Berhati-hati Apabila Deal Dengan Salesman.
Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, anda mestilah berhati-hati apabila ingin membeli kereta baru atau kereta second hand. Ramai salesman yang tak jujur menanti untuk menggigit anda

Ramai orang mudah tertipu dengan diskaun harga yang ditawarkan atau anda akan dapat cash rebet sekiranya anda membeli dengan salesman ini... awas... check betul-betul anda rugi atau anda untung?? Dari segi zahirnya anda rasa anda untung kerana anda ditawarkan diskaun...tapi anda sebenarnya rugi kerana salesman sudah makan di atas interest bank yang sengaja dilebihkan dari kadar biasa.

Sebagai contoh; Harga Perodua Myvi ialah RM46,900. Tetapi salesman kata dia boleh bagi anda RM1000 diskaun dan beberapa hadiah menarik... Ini bererti; harga kereta setelah ditolak diskaun ialah RM45,900. Anda bersetuju untuk membayar RM5,900 sebagai downpayment. Setelah dibuat sedikit kira-kira dan salesman bagitau anda bulanan kereta anda ialah RM487 selama 9 tahun. Anda tanpa banyak soal terus bersetuju membeli dengan salesman ini.

Ok...anda tau tak berapa anda buat loan? Anda tau tak berapa interest bank yang terkini untuk pinjaman kereta? Anda tau tak cara kira-kira pinjaman kereta? Kalau anda tau sudah pasti anda tidak akan setuju dengan jumlah bulanan yang dikenakan.

Semasa blog ini ditulis interest bank bagi kereta nasional baru ialah 2.8% dan bagi kereta terpakai ialah 3.5%. Bulanan RM487 adalah dikira dengan interest 3.5%. Sekiranya dikira dengan interest 2.8% bulanannya ialah RM463.

Untuk interest 3.5%, keuntungan yang diambil bank ialah RM12,600. Untuk interest 2.8% keuntungan yang diambil bank ialah RM10,800. Bezanya ialah RM2,250.
Walaupun RM487 dan RM463 perbezaan cuma RM24 sahaja tetapi kalau dikira RM24 X 108 bulan (9 tahun) jumlahnya agak besar.

Berbalik kepada cerita salesman 'baik hati' yang bagi diskaun kepada anda tadi... dia sebenarnya telah memanipulasi anda yang tak tau apa-apa.... Walaupun dia dengan baik hati offer RM1000 diskaun tetapi secara diam telah telah mengambil duit anda sebanyak RM2,250 in return tanpa anda sedari.

Sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah tau serba sedikit tentang proses loan dibuat.

Pertama; Mestilah tau harga kereta yang sebenar. Kereta baru amat senang untuk tahu harganya iaitu pada quotation kereta. Sementara kereta terpakai harga tak sama... tetapi anda mestilah tau pasaran semasa. Paling mudah untuk buat perbandingan harga boleh tengok dalam Mudah.my. Mesti diingat bahawa harga kereta terpakai yang dipamerkan adalah harga kereta shj tak termasuk insuran, road tax dan lain-lain proses.

Kedua; Mesti tau kadar interest semasa.

Ketiga; Tahu cara pengiraan loan kereta. 
Contoh pengiraan sebuah Perodua Myvi baru: Harga:RM46,900.00, downpayment RM6,900.00. Jadi loan anda ialah RM40,000.00.
RM40,000 X 2.8% = RM1,120 (kadar keuntungan bank untuk setahun).
RM1,120 X 9 tahun (sekiranya loan 9 th)=RM10,080
Jadi: RM40,000 (loan) +
RM10,080 (keuntungan bank)
------------
RM50,080 / 108 = RM463.00 sebulan
Jadi anda kena bayar RM463.00 sebulan.

Keempat; Boleh bertanya kadar interest yang sebenar apabila pihak bank menelefon anda, sekiranya anda tak bersetuju boleh dirunding minta kadar yang lebih rendah.

Kelima. Pastikan bayaran booking dan downpayment dibuat di showroom dan dapatkan resit yang original. Elakkan terima resit yang dibeli kat supermarket walaupun ada cop syarikat.
Loan Kereta 2nd hand

Anda juga mesti bijak semasa buat pengiraan loan untuk kereta 2nd hand. Harga kereta yang dipaparkan adalah harga bodi kereta sahaja. Awas jangan terpedaya dengan harga yang lebih murah dari kedai used car lain. Pastikan ia betul-betul murah. Bermacam cara dan tektik digunakan penjual kenderaan terpakai untuk mengelabui mata pembeli. Bagaimana? Misalnya harga sebuah perodua myvi tahun 2009 ialah RM32000. Harga on the road boleh jadi RM36400. Apa pulak yang lebih lebih RM4400 ni... ok RM4400 ini adalah insurans dan documentations fees. Biasanya di bahagian inilah pihak used car akan charge giler-giler. Documentations fees termasuk- Company service, JPJ, Puspakom, service permohonan loan, runner dan transfer nama.

Dari segi insurans, anda mesti tau bagaimana cara untuk mengira insuran kenderaan dengan tepat. Kalau anda tak tau kira, anda boleh kira secara online- masuk je 'Paultan' blog, di sini ada Insurance Calculator. Salesman penipu akan kira dengan tak tepat. Kat sini pun dia orang dah boleh untung beratus ringgit sekiranya pembeli tak tau kira insuran. Aku pun hampir terkena. Harga kereta ialah RM32000. Salesman kata dia nak insured RM40000 kerana harga pasaran ialah RM40000. Tau berapa dia kira?? RM1720 untuk nilaian RM40000. Ini tak masuk akal langsung sebab kalau insured RM40000 insuransnya hanya RM1251. Kalau insured RM32000 (mengikut harga kereta) pasti lagi murah.

Anda juga mesti berfikir secara logik. Kalau anda beli kereta 2nd hand dan anda buat loan RM32000 selama 9 th, bulanan ialah RM405. Sebaliknya sekiranya anda beli kereta baru dan buat loan RM40000 selama 9 th, bulanan ialah RM465. Jadi perbezaan bayar bulanan tak banyak...cuma RM60 je, lebih baiklah anda beli baru biar betul-betul puas hati. Kereta 2nd ni kita tak tau sejarah silamnya baik ke buruk ke

sumber : facebook.com/che.j.gm/posts/783862581665622

Kritikan Terhadap TM Hypptv

Bermula 1 Oktober 2015 Hypptv tidak lagi menawarkan saluran fox sports dan bbc entertainment. ini bermakna pengguna Hypptv sudah tidak boleh menonton siaran langsung UEFA Champion League dan LA Liga.

saluran Inspirasi yang dulunya percuma,kini berbayar. saluran Inspirasi dikeluarkan dari Platinum Pack dan Mega Pack. Untuk menonton saluran ini, pengguna perlu melanggan secara ala-carte RM9 sebulan atau dengan melanggan Aneka Pack

Perkara ini mengundang kemarahan dan mengecewakan pelanggan-pelanggan Hypptv. Channel berkurang tetapi bayaran tetap sama. Malah TM Hypptv tidak memberi notis awal tentang perkara ini










Sajak Usman Awang

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Puisi Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Cerita Lawak

Sebenarnya aku tak pernah berniat nak jadi jahat. Masa sekolah dulu aku pernah bercita-cita nak menjadi anggota polis. Nak tangkap orang jahat. Tak sangka pulak, bila dah besar terbalik pulak jadinya. Polis nak tangkap aku. Kenapa aku jadi jahat? Jangan nak salahkan aku saja. Bukan saja-saja aku nak jadi jahat. Aku terpaksa. Keadaan memaksa aku menjadi jahat. Tapi aku tahu para pembaca yang dihormati sekalian tak percaya. Baiklah, aku akan ceritakan bagaimana watak aku yang baik berubah menjadi seorang yang lebih jahat daripada harimau kumbang. Aku nak semua orang tahu, apa yang telah aku lakukan bukan atas kerelaan hati. Kalau boleh aku tak mahu lakukan semua tu. Tapi apakan daya, aku sudah terlanjur ke dunia bergelumang dengan dosa.

Aku gagal dalam SPM menyebabkan aku menyandang title penganggur. Bukan salah aku. Aku telah cuba sedaya upaya. Apa nak buat kalau gagal juga. Bukannya aku main-main. Aku belajar bersungguh-sungguh tapi aku tak bernasib baik. Bila menganggur, masyarakat memandang serong. Bila berlaku kecurian, semua mata memandang aku. Seolah-olah aku ni teruk sangat. Lama-kelamaan kecurigaan bertukar menjadi tuduhan, tuduhan bertukar menjadi fitnah dan umpatan keji. Nak dijadikan cerita, kesabaran aku sudah tidak dapat dibendung lagi. Di kedamaian pagi, aku dengan marahnya telah menakik kepala Makcik Bedah. Puncanya makcik Bedah menuduh aku mencuri ayam serama

Ditohmahnya aku jual ayam serama itu untuk membeli dadah. Tak cukup dengan itu, Makcik Bedah menyebarkan dakyah kononnya selama ini aku suka kacau anak-anak dara kampung

Di kedamaian pagi itu, seluruh jiran tetangga tergamam dan tercengang melihat kemarahan aku. Selama ini aku diam saja. Bila aku marah, barulah mereka tahu siapa aku sebenarnya. Makcik Bedah berteriak tangis bila kepalanya aku takik. Puas hati aku. Jiran tetangga berkejar untuk memberikan bantuan pertolongan cemas. Tak ada sesiapa yang berani membela Makcik Bedah. Barangkali mereka semua ketakutan.

Makcik Bedah diusung ke hospital dengan garfu tercucuk diatas kepalanya. Aku puas hati. Tak sempat aku nak ambil parang, dapat takik dengan garfu pun jadilah. Ia sudah cukup untuk memuaskan hati aku.

Malamnya polis datang menangkap aku. Aku dibawa ke balai polis. Tak lama kemudian aku dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara. Bila aku masuk penjara, aku berkawan dengan orang-orang yang betul-betul jahat. Mereka memaksa aku mengikut mereka. Tapi aku tak mahu. Walaupun aku telah melanggar undang-undang tetapi tak bermakna aku seorang yang jahat.

Setelah dibebaskan, orang-orang kampung memulau aku. Tak ada sesiapa nak bertegur sapa dengan aku. Bila aku masuk kedai nak beli barang, takda siapa nak layan. Masuk warung pun begitu juga. Tak ada siapa nak tanya aku nak minum apa. Pendek kata aku bukan lagi dianggap sebagai orang tapi menyamai seekor kambing.

Begitulah taraf aku dimata mereka. Untuk menghilangkan kesunyian terpaksalah aku berkawan dengan lembu dan kambing. Berbual-bual dengan mereka tentang pelbagai topik termasuk isu ekonomi negara dan politik.

Makcik Bedah masih berdendam dengan aku. Pelbagai cerita tak elok tentang aku dia canang kepada penduduk kampung. Nampaknya Makcik bedah belum serik. dah kena takik pun masih nak mencari pasal. sekali lagi aku marah. Kali ini kemarahan aku jadi lebih parah.

Garfu tidak dapat menginsafkan Makcik Bedah. Barangkali garfu kecik sangat. Jadi aku bawak lembing pusaka arwah datuk yang berbalut kain kuning. Datuk aku bekas pengawal istana. Dan lembing itu ialah pusaka buat waris dari turun-temurun. Sewaktu sampai di rumah Makcik Bedah, hari dah nak malam. Aku terus menyerbu masuk ke rumah Makcik Bedah tanpa memberi salam.

Tanpa memberi amaran terlebih dahulu, aku terus menakik kepala Makcik Bedah sekali lagi.

"Aduh! sakitnya kepala aku..!" jerit Makcik Bedah sebelum pengsan.

Suami Makcik Bedah pulak terus pitam. Apalah punya jantan. Aku pun blah. Malas nak tunggu lama-lama. Waktu tu barulah aku takut. Aku dah bunuh orang. Dalam fikiran aku, kepala otak ligat berfikir. Kalau aku kena tangkap, aku akan dijatuhkan hukuman mati mandatori. Aku belum nak mati. Aku nak hidup lagi.

Tak ada jalan lain. Aku kena lari. Sebelum polis datang cekup, adalah lebih baik aku melarikan diri. Tapi nak pergi ke mana?Dimana-mana pun ada polis. Disana polis, di sini polis. Tak ada tempat yang tak ada polis kecuali dalam hutan. Akhirnya kau mengambil keputusan untuk menjadi seperti orang utan. Aku duduk dalam hutan. Masalahnya pulak aku tak dapat makan nasik. roti canai jauh sekali. Dua bulan saja aku dapat bertahan. Akhirnya aku keluar dari hutan.

Dalam hutan tak payah pakai duit. Bila dah keluar, nak makan. Nak beli makanan bukannya boleh pakai daun pisang. nak cari kerja bukan senang. Last-last aku mencuri. Mula-mula aku mencuri secara kecil-kecilan. sekadar untuk mengisi perut. lama kelamaan aku semakin berani. aku merompak pulak.

Yelah, aku nak jugak merasa hidup senang. Nak enjoy, nak masuk dangdut ke karaoke ke apa ke...Sekarang aku bergelar perompak yang dihormati oleh perompak lain. Sebabnya aku selalu bertindak seorang diri. Macam Zorro. Kira aku ni dahsyat la. Duit aku banyak, aku beli pistol untuk merompak dan menjaga keselamatan diri. Nasib baik kereta kebal tak ada jual, kalau tidak dah tentu aku beli dua tiga bijik.

Menjadi perompak bukannya mudah. Aku kena berwaspada selalu. Silap haribulan kena tembak dek polis. Tapi aku cekap. Bila aku dah terkenal, ramai perompak nak join aku. mereka lantik aku jadi ketua. Ketua perompak. Bangganya aku. Aku pun makin ganaslah.
Surat-surat khabar memuatkan cerita bagaimana ganasnya kumpulan aku. Aku dikehendaki polis samaada hidup atau mati. kalau ditangkap hidup-hidup pun hujungnya nanti aku tentu dikenakan hukuman mati. Sama je.

Kata orang-orang tua, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Seterer-terer aku akhirnya polis dapat menghidu jejak aku. Suatu hari kumpulan aku kena ambush. Aku tak mengaku kalah. Aku tembak, polis pun tembak. Lama kami saling tembak-menembak. Ngeri sungguh adegan itu

Last-last aku kena tembak kat kepala lutut. Sakit bukan main. Tak dapat la aku main bola lepas ni. Polis pun tangkap aku. nak buat macam mana lagi. terpaksalah aku menyerah diri. Setelah lutut aku ok, aku dihadapkan ke mahkamah. Sepanjang perbicaraan hanya sekali bapak datang. Itupun sekejap je. Menurut bapak aku, makcik Bedah masih hidup. Liat betul nyawa orang tua tu.

Sewaktu membela diri, tuan hakim memberi peluang untuk aku membuat rayuan. Aku tak mengaku salah. mati-mati aku membangkang bila aku dituduh melakukan kejahatan dengan sengaja.

"Habis kalau bukan kamu yang salah. salah siapa pulak?" tanya Tuan Hakim.

"Salah Makcik Bedah!" jawab aku tegas.

mahkamah menjadi hingar-bingar. Nama Makcik Bedah tidak pernah disebut sepanjang perbicaraan. Bila aku menyebut nama itu, semua orang menjadi terperanjat.

"Makcik Bedah yang patut dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atau lebih lagi hukuman mati. Kalau Makcik Bedah tak mengata saya macam-macam, saya tak jadi orang jahat. Dalam hal ni, Makcik Bedah yang bersalah. Saya minta Tuan Hakim mendakwa Makcik Bedah."

Kemudian orang ramai ketawa. Tuan Hakim ikut sama tersenyum. Tak ada siapa yang percaya cakap aku. Tak ada siapa yang sependapat dengan aku.

Mereka tidak menyalahkan Makcik Bedah, padahal Makcik Bedah la yang bersalah.
Kemudian aku dijatuhkan hukuman mati. Subuh-subuh esok aku akan digantung. Tamatlah riwayat aku. Semua kerana makcik Bedah

Aku berharap kepada pembaca yang bersimpati, tolonglah aku. Tolonglah aku balas dendam pada Makcik Bedah. Kalau korang jumpa, takiklah kepala dia dengan sauh kapal sebab kalau senjata kecik-kecik Makcik Bedah tak mati punya..!

Zeti Punya Pasal

"You bersiap sekarang. I on the way ambik you"

Zety mengajak aku keluar pergi makan malam bersama. Hati aku dah berbunga kembali. "Jangan-jangan dia dah syok kat aku." perasan aku sendiri dalam hati. Dan dia menyuruh aku dress up kemas dan semat. Hah!apa aku belum cukup semat ke selama ni? Aku menyarung seluar slek Dickies berwarna hitam dan berkemeja purple. Seluruh tubuh badanku disembur minyak wangi berjenama Hugo Boss dari leher hingga ke buku lali. Aku mahu Zety berasa sedap bila terbau tubuh aku yang mewangi. Padahal sebelum ini pergi keluar makan tengahari di kedai bawah rumah itu pun aku tak mandi.

"Mmm... Semat. Macam Zul Arifin. Eh, tak tak. Tak best. macam Galileo Galilei. Haa!" aku bermonolog sendirian sambil cekak pinggang di depan cermin. Tiba-tiba telefon pintar aku pun berbunyi memainkan lagu Sheila On 7. "I dah kat bawah" sedapnya suara Zety sehinggakan aku rasa macam nak ke bilik air sekejap tapi aku batalkan niat tak baik itu. Dengan pantas aku terus lincah turun

Sampai saja di bawah, Zety berada di dalam kereta Proton Persona berwarna hitam melambai aku. Zety juga memakai dress serba hitam. Ya, aku bukannya suka menaiki kereta. Aku lebih selesa menunggang motorsikal Honda Ombakku. Tapi demi Zety, aku turutkan jua. Manakan tahu kalau dah qada dan qadar tertulis sekejap lagi Zety ingin memegang kepala gear, terpegang peha aku.

"Kita nak makan kat mana ni?" aku tanya dengan nada seperti pelakon drama. Zety pandang aku dan cuma senyum. Amboi, manisnya senyuman Zety. Lempang karang baru tau. "You ikut je" dia balas pendek. Aku pun seakan rela dibawa ke mana saja. Ingin saja tangan aku membelai rambut Zety di celahan telinga kirinya seperti di dalam video klip lagu-lagu rock jiwang, tapi aku risau ianya akan mengganggu corak pemanduan Zety dan boleh jadi akan menyebabkan kami berdua dress up serba putih jika berlaku kecelekaan

Kami berdua pun sampai ke tempat yang dituju. Aku rasa pelik, kami bukanlah pergi ke sebuah restoran tapi tempatnya seakan di dalam dewan. Ada banyak meja bulat yang sudahpun dihidangkan makanan di atasnya. Ramai yang sudah duduk seperti menunggu waktu makan tiba. Kami mencari kerusi yang kosong untuk diduduki. Agak biadap pula jika kami duduk di atas riba orang. Orang ramai di situ pula semuanya pakai serba kemas. Ada yang berkot, ada yg bertali leher, ada yg berkemeja seperti seorang eksekutif. Aku mula rasa tak sedap hati. Tiba-tiba...

"Apa Kaba Usahawan luxor semua?!"

Dan kesemua di dalam dewan itu bangun dan balas jawab serentak,

"Luar Biasa Baik!"

Aku terperangkap! Aku pandang Zety dengan rasa geram sehingga menggigil.Aku menggenggam erat jari-jemariku. "Ah tak guna punya perempuan"

Kelas F TV1

Wei mana nak cari ha drama Kelas F? drama ni ditayangkan pada tahun 2001 kat tv1. drama Kelas F ni menceritakan tentang alam persekolahan. Kelas F ni kelas belakang. so bebudak Kelas F ni selalu la dipandang rendah oleh bebudak Kelas A. Bukan itu ja, cikgu Kelas A pun turut memandang rendah kepada cikgu Kelas F dan bebudak Kelas F. drama Kelas F dilakonkan oleh Rusdi Ramli(sebagai guru kelas F) dan Haliza Misbun(sebagai guru kelas A)

Lagu tema drama ni pun best.
Kelas F, banyak ceritanya
banyak ragamnya
suka dukanya, gembira

Oh guru maafkan kami
bimbinglah kami
kami semuaa

gitulah lebih kurang

Adiwira Malaysia

Aku sering dianggap gila dan tak berguna di siang hari, tapi tak siapa tahu di malam hari aku menentang rasuah, dadah dan sampah masyarakat. sudah sampai masanya bandar ini memerlukan orang seperti aku
– Borhan

Drama Hati Waja

drama Hati Waja ni disiarkan dalam slot spektra tv 1 atau tv 2 aku tak berapa ingat. lagi pun time tu aku sekolah rendah lagi. drama Hati Waja ni aku rasa tahun 1999 kot. dilakonkan oleh rusdi ramli, faizal hussain, raja azura dll. Drama ni berkisarkan tentang ilmu persilatan. Syahadan(rusdi ramli) dan taktau(tak ingat la nama watak yang dibawa faizal hussain) belajar silat dengan tok guru mereka. Tapi faizal hussain ni belot, salah guna ilmu. Lepas tu dia buat konspirasi yang kematian tok guru mereka adalah perbuatan Syahadan. Maka bermula lah pelbagai konflik

hasil carian aku di google, ramai yang nak tengok balik drama ni. cari link download tak jumpa. maklumlah drama lama. boleh dikatakan rare

rtm..kami menyeru tolong siarkan balik drama Hati Waja ni

Tendangan Tanpa Bayang

TM Swift Mobile

kat mana nak download apk TM Swift Mobile ? TM Swift mobile boleh download disini get.al/tmswift



































Telekom Malaysia TM check radius, check session, reset port

HyppTV Huawei EC6108v8

TM telah release android box hypptv yang terbaru. Huawei ec6108v8. Play Store turut tersedia. Sila tengok review box ec6108 ni kat youtube. Nak tahu cara nak hack, root box ec6108v8 ni sila ke justpaste.it/kaminak atau forum.lowyat.net/topic/3594298

Bukan Kerana Aku tak Cinta

kau blah la perempuan gila. aku tumbuk muka kau. bukan kerana aku tak cinta


















"aku tak patut bagi bunga kat engkau. aku sepatutnya letak peluru berpandu ja. biar meletup baru padan muka kau" Jebat Foo

Jebat Foo

Ahmad Ziyad Iskandar Foo aka Jebat Foo. watak dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

"Bukan semua boleh pakai nama Jebat. Mas..kau nak tengok ke laki engkau ni memalukan nama dia sebagai seorang lelaki, antara 5 pahlawan Melaka, Mas" - Jebat



















Tokayah ja pun. bukannya peluru berpandu - jebat foo

Ahmad Ziyad Iskandar Foo

Ahmad Ziyad Iskandar Foo. Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Jebat Foo

















Ahmad Ziyad Iskandar Foo

Enjoy The Silent

Enjoy The Silent

Sepi Angin ke Kota London

Sepi Angin ke Kota London

hati kepada luaran

hati yang baik menzahirkan penampilan yang baik

you can Love your country without Loving your government

you can Love your country without Loving your government

sometimes u win sometimes u learn

sometimes u win
sometimes u learn

One mistake and everyone judge

One mistake and everyone judge

7 billions smiles

7 billions smiles, and your my favourite

im not failed

im not failed. I've just found 1000 ways that won't work

Maya Mira tv3

siapa yang search Maya Mira tv3 dan tersesat kat blog aku ni terima kasih. dah pasti hangpa tercari-cari drama melayu yang top ni kan. aku pun tanya google pasal Maya Mira tv3 ni. huhu takdak langsung info. maklum la drama dah lama kan. tahun brapa ek drama Maya Mira ni? hangpa ingat dak?

yang aku ingat, drama Maya Mira ni lakonan rosyam nor, hans isacc dan nasha aziz. kisah percintaan dua rakan karib dengan Maya dan Mira. mereka tidak tahu yang Maya dan Mira sebenarnya kembar. mereka ingat Maya dan Mira ada individu yang sama. mereka dapat tahu mereka kena game dengan Maya Mira ni. jadi mereka nak game baliklah Maya Mira ni

Tarbiyah Hari ini, Kepimpinan Hari Esok

Tarbiyah Hari Ini
Kepimpinan Hari Esok

Kesabaran adalah Kekuatan

Kesabaran adalah Kekuatan

Bila Mana Teknologi membodohkan Manusia

1. Bermain smartphone ketika khatib sedang membaca khutbah
2. Dok dalam satu rumah. nak panggil orang lain makan nasi masih nak guna telefon
3. Pengiraan mudah masih tetap menggunakan calculator
4. Ketika lepak minum bersama kawan2, lebih banyak bermain smartphone daripada gebang dengan kawan2
5. Leka dengan teknologi hingga tak sedar perkara lain terabai

maksud surah Al Qasas ayat 16

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku." (QS.28:16)



boleh rujuk www.surah.my

Pemandangan Perlis : Wang Kelian

Wang Kelian Perlis


Gambar Pemandangan di Perlis : Empangan Timah Tasoh

Empangan Timah Tasoh Perlis


Tariff Insurans kenderaan dari tahun 2013 hingga 2015

Tahun 2013



















boleh juga download disini pdf




Tahun 2014













Tahun 2015












tentang Insurans Kereta

apeciternie.blogspot.com/2010/05/panduan-memperbaharui-insurans-kereta.html

Pemandangan Cantik di Perlis : Ladang Tebu

pemandangan cantik di Perlis. Ladang Tebu Chuping


Dividen dan Bonus ASB sejak 1990 hingga 2014

dividen dan bonus ASB


Harga Minyak RON95 sejak sistem apungan digunakan

Harga Minyak RON95 sejak sistem apungan digunakan

Dis 2014 = RM2.26/L
Jan 2015 = RM1.91/L
Feb 2015 = RM1.70/L
Mac 2015 = RM1.95/L
Apr 2015 = RM1.95/L
Mei 2015 = RM1.95/L
Jun 2015 = RM2.05/L
Julai 2015 = RM2.15

Ogos 2015 = RM2.05
Sept 2015 = RM1.95
Okt 2015 = RM2.05
Nov 2015 = RM2.05
Dec 2015 = RM1.95

Jan 2016 = RM1.85
Feb 2016 = RM1.75
Mac 2016 = RM1.60
April 2016 = RM1.70
Mei 2016 = RM1.70
Jun 2016 = RM1.70
Julai 2016 = RM1.75
Ogos 2016 = RM1.75
Sept 2016 = RM1.70
Okt 2016 = RM1.80
Nov 2016 = RM1.95
Dec 2016 = RM1.90









Pemandangan Cantik Santiago Lake

Santiago Lake

Cara Semak No Tel Daftar Atas Nama Siapa

Cara Semak No Tel Daftar Atas Nama Siapa



































Grace Period Altel

Pelanggan akan diberikan tempoh selama
30 hari ntuk menambah nilai sebelum tempoh
berakhir. 

Sekiranya pelanggan gagal membuat
tambah nilai dalam masa yang diberikan akaun
tersebut akan berada dalam keadaan "suspend"
selama 50 hari dan pelanggan perlu menambah
nilai untuk mengaktifkan semula akaun tersebut.

Jika pelanggan gagal menambah nilai dalam
tempoh 50 hari atau dalam tempoh penangguhan
(grace period) akaun tersebut akan di tamatkan
perkhidmatannya

Senarai Talian Khidmat Pelanggan Telco di Malaysia

Senarai Talian Khidmat Pelanggan Telco di Malaysia
klik pada gambar untuk besarkan


Grace Period Telco di Malaysia

grace period ni bermaksud setelah tarikh luput credit berakhir, akan masuk kepada fasa grace period. dalam status grace period ni, berapa lama tak topup sesuatu number akan mati

berikut senarainya

Maxis 50 hari
jika anda menggunakan Hotlink Youth Club grace period adalah selama 90 hari

Celcom 50 hari
untuk plan SOX dan UOX aku tak pasti macam mana

Altel 50 hari

U Mobile 60 hari

Xox 60 hari

DiGi

SmartPlan - 60 days

Best - 75 days

Easy - 90 days

Legacy Plans - 90 days

GST meningkatkan kos

nak kongsi buku pdf penerangan tentang GST secara terperinci. Senarai barang dan perkhidmatan a to z yang dikenakan gst atau tidak dikenakan gst. buku pdf dikeluarkan rasmi oleh pihak Kastam.
tengok disini bitly.com/malaysiaGST

GST : Jadi Pengguna Bijak

Jadi pengguna bijak. Mulai hari ni resit barang atau perkhidmatan yang kita beli sila simpan. Apabila gst dilaksanakan, kita buat perbandingan harga sebelum dan selepas gst. kita akan tau sendiri jawapannya

Ke Arah Masyarakat yang Bijak

Ada yg undi utk rajalawak? Sudah2 la tu dgn sikap ketidakcerdikan kita. Apa keuntungan kita dapat hasil undi rajalawak? dunia-dunia.. Jangan kita terus leka. Sampai bila nak kena tipu dengan astro? semua tu startegi marketing astro.drama astro. Dah 2015 tunjuk skit sikap intelektual dan menteliti kelas pertama kita. sama-sama kita ke arah masyarakat yg bijak

GST : Pengguna Perlu Bayar Lebih

kita p kedai,beli barang seperti berikut :

biskut oat RM5
air 100plus RM3
air mineral RM1.50
kicap RM5
sabun pencuci pinggan RM4
colgate RM6
selipar RM5.50

jumlah semuanya RM30.adakah kita kena bayar RM30? jawapannya Tidak.kita kena bayar lebih.
pasaipa kena bayar lebih?
sebab ada cukai GST 6%
jadi asalnya RM30 dah kena bayar RM31.80

selamat bergembira dan bergst

Malaysia Darul Kelakar

aku bagi satu contoh la kan. apa beza lisa surihani tidur sekatil,berpegang tangan dan berpeluk dalam filem dengan seorang remaja berpeluk atas pentas? atas kapasiti apa hangpa Tak kritik lisa surihani? oh itu perkara biasa, dunia hiburan mmg macam tu, artis biasalah. Apa beza Islam seorang artis dengan seorang orang awam?

Part beberapa orang remaja berpeluk dengan lelaki terus hangpa hambur caci maki, keji, cakap orang b*d* . ya salah tetap salah. Tapi bukan hak kita nak menghukum orang, cakap macam tu. kenapa tak nasihat elok2? jangan ingat kita ni suci sangat. aku tak puas hati bila bebudak tu buat perkara macam tu hangpa fire depa kaw2. tapi bila artis buat perkara yg sama, it's ok.. secara tak sedar kita menunjukkan betapa rendahnya menteliti kita