2 Dis 2009

Sketsa Zaman Sekolah




Klik Pada Gambar Untuk Paparan Yang Lebih Jelas dan Besar

22 Nov 2009

Kenapa Youtube Video Streaming Slow

Kali ini aku cuba terangkan kenapa sesetengah video yang di streamkan di youtube slow dalam masa yang sama sesetengah ok tanpa stuck untuk buffering. secara generalnya ada beberapa sebab 1. Memang internet connection yang slow samada kita langgan package yang slow atau memang connection yang slow walaupun kita langgan package speed yang lebih tinggi. 2. Server untuk video streaming yang slow..but dalam kes video dari youtube agak jarang sangat slow disebabkan oleh server dari youtube..kita tahu server youtube kepunyaan google yang mana server dan speed connection memang tip top. 3. Internet provider dalam keadaan tertentu limitkan bandwidth dari video streaming site dengan alasan tertentu. 4. Internet connection kita tak dapat dan keep-up untuk stream video disebabkan bitrate video lebih tinggi dari kelajuan internet connection kita. Dalam kes no 4 inilah yang sedang berlaku kepada kebanyakkan kita terutama di malaysia yang menggunakan streamyx package 1mb. Kalau kita langgan package 1 mb (1024 kbps)secara genaral true speed yang kita dapat maximum dalam 850-950 kbps.Ini disebabkan banyak faktor cth line telefon yang kita guna, dan sebagainya. Memang ada jugak yang langgan 1 mb tapi bila test dapat lebih dari 1 mb..dalam kes ini kemungkinan besar tmnet tersilap capping speed atau sengaja capping pada speed yang lebih untuk compensate masalah line yang slow dan sebagainya. But dalam kes ini aku just ambil general speed yang kita dapat kalau kita guna 1mb iaitu 850kbps..speed ini ada speed yang biasa kita dapat kalau tak ada masalah lain. Now apa kaitan dengan video youtube?Sebenarnya kaitan dia sangat rapat.Speed yang laju dan stable membolehkan kita tengok video dari youtube smoothly tanpa tersekat-sekat. But sejak kebelakangan ini kita mungkin mengalami masalah video di youtube agak tersekat-sekat (stuck untuk buffering) walaupun speed internet connection kita ok. Ini yang aku discover sejak kebelakangan ini.Ada beberapa video di youtube bila aku main smooth dan sesetengah video tersekat. Sebelum aku terangkan lebih lanjut aku terangkan dulu format video yang digunakan oleh youtube. Pada peringkat awal youtube menggunakan format flash video (.flv) BTW flv hanya container tetapi di dalam container .flv ada dua format satu video dan satu lagi audio. untuk video format yang digunakan h.263 (Sorenson Video codec) dan audio boleh jadi dalam mp3 atau flaac.Pada masa ini jumlah bitrate (video + audio )untuk normal quality sekitar 400-700 kbps.Jadi kalau line internet kita stable pada 850kbps memang tak ada masalah untuk tengok video smoothly But sekarang youtube tetap mengunakan format flv untuk normal quality cuma di dalam flv itu sendiri format video dan audio telah ditukar kepada dari h.263 ke h.264 (avc) dan aac untuk audio. BTW format baru ini lebih baik sebab kalau dibandingkan quality video, h.264 (avc) lebih baik jika pada bitrate yang sama dengan h.263). BTW ia tak memberikan kesan kepada kelancaran video malahan kita boleh tengok quality video yang lebih pada pada bitrate yang sama. Apa yang menjadi masalah sekarang bukan semua video yang diuploadkan di youtube akan diencode atau di compressed pada bitrate dan video size (resolution) yang sama. Ia bergantung pada quality dan format asal video yang diupload. Sekiranya video tersebut asalnya video pada resolution dan bitrate yang rendah youtube akan encode pada sekitar 350-500 kbps pada resolution 340x240 dan jika video tersebut pada asalnya dalam HD youtube akan encode pada bitrate dab resolution yag lebih tinggi. Ini yang berlaku sekarang kenapa sesetengah video smooth dan sestengah video tak smooth. Bagi pengguna internet di malaysia yang rata-rata menggunakan 1 mbps memang mengalami masalah ini. Bagi negara maju seperti US, France , japan, korea even jiran disebelah selatan internet speed memang tinggi paling kurang pun dalam 4mbps jadi masalah tersekat mungkin kurang berlaku dan pengalaman menonton video di youtube dalam HD agak smooth. Kalau kita lihat image ini video ini di "wrap" dalam container .flv tetapi video format sebenar adalah dalam format h.264 (avc) dan audio dalam format aac. Jika kita lihat birate video diencode pada 788kbps dan audio pada 96kbps so total birate adalah 884kbps. Ini adalah "standard/normal" quality bukan high quality atau HD. Seperti yang diterangkan tadi speed yang diperolehi bagi pengguna internet 1mb dalam lingkungan 800 - 900kbps. speed ini dah kira optimum untuk package 1mbps.But kita tahu speed internet selalunya fluctuate. So dalam kes video di youtube birate untuk sesetengah video pada 884kbps so ini menyebabkan video tersekat dan tidak smooth. Jadi ini adalah salah satu punca mengapa sestengah video kita tengok di youtube slow dan sesetengah ok dan smooth. Jika kita ingin menonton video dengan lebih smooth terpaksa lah kita upgrade ke package internet yang lebih tinggi atau pun download video tersebut menggunakan download manager cth IDM misalnya dan tonton secara offline.

18 Okt 2009

17 Ogo 2009

Perlis benarkan wanita kahwin tanpa wali

KANGAR 16 Sept. Wanita di Perlis yang tidak mendapat persetujuan wali untuk berkahwin masih boleh meneruskan hasrat mereka apabila kerajaan negeri menguatkuasakan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan) 2007. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Datuk Abu Bakar Ismail berkata, enakmen itu telah diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis pada 11 September lepas. Dengan pindaan itu, Hakim Syariah diberi kuasa membuat keputusan terhadap kes-kes yang wali tidak bersetuju untuk membenarkan perkahwinan itu. Pindaan itu yang memasukkan perenggan baru selepas perkara 13(b) menyebut: dengan syarat bahawa dalam hal di mana wali yang telah enggan memberi persetujuan dengan tiada sebab yang syarie, Hakim Syariah boleh, selepas berpuas hati dan difikirkan patut, memberikan persetujuannya jika penyiasatan itu telah tertangguh sebanyak dua kali. Pindaan itu bertujuan memudahkan pasangan yang hendak berkahwin setelah menghadapi kesukaran mendapat persetujuan wali pasangan perempuan, katanya di sini hari ini. Dari segi hukum, benar kita perlukan wali, tetapi jika wali enggan menikahkan tanpa sebab yang jelas, mahkamah boleh memberi kuasa kepada wali hakim untuk menikahkan pasangan yang ingin berkahwin. Abu Bakar seperti dipetik oleh Bernama berkata, di bawah pindaan enakmen tersebut, Hakim Syariah berhak memanggil wali pasangan perempuan yang hendak berkahwin bagi membolehkan siasatan dilakukan tetapi jika dua kali wali terbabit tidak hadir selepas dipanggil oleh mahkamah, Hakim Syariah diberi hak meneruskan perkahwinan pasangan berkenaan setelah beliau berpuas hati dan perkahwinan itu difikirkan patut. Islam sendiri menggalakkan umatnya berkahwin dan mendirikan rumah tangga untuk mengembangkan zuriat, justeru adalah tidak wajar mana-mana wali cuba menghalang perkahwinan seseorang pasangan perempuan tanpa sebab munasabah hingga boleh menimbulkan implikasi lebih buruk kepada pasangan terbabit. Kita tidak mahu disebabkan wali enggan mengahwinkan sesuatu pasangan menyebabkan pasangan berkenaan terus menghadapi tekanan hidup dan lebih membimbangkan lagi kemungkinan mereka akan tersilap langkah hingga boleh membawa kepada kemaksiatan dan penzinaan,?katanya. Sementara itu, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin pula ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, langkah kerajaan negeri Perlis memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah itu dibuat bagi memudahkan perkahwinan. Kita kena ambil kira soal ruang untuk melakukan maksiat sekarang sangat mudah, maka tidak wajar kita menyusahkan perkahwinan itu. Dari segi hukum, benar kita perlukan wali, tetapi jika wali enggan menikahkan tanpa sebab yang jelas, mahkamah boleh memberi kuasa kepada wali hakim untuk menikahkan pasangan yang ingin berkahwin,katanya.

7 Ogo 2009

SoalJawab Agama

1. Salam,
Apa maksud Allah Azza Wa Jalla?

Waalaikumussalam.
Maksudnya: Yang Maha Perkasa dan Maha Agung

2. tuan,
apakah maksud Allah s.w.t?
s.w.t tu maknanya ape?

Salam
Maksudnya ialah “Subhanahu wa ta’ala”
dalam bahasa melayu : Maha Suci Allah dan Maha Tinggi
WA

sumber

15 Jul 2009

Soal Jawab sms berantai

Soalan 1:
Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?

Soalan 2:
Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini? Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah


Jawapan:
Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheikh Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya.Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau agama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau Al Quran?Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheikh Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam.Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheikh Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas.Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini.Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita.Maka kita berjalan pula di muka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet. Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram.
Wallahu'allam