15 Okt 2014

Putaran Hidup

Putaran hidup yang dilalui pasti menguji dan mengadili kita. Banyakkan berdoa kepada Allah

7 Sep 2014

4 Perkara Jika Pergi Ia Takkan Kembali

Empat perkara jika pergi tak akan kembali

1. perkataan jika dilontarkan
2. anak panah jika terlepas
3. masa jika ia berlalu
4. kepercayaan jika ia hilang

1 Sep 2014

Tips menggunakan Google

nak search specific web..contoh
site:wikipedia.com Perlis
site:mediafire.com gta 4

nak cari specific type of file mcm pdf,rar atau exe kita boleh guna filetype 
"jadual" filetype:pdf
"transformers 3" filetype:avi

filetype: juga boleh diganti dengan ext:

25 Ogo 2014

Kita Tolong Orang,Allah Tolong Kita didunia dan akhirat

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Barangsiapa yang melepaskan dari seorang mukmin satu kesulitan dari kesulitan-kesulitan dunia, pasti Allah akan menghilangkan baginya satu kesulitan dari kesulitan-kesulitan di akhirat. Dan barangsiapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan, pasti Allah akan memudahkan baginya (urusan) didunia dan diakhirat"
(Hadis Riwayat Imam Muslim no. 2699)

Berkata Baik atau diam,Muliakan Tetangga dan Raikan Tetamu

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam. Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan Jiran tetangganya. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya."
(Shahih - HR Bukhari-Muslim/dari Abu Hurairah)

9 Ogo 2014

Doa Ketika Sakit






Nabi s.a.w pernah mengajar Uthman bin Abu Al-Ash Ats-Tsaqafi apabila dia mengadu sakit iaitu;
-letak tanganmu di bahagian tubuh yg terasa sakit

-Baca bismillah 3 kali

-dan baca "aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari penyakit yg aku derita dan aku cemaskan"..sebanyak 7 kali.

[sahih muslim]

Banyakkan Sedekah

“Harta tidak akan berkurang kerana sedekah. Allah pasti akan menambah kemuliaan seseorang yang suka memaafkan. Juga tidaklah seseorang itu merendahkan diri kerana Allah, melainkan ia akan diangkat pula darjatnya oleh Allah ‘Azzawajalla.” (HR Muslim)

penuh dosa

Kita nampak mulia sebab Allah tutup aib kita

6 Jul 2014

Tawakkal kepada Allah

Tawakkal kepada Allah

Taqwa mendatangkan Rezeki

Taqwa mendatangkan rezeki

Islam larang dedah aib

jangan kita dedah aib orang
untuk gambar hd, right click pada gambar dan tekan open link in new tab

6 Jun 2014

seseorang dengan Tuhan

Kedudukan setiap insan disisiNya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Tidak mustahil orang yang kita tengok didunia ini dia tidak baik, tiba-tiba di akhirat dia mendahului kita didalam kebaikan.
Allah mengetahui setiap benda yang ada dalam jantung hati manusia.
Setiap kita sama kelihatannya, tapi tidak sama apa yang terpendam dalam jiwa kita.
Setiap orang yang duduk dalam saf dan menyatakan "Allahu Akbar" bunyinya sama, tapi tidak sama khusyuknya.
Setiap orang yang berdoa "Ya Rabb" bunyinya sama, tapi tidak sama dalam tawakal dan harapannya.
Setiap orang mengaku beriman bunyinya sama, tapi adakah sama antara iman kita dengan iman Abu Bakar, iman kita dengan para sahabat dan iman kita antara kita.
Allah mengetahui apa yang zahir dan yang batil di kalangan hambaNya.
Kita hanya mengetahui yang zahir sahaja, mungkin satu hari dia di sisi Allah lebih baik dari kita. Jangan kita lupa Dia memasukkan pelacur yang memberi minum kepada anjing ke dalam syurga, inikan pula pada hambanya yang lain.
Kedudukan insan disisiNya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Rahmat Allah itu lebih luas dari sangkaan insan, ia datang dalam pelbagai rupa dan cara.
Jalan pulang ke pangkuan Tuhan terlalu luas.
Allah tidak jauh, berdoalah kepadaNya

17 Mei 2014

Tinggal yang tiada kaitan

Dari Abu Hurairah radhiallahunhu dia berkata :
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
Sebahagian dari baiknya keislaman seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat buat dirinya.”
(Musnad Ahmad, no. 1737. Sunan at-Tirmidzi no 2317, 2718. Dinilai sahih oleh al-Albani dan hasan oleh an-Nawawi, Ibnu Hajar, dan Syu’aib Al-Arnauth)

Jangan Buka Aib

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كاَنَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ
"Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim di dunia, maka Allah akan menutup aib dirinya di dunia dan di akhirat. Dan Allah akan sentiasa membantu hambaNya selagimana hamba tersebut membantu saudaranya"
(Hadis Riwayat Imam Muslim no. 2699)

maksud surah Ali Imran ayat 26

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." Ali-'Imran:26

27 Apr 2014

Selawat keatas Nabi

Allahuma shalli 'ala Muhammad, wa'ala ali Muhammad

Tidak boleh cerita bohong utk orang lain ketawa

Tidak boleh cerita bohong sebagai alat untuk membuatkan orang ketawa

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : 
“Celakalah orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa.celakalah dia, celakalah dia“ (Hr Ahmad dan ad-Darimi)

20 Apr 2014

Menasihati Seseorang bukan bererti kita lebih baik daripadanya

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan Al Basri

20 Mac 2014

maksud surah At-Taubah ayat 71

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah,sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(At-Taubah:71)

Berkata Baik atau Diam

Rasulullah Shallahu 'alaihi Wassalam bersabda:mafhumnya
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir
hendaknya dia berkata-kata perkataan yang baik
atau diam" (HR Bukhari)

1 Mac 2014

Cinta adalah Rezeki

Cinta adalah rezeki. Bak kata Nabi s.a.w tentang isterinya Khadijah: "Aku telah direzekikan cintanya" (Riwayat Muslim). Apabila ada orang mencintai kita itu merupakan rezeki kerana bukan semua orang dicintai. 
Seseorang yang beristeri ataupun bersuami belum tentu mendapat nikmat 'dicintai' ataupun 'mencintai'. Apabila kita mempunyai isteri ataupun anak yang cinta dan kasih kepada kita maka bersyukur atas rezeki cinta itu.
Apabila ada orang tampil menyatakan cinta dan kasih kepada kita, maka kita bersyukur. Mungkin kita dapat membalaskan kembali cintanya dalam bentuk ikatan tertentu, mungkin juga tidak. Namun rasa cintanya kepada kita amat kita syukuri kerana ramai orang tercari-cari cinta dan kasih sayang di sana-sini tidak berjumpa sedangkan kita memperolehinya. Apa yang penting urusan cinta dan kasih itu dikendalikan dengan cara yang betul.
Apabila seorang sahabat memberitahu Nabi s.a.w bahawa dia menyayangi seseorang kerana Allah. Nabi s.a.w menyatakan: "Beritahulah dia". Lalu orang itu memberitahunya: "Aku mencintaimu kerana Allah". Lelaki itu menjawab: "Moga Allah mencintai engkau yang mencintaiku keranaNYA". (Riwayat Abu Daud).

kredit DrMaza.com

10 Feb 2014

jaminan Allah

Daripada Abu Umamah r.a, dia berkata, Rasululllah Shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Tiga orang yang semuanya menjadi jaminan Allah jika hidup ia akan dicukupi, jika meninggal, ia akan masuk syurga: orang yang masuk rumahnya dengan salam, maka ia menjadi jaminan Allah; orang yang keluar menuju masjid, maka ia menjadi jaminan Allah; orang yang keluar di jalan Allah, maka ia menjadi jaminan Allah."

[Shahih. Takhrij al-Misykah (727) Shahih Abi Dawud (2253). [Abu Dawud (15) kitab al-Jihad (9) bab Fi Rukubil Bahr fil Ghazwi (2494)].

Persaudaraan yang Tulen

"Satu-satunya bukti bagi persaudaraan yang tulen ialah perasaan anda sukakan sesuatu manfaat diperolehi oleh saudara anda dan hati anda gembira melihat manfaat itu tiba ke tangannya seolah-olah tangan anda sendiri yang menerimanya."
[Muhammad al-Ghazali (Akhlak Muslim)]