Salam AidilAdha

Ingatlah




klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar dan jelas

Nero atau Ashampoo



Terdapat pelbagai Burning Software di pasaran masa kini.Daripada percuma hinggalah berbayar.
Nero adalah salah satu syarikat yang tiptop dalam industri Burning Software.
Kita dapat lihat ramai pengguna menggunakan nero sebagai burning software.
Sehinggakan kita tidak nampak terdapatnya burning software yang lain.

Ashampoo Burning Studio..
Ramai lagi yang tidak mengetahui tentangnya.Itulah hakikatnya.
Secara ringkas Ashampoo Burning Studio berfungsi seperti Nero.
Burn data ke cd,dvd dan blu-ray...memadam data..copy cd/dvd..rip cd/dvd..

Apa yang perlu difokuskan adalah
antara dua software ini, yang manakah lebih baik ?
Maka jawapannya adalah Ashampoo.

Kenapa perlu memilih Ashampoo berbanding Nero :

1. Ringan
Ashampoo Burning Studio menggunakan ram yang rendah atau dalam bahasa Inggeris atau komputer "low use memory"
Tidak memberatkan pc.Saiz installation dan datanya(c:/program files/ashampoo) kecil berbanding nero

2. Mesra pengguna
Dalam bahasa lainnya lebih senang digunakan.
Dalam bahasa komputernya disebut sebagai friendly user.
Step untuk burn memang cukup mudah.Semudah a b c..

3. Percuma
Harus diingat setiap software mempunyai lesennya.
Jika freeware, kita boleh menggunakannya sehingga akhir hayat.
Ashampoo ada menyediakan versi freeware.

4. Menukar selera
Sesekali apa salahnya kita mencuba sesuatu yang baru.Lepas tu lihat hasilnya.


Ashampoo Burning Studio menyokong OS Windows XP,Windows Vista dan Windows 7..

Dah lama menggunakan nero apa kata beralih angin kepada Ashampoo Burning Studio ni.Pasti puas hati.
Belum cuba Belum Tahu.Tak Kenal Maka Tak Cinta.

Download Ashampoo Burning Studio 7 disini

key untuk Ashampoo Burning Studio
BRS7A0-773AAF-63FFA4

Kenapa Youtube Video Streaming Slow



Kali ini aku cuba terangkan kenapa sesetengah video yang di streamkan di youtube slow dalam masa yang sama sesetengah ok tanpa stuck untuk buffering.

secara generalnya ada beberapa sebab

1. Memang internet connection yang slow samada kita langgan package yang slow atau memang connection yang slow walaupun kita langgan package speed yang lebih tinggi.

2. Server untuk video streaming yang slow..but dalam kes video dari youtube agak jarang sangat slow disebabkan oleh server dari youtube..kita tahu server youtube kepunyaan google yang mana server dan speed connection memang tip top.

3. Internet provider dalam keadaan tertentu limitkan bandwidth dari video streaming site dengan alasan tertentu.

4. Internet connection kita tak dapat dan keep-up untuk stream video disebabkan bitrate video lebih tinggi dari kelajuan internet connection kita.

Dalam kes no 4 inilah yang sedang berlaku kepada kebanyakkan kita terutama di malaysia yang menggunakan streamyx package 1mb.
Kalau kita langgan package 1 mb (1024 kbps)secara genaral true speed yang kita dapat maximum dalam 850-950 kbps.Ini disebabkan banyak faktor cth line telefon yang kita guna, dan sebagainya. Memang ada jugak yang langgan 1 mb tapi bila test dapat lebih dari 1 mb..dalam kes ini kemungkinan besar tmnet tersilap capping speed atau sengaja capping pada speed yang lebih untuk compensate masalah line yang slow dan sebagainya. But dalam kes ini aku just ambil general speed yang kita dapat kalau kita guna 1mb iaitu 850kbps..speed ini ada speed yang biasa kita dapat kalau tak ada masalah lain.

Now apa kaitan dengan video youtube?Sebenarnya kaitan dia sangat rapat.Speed yang laju dan stable membolehkan kita tengok video dari youtube smoothly tanpa tersekat-sekat. But sejak kebelakangan ini kita mungkin mengalami masalah video di youtube agak tersekat-sekat (stuck untuk buffering) walaupun speed internet connection kita ok.

Ini yang aku discover sejak kebelakangan ini.Ada beberapa video di youtube bila aku main smooth dan sesetengah video tersekat.
Sebelum aku terangkan lebih lanjut aku terangkan dulu format video yang digunakan oleh youtube.

Pada peringkat awal youtube menggunakan format flash video (.flv) BTW flv hanya container tetapi di dalam container .flv ada dua format satu video dan satu lagi audio. untuk video format yang digunakan h.263 (Sorenson Video codec) dan audio boleh jadi dalam mp3 atau flaac.Pada masa ini jumlah bitrate (video + audio )untuk normal quality sekitar 400-700 kbps.Jadi kalau line internet kita stable pada 850kbps memang tak ada masalah untuk tengok video smoothly

But sekarang youtube tetap mengunakan format flv untuk normal quality cuma di dalam flv itu sendiri format video dan audio telah ditukar kepada dari h.263 ke h.264 (avc) dan aac untuk audio. BTW format baru ini lebih baik sebab kalau dibandingkan quality video, h.264 (avc) lebih baik jika pada bitrate yang sama dengan h.263). BTW ia tak memberikan kesan kepada kelancaran video malahan kita boleh tengok quality video yang lebih pada pada bitrate yang sama.

Apa yang menjadi masalah sekarang bukan semua video yang diuploadkan di youtube akan diencode atau di compressed pada bitrate dan video size (resolution) yang sama. Ia bergantung pada quality dan format asal video yang diupload. Sekiranya video tersebut asalnya video pada resolution dan bitrate yang rendah youtube akan encode pada sekitar 350-500 kbps pada resolution 340x240 dan jika video tersebut pada asalnya dalam HD youtube akan encode pada bitrate dab resolution yag lebih tinggi. Ini yang berlaku sekarang kenapa sesetengah video smooth dan sestengah video tak smooth. Bagi pengguna internet di malaysia yang rata-rata menggunakan 1 mbps memang mengalami masalah ini. Bagi negara maju seperti US, France , japan, korea even jiran disebelah selatan internet speed memang tinggi paling kurang pun dalam 4mbps jadi masalah tersekat mungkin kurang berlaku dan pengalaman menonton video di youtube dalam HD agak smooth.


Kalau kita lihat image ini video ini di "wrap" dalam container .flv tetapi video format sebenar adalah dalam format h.264 (avc) dan audio dalam format aac.
Jika kita lihat birate video diencode pada 788kbps dan audio pada 96kbps so total birate adalah 884kbps.
Ini adalah "standard/normal" quality bukan high quality atau HD.

Seperti yang diterangkan tadi speed yang diperolehi bagi pengguna internet 1mb dalam lingkungan 800 - 900kbps.
speed ini dah kira optimum untuk package 1mbps.But kita tahu speed internet selalunya fluctuate.
So dalam kes video di youtube birate untuk sesetengah video pada 884kbps so ini menyebabkan video tersekat dan tidak smooth.


Jadi ini adalah salah satu punca mengapa sestengah video kita tengok di youtube slow dan sesetengah ok dan smooth.
Jika kita ingin menonton video dengan lebih smooth terpaksa lah kita upgrade ke package internet yang lebih tinggi atau pun download video tersebut menggunakan download manager cth IDM misalnya dan tonton secara offline.

Apa yang menjadi persoalan sekarang sampai bila speed internet di malaysia pada tahap begini.
Bila agaknya internet provider akan menawarkan speed yang baik tetapi pada harga per megabit yang munasabah.

credit to my cyber friend tasek16 putera.com

Memahami Gagasan 1Malaysia

1Malaysia adalah sebuah gagasan yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri kita yang ke-6
iaitu Dr Seri Najib Tun Abdul Razak.
konsepsnya Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamankan.

Download e-book 1Malaysia..penerangan yang lebih jelas dan ringkas.