Tentang negara Sweden

Sweden dengan 9.8 juta penduduk adalah negara ketiga terbesar dalam kalangan negara Kesatuan Eropah. Seperti Finland, pendidikan di negara ini juga percuma

Jika Finland bangga dengan airnya yang bersih, Sweden pula bangga dengan bandarnya yang terbersih di dunia. Memang betulpun, pengurusan sampah dan sisa pepejalnya amat baik

Sweden juga berbanggakan dengan tahap kebebasan dan kematangan politiknya di dunia. Kematangan politik ini ialah tahap kerjasama antara pemimpin kerajaan dan pembangkang dan juga rakyat. Luar biasa mereka

Semoganya kita juga begitu, bandar kita bersih dan hubungan pemimpin-rakyat bagus

kredit Prof Agus

tentang negara Finland

Finland. Negara yang mempunyai 5.8 juta penduduk dengan hanya 20 peratus sahaja kawasannya di huni manusia, sebutlah apa sahaja yang terbaik dan terhebat di dunia, maka negara ini tersenarai

salah satu yang menarik ialah bekalan air bersihnya. Masuk sahaja bilik hotel, terdapat risalah yang menyatakan airnya terbersih di dunia dan selamat diminum terus dari tap paip. Sebab itulah tidak disediakan air mineral dalam bilik hotel

Sebagai sebuah negara artik yang menerima cahaya hanya 73 hari dalam setahun, pendapatan utama Finland adalah dari sektor perkhidmatan. Perindustriannya juga hebat, khususnya Nokia dan Angry Bird

Eksport utamanya ialah kayu kayan dan juga air bersih, terutamanya ke Arab Saudi

kredit Prof Agus

Orang Perlis

1. Padang Besaq
2. Pauh
3. Arau
4. Mata Ayaq
5. Padang Melangit
6. Ngulang
7. Beseri
8. Batu 2
9. Santan
10. Paya
11. Kangaq
12. Jejawi
13. Padang Behoq
14. Bintong
15. Kurong Batang
16. Tebing Tinggi
17. Panggau/Tok Kuning
18. Batu 5/ Bangsai Lebah
19. Seriab
20. Bohoq Lateh
21. Titi Beratap/ Behoq Mali/Mengkuang Layaq
22. Simpang Empat/Sg Baru/Sg Padang
23. Bunga Emas/Bongor Kudong/ Tok Pulau
24. Sanglang/Padang Keria
25. Chantek Bangun/Serdang
26. Tambun Tulang/ Long Boh / Chemumaq
27. Bakong
28. Guaq Sanji/Jelempok
29. Chuping
30. Gaal/Padang Siding
31. Tok kayaman
32. Bukit Ketri
33. BaTU Bertangkop
34. Lubok Sireh
35. Kilang Gula
36. Kubang Tiga
37. Sungai Berembang
38. Kg Bakau
39. Repoh
40. Behoq Empiang
41. Abi Tok Hashim / Batas Paip
42. Kg Syed Omaq/Balik Bukit/Kg Nesam
43. BaTU Pahat
44. Guaq Jentik
45. Guaq Nangka
46. Kaki Bukit/Wang Kelian
47. Utan Aji

kepada pengarah filem di Malaysia

Kalau tidak mampu hasilkan filem berilmiah, jangan hasilkan filem yang menunjukkan kebodohan

SNR dan Line Attenuation Streamyx

SNR = Signal Noise Ratio

speed 384kbps atau 512 kbps
SNR mestilah ATAS 10
Line Attenuation mestilah BAWAH 50

speed 1mbps
SNR mestilah ATAS 12
Line Attenuation mestilah BAWAH 40

speed 2mbps atau 4mbps
SNR mestilah ATAS 15
Line Attenuation mestilah BAWAH 40

speed 8mbps
SNR mestilah ATAS 20
Line Attenuation mestilah BAWAH 30

Melihat Sesuatu Dari Sudut Berbeza

Kaya.ramai orang salah tafsir.ingat kaya ingat duit.sebenarnya kaya membawa maksud yang luas.apa guna kaya,rumah besar,kereta besar tapi hidup Tak gembira,Tak bahagia,tidur diatas tilam empuk tapi Tak lena,Tak tenang. Lebih baik hidup sederhana tapi tidur lena dan setiap kali buka mata kita rasa bahagia dan gembira. rasa Gembira, Bahagia dan Tenang itulah kaya yang sebenar

Sebuah Perjalanan

apa yang kita harapkan dari kehidupan ini ialah keredhaan Tuhan..ini sebuah perjalanan yang menemukan kita dengan pelbagai cabaran dan ujian..dunia boleh berbicara apa sahaja, namun yang penting apakah kedudukan kita di sisiNYA..kita boleh memutuskan kemesraan dengan sesiapa pun tetapi kita tidak akan mampu menanggung derita jiwa jika terputus hubungan dengan Yang Maha Pencipta..Ya Allah! kasihanilah kami dan terimalah kami di sisiMU

Ladang Tebu Perlis

Pemandangan Ladang Tebu Chuping Perlis
hijau dan cantik
right click pada gambar dan tekan open link in new tab utk paparan lebih besar






Pandangan Orang

Bila aku kata aku Tak hensem depa kata aku takdak keyakinan diri,malu dgn diri sendiri,tak positif.
Bila aku kata aku hensem depa kata aku perasan,puji diri sendiri. SUBJEKTIF