jaminan Allah

Daripada Abu Umamah r.a, dia berkata, Rasululllah Shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Tiga orang yang semuanya menjadi jaminan Allah jika hidup ia akan dicukupi, jika meninggal, ia akan masuk syurga: orang yang masuk rumahnya dengan salam, maka ia menjadi jaminan Allah; orang yang keluar menuju masjid, maka ia menjadi jaminan Allah; orang yang keluar di jalan Allah, maka ia menjadi jaminan Allah."

[Shahih. Takhrij al-Misykah (727) Shahih Abi Dawud (2253). [Abu Dawud (15) kitab al-Jihad (9) bab Fi Rukubil Bahr fil Ghazwi (2494)].

Persaudaraan yang Tulen

"Satu-satunya bukti bagi persaudaraan yang tulen ialah perasaan anda sukakan sesuatu manfaat diperolehi oleh saudara anda dan hati anda gembira melihat manfaat itu tiba ke tangannya seolah-olah tangan anda sendiri yang menerimanya."
[Muhammad al-Ghazali (Akhlak Muslim)]

Teguran kepada orang istana

Binasanya sesuatu masyarakat apabila golongan bangsawan diberikan keistimewaan di sisi undang-undang. Mereka merasa diri mereka besar sehingga boleh memaki, memukul, mencedera sesiapa yang mereka suka, mengambil harta dan kedudukan awam dengan sewenangnya serta menghukum orang bawahan sesuka hati.

Berakhirnya sejarah golongan bangsawan di istana-istana hebat seperti Maharaja China dan raja-raja Eropah adalah disebabkan gagal mengawal diri dan takabur. Undang-undang yang double-standard pula memelihara mereka. Akhirnya rakyat bangun membuang institusi tersebut.
Apalah faedahnya jika istana dan institusi raja dalam mana-mana bangsa menjadi tempat 'samseng' menunjukkan kesamsengan terhadap rakyat dan orang awam.

Kewujudan golongan kebal seperti itu hanya menimbul kemurkaan Allah dan kemusnahan masyarakat. Rasulullah s.a.w menyebut:

“Wahai manusia! Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

daripada Dr Maza