Movie yang Aku Suka

senarai drama tv dan drama tv bersiri yang best
jalan cerita menarik.mesti tengok

TV SIRI
1. Sebenarnya Saya Isteri Dia
2. Setia Hujung Nyawa
3. Gelora Di Hati Sara
4. Vanilla Coklat
5. Epilog Cinta Khirana
6. Rindu Semakin Jauh
7. Kisah Cinta
8. Juvana
9. Cinta Elysa
10. Kami
11. Blogger Boy

ramai yang kata Teduhan Kasih best tapi aku tak tengok lagi

DRAMA TV(takda episod)
1. Jujur Aku Dayus
2. Anna Maria
3. Anak Rintih
4. Nak Balik Raya
5. Mak Abang Panggil Balik

Aku

Aku kena kuat.banyak bersabar.tenang
hidup dalam realiti
berpijak di bumi nyata
terkadang aku lupa
Tolong bangkitkan aku
Tolong sedarkan aku tentang usaha
Aku punya jiwa

Kenangan Bola Sepak Zaman Budak2

Bola Sepak Kampung Zaman Budak2

Gemuk = Keeper
Main langgar mcm kerbau = Defend
Lari Laju = Wing
Kurus/Hensem = Striker
Tuan Bola = Midfield merangkap kapten
Budak Loy = Tolong beli ayaq
Tiang Gol = selipar,buluh
Glove = selipar
Gol Pertama = Buka baju
Gol Last = Menang
Wisel Penamat = Azan Maghrib

Gambar Kucing Comel

gambar kucing comel dan kiut
right click pada gambar dan tekan open link in new tab untuk paparan yg lebih jelas





Apa yang berlaku di Syria

Syria mencapai kemerdekaannya dari Perancis pada April 1946. Sejak merdeka Syria diperintah oleh rejim tentera sehinggalah Hafez al-Assad memerintah pada tahun 1970 hingga 2000. Selepas kematiannya, anaknya Basyar memerintah sehingga sekarang

Syria mempunyai 21 juta penduduk yang mana 84% adalah Muslim Sunni, 10% Kristian dan 6% Syiah Alawite. Basyar al-Assad adalah dari kelompok minoriti Syiah Alawite, sebuah kelompok agama yang dikatakan oleh para ulama sebagai menyimpang dari Islam

Sejak kemerdekaannya, hubungan antara kaum Syiah dan Sunni tidak pernah aman. Syria pernah bergabung dengan Mesir dalam tempoh singkat pada tahun 1958, tetapi kekal hanya selama tiga tahun sahaja kerana perbezaan mazhab ini. 

Satu peristiwa kejam pemimpin Syria ke atas orang Sunni ialah konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 apabila hampir 47 ribu penduduk terbunuh. Peristiwa ini menyebabkan Muslin Sunni mendiamkan diri dari politik sehinggalah munculnya revolusi rakyat ke atas Basyar lehih kurang 15 bulan yang lalu. Revolusi yang juga bermula di Hama ini kemudiannya merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ke 157 tempat lain di Syria.

Mengapa berlakunya tragedi Hama ini? Tragedi ini bemula dengan insiden 20 remaja menconteng dinding dengan menulis ‘Rakyat Mahu Jatuhkan Kerajaan’. Remaja ini kemudiannya ditangkap dan diseksa hingga seorang daripadanya mati. Apabila ibu bapa datang untuk membebaskan anak-anak mereka, kerajaan telah meletakkan syarat orang Sunni hendaklah terlebih dahulu memberikan wanita mereka untuk ‘dinikahi’ oleh puak-puak kerajaan Syria. Permintaan ini merupakan penghinaan kepada orang Sunni, maka dari sinilah bermulanya kebangkitan dan pemberontakan rakyat. 

Basyar mengambil tindakan yang tegas pada demonstran ini. Ini boleh dilihat dari sejak bermulanya kebangkitan rakyat ini, dalam masa 42 hari sahaja seramai 4,000 orang rakyat Syria terbunuh, 39,000 orang cedera, dan 413 orang syahid di penjara. Kini, sejak Mac 2011, telah lebih dari 100 ribu yang terkorban.

Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya konfik Syria ini? Satu jawapan umum ialah kerana campur tangan luar. Dilihat dari satu aspek ada betulnya kerana tentera Syria dibantu oleh penjuang Hezbollah, Iran dan Lubnan serta Rusia dan China. Manakala pejuang Syria pula disokong oleh Al Qaeda, Muslim Bortherhood dan negara-negara AS, negara-negara Eropah, Saudi Arabia dan Qatar, Turki dan Jordan. 

Apapun kata orang, analisis saya mendapati punca peperangannya adalah disebabkan pertikaian antara dua mazhab iaitu Syiah dan Sunni. Ini kerana Basyar adalah seorang diktator yang cukup benci pada orang Sunni. Bagi Basyar, tiada tempat bagi Muslim Sunni dalam hatinya. Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak Sunni adalah luar biasa sekali. Beliau alergik kepada bangkangan dan sanggup membunuh rakyatnya sendiri. Kekejaman ini telah menyebabkan 30 ribu tenteranya sendiri telah berpaling tadah menentang rejim beliau. Kekejaman Basyar ini juga telah menyebabkan 95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini dan 19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria. Hanya dua negara sahaja yang kekal bersama Syria iaitu Iraq dan Lubnan kerana kedua-dua negara ini dikuasai oleh Syiah.

Bagi Basyar, beliau bersedia membunuh Muslim Sunni, tetapi tidak orang Yahudi. Basyar adalah seperti singa kepada rakyatnya, tetapi takut kepada Israel. Oleh sebab itulah, sejak zaman ayahnya lagi (Hafez al-Assad), tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel.

Dalam konteks kekejamannya kepada orang Sunni inilah, saya katakan perang yang berlaku di Syria sekarang ini adalah perang mazhab. Tetapi tidak boleh kita nafikan di sebalik konflik ini, AS juga memainkan peranan. Ini kerana kerja AS menggulingkan kerajaan negara lain bukanlah perkara baru. AS sudah gulingkan banyak kerajaan seperti di Cuba, Chile, Nicaragua, Brazil, Vietnam, Afghanistan, Iraq dan Libya. Semuanya atas alasan ‘regime change’ untuk membawa 'demokrasi, khususnya bagi pemimpin negara yang tidak sehaluan dengannya. Jika sehaluan, sekejam mana pun, AS akan pertahankan. Itulah yang berlaku di Mesir apabila AS hanya diam sahaja setelah tentera merampas kuasa di sana. Ini kerana AS memang dari awal tidak setuju dengan pemilihan Morsi sebagai Presiden

Begitulah krisis Syria yang telah memakan banyak korban rakyat yang tidak berdosa. Telah lima belas bulan tragedi ini berlangsung hebat, saya belum nampak jalan penyelesaiannya. Pemimpin dunia tidak pernah serius dan sekata untuk menyelesaikan masalah ini. Pemimpin Arab sekadar mengikut telunjuk AS sahaja. Hanya pemimpin Turki dan bekas Presiden Mesir sahaja yang menunjukkan keberanian mereka mengutuk keras rejim Basyar

Liga Arab ada mengambil inisiatif dengan mendesak Bashar supaya berundur dan menawarkan perlindungan kepada beliau, namun ditolak. Ini kerana Basyar yakin Rusia dan China di belakangnya. Kelompok AS dan Barat pula tidak serius dalam menjatuhkan Basyar sepertimana seriusnya mereka semasa menjatuhkan Saddam dan Gadaffi dulu. Maka, akan berterusanlah rakyat Syria dalam keresahan dan kesusahan

Malaysia pula mengambil pendirian yang tegas dalam mengutuk kekejaman Basyar ini. Malaysia menyokong Resolusi PBB tentang Syria pada 15 Mei 2013, biarpun ditentang oleh 12 negara termasuk Rusia, China, Iran dan Cuba. Dan 59 negara termasuk Indonesia memilih untuk tidak mengundi. Tahniah Malaysia kerana menunjukkan komitmen yang jelas dalam hal ini. 

Dengan perang yang masih berlaku sehingga di bulan Ramadan ini, kita tidak tahu bila konflik ini akan berakhir dan apa akan terjadi kepada nasib saudara kita di bumi Syria. Tidak ada apa yang dapat kita berikan kepada mereka, cumanya di bulan mulia ini, marilah kita berdoa untuk keselamatan saudara kita di sana. Dan jika kita mampu, hulurkan bantuan kewangan kepada mereka.

Pesanan akhir saya, jangan kita lupa untuk belajar daripada pengalaman Syria ini. Apa pengajarannya? Pertama, kerajaan tidak boleh bertindak zalim kepada rakyat. Kedua, apapun konflik dalam negara, jangan kita biarkan negara luar campur tangan dalam urusan negara kita. Negara kita adalah urusan kita untuk menjaganya

kredit kepada Prof Mohammad Agus Yusoff

Hadis Tentang Ramadan Puasa

ingin berkongsi beberapa hadis shahih tentang bulan Ramadhan atau puasa

"Siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu" (Hadith riwayat Al-Bukhari)

"Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir" 
(Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud & al-Tarmizi)

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun”
(HR Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad)

Makan sahurlah kalian kerana sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatan (H.R : Al-Bukhari)

p/s : recommend to read klik di sini

Installer Streamyx

Rindu kerja lama aku, installer streamyx
satu Perlis aku pusing.kenal dengan ramai orang
belajar communication skill
dari situ jugak aku dapat banyak pengalaman.bertemu dengan pelbagai ragam manusia



Hak seorang Muslim atas Muslim lainnya

Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada 6 perkara

1.Apabila brjumpa berikan salam kepadanya
2.Apabila dia menjemput, engkau memperkenankan undangannya
3.Apabila dia meminta nasehat, engkau menasehatinya
4.Apabila dia bersin dan memuji Allah, hendaklah (berdoa untuknya)
5.Apabila dia sakit hendaklah engkau ziarahinya
6.Apabila dia mati hendaklah engkau antarkan jenazahnya ke kubur
(HR.Muslim dan Tirmizi)

Hukum Tidur selepas Asar

Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya,maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri

Kedudukan Hadis:

Hadis ini adalah hadis dhaif seperti yang telah dihuraikan oleh al Albani di dalam bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah (Silsilah al Ahadith ad Dhaifah wa al Maudhu’ah – al Albani – hadis no. 39 dan Dhaif al Jami’ al Shaghir – hadis no. 5861). Sebelum daripada al Albani, hadis ini juga telah didhaifkan oleh al Haithami (Majma’ al Zawaaid – al Haithami – hadis no. 8254)

Tambahan:

Terdapat satu kisah berkaitan persoalan tidur selepas waktu Asar. Seorang imam fiqh dan hadis yang masyhur, al Laith bin Saad (175H) pernah ditegur oleh salah seorang rakannya kerana beliau mendapati al Laith tidur selepas Asar pada bulan Ramadhan. Rakannya itu membacakan hadis yang telah disebutkan di atas tadi (riwayat Ibnu Adi dalam buku al Kamil) sebagai hujah untuk menegur al Laith. Apabila al Laith mendengar sanad hadis itu dibaca, maka beliau telah mengesan satu kecacatan dalam hadis tersebut iaitu terdapat periwayat bernama Abdullah bin Lahi’ah yang meriwayatkan hadis itu daripada periwayat bernama Aqil. Al Laith lalu berkata: “Aku tidak akan meninggalkan perkara yang bermanfaat kepada diriku ini (tidur selepas Asar) hanya kerana hadis yang diambil dari jalan Ibnu Lahi’ah dari Aqil”. Maksud al Laith ialah beliau tidak akan meninggalkan tidur selepas Asar yang bermanfaat baginya hanya kerana satu hadis yang tidak sahih (Silsilah al Ahadith al Dhaifah wa al Maudhu’ah – al Albani – huraian bagi hadis no. 39)

Hukum Tidur selepas Subuh

Tidur selepas subuh/waktu pagi menghalang rezeki

Kedudukan Hadis:

Hadis ini adalah hadis palsu. Hadis ini dilabelkan sebagai palsu oleh al Hasan Ibn Muhammad al Shoghoni dan disokong oleh ahli hadis masa kini, Abd. Fattah Abu Ghuddah (Al Mashnu’ Fi Ma’rifati al Hadith al Maudhu’ – Ali al Qari – tahqiq Abd. Fattah Abu Ghuddah – muka surat 230). Manakala antara ulama yang melabelkan hadis ini sebagai sangat dhaif pula ialah al Haithami (Majma’ al Zawaaid – al Haithami – hadis no. 6091), Ahmad Syakir (Al Musnad – Ahmad Ibn Hanbal – edisi tahqiq Ahmad Syakir – jilid 2 – muka surat 4.), Muhammad Nasiruddin al Albani (Dhaif al Jami’ as Shaghir – hadis no. 1484 dan 3531) dan Syuaib al Arnaouth (Al Musnad – Ahmad Ibn Hanbal – hadis no. 530– cetakan Muassasah al Risalah, Beirut)

Pemandangan Hijau Cantik

aku memang suka pemandangan hijau dan lapang
pemandangan indah, pemandangan kampung
right click pada gambar dan tekan open link in new tab untuk gambar yg lebih jelas






Nak kata sajak pun dak.nak kata pantun pun bukan

Kenapa Melayu Tak Segar?

sebab melayu tak suka berfikir.
malas nak guna otak kanan dan kiri
suka tengok cerita hantu
waktu maghrib dah tunggu depan tv
melayu rajin bergosip sana sini
kutuk orang ni kutuk orang sana
bukan nak nasihat tapi mengata
tambah2 dosa dan buat dosa kering

melayu suka hiburan
ada af ada malaysian idol
terlebih kuantiti artis melayu
qari dan qariah susah nak jumpa
topup rm60 afundi
tabung anak2 yatim dan tabung masjid taknak plak topup
not seringgit pun dah ketar tangan
sibuk cerita artis kawin datuk
apa kena mengena dengan korang?
tak payah nak serabut kepala  

dikatakan miskin marah plak
padahal pakai tak cukup kain
dedah sana ketat sini
nampak tahi lalat kat dada
body pun apa kurangya
kadang2 mengalahkan j.lo

dikatakan berasal dari timur
penuh adab,sopan-santun dan lemah-lembut
merdeka sudah 55tahun
kenyataannya masih lagi terjajah
betul melayu mudah lupa

melayu suka enjoy
"asalkan bahagia,ada fulus"
saudara kat palestin tak pernah hirau
hari ni makan kfc, esok Mc d
saudara kat Palestin 3 hari tak makan
best dapat tidur lena ada air-cond
saudara kat Palestin tak dapat tidur kerana ketakutan
anak Melayu main game counter strike
anak Palestin main baling2 batu

melayu sanggup mati anak
asalkan adat terjaga
padahal ada adat yg bertentangan agama
tak senang hati jumpa bomoh
minta pelaris nak maju
santau saudara sendiri
cucuk kat hidung cucuk kat pipi
macam2 ilmu 
last2 bomoh yang kaya, diri yang merana

suka berlagak dan bermegah
nak jadi datin nak jadi dato
happy go lucky anak jadi artis
sampai jiran sebelah pun dah tak kenal
apa faedahnya?
dapat dosa lagi ada la
happy anak dapat 10A  spm xpa la jugak 

melayu memang terer
merokok no1
merempit no2
no3 meragut
membuang masa menjadi hobi
suka releks2
bangun tidur pukul 11pagi
sambil mengeliat dan menguap "hmm..malasnya hari ni"

baik hati melayu
berikan peluang pekerjaan kpd org luar
kenapa tak mahu bekerja?
tunggu emas jatuh dari langit?

melayu memang kuat dan berani
ada gengster badan besar
bermegah ada geng ramai
"kalau berani kacau la line kami"
padahal satu agama
kenapa boleh jadi lawan?
kan lebih baik teman tapi mesra rakyat

ramai juga kat disko
release tension katanya
tu cara terbaik
nak lupakan masalah keluarga,kewangan dan masalah kat pejabat
ramai jugak kat lorong haji taib
kesian haji taib nama dia jugak yg busuk

umur 15tahun dah syok2 bercinta
pmr pun belum ambik lagi
pegang tangan perkara biasa
tak tahu malu mungkin kot?
ramai melayu malam 14februari,malam merdeka dan malam tahun baru
hasilnya boleh tengok 9 bulan kemudian
masa tu nangis tak cukup tisu
makayah tak cukup kain tutup muka
ada gak 2bulan tak keluar rumah
lain yang diharap lain yang dapat
tak sejuk perut ibu mengandung
tapi bukan salah ibu megandung

dimana melayu pada hari Jumaat pukul 1.20pm
ada di rumah mimpi jadi kaya
ada di pejabat kerana letih
ada di shopping kompleks jalan2
pun ada enak menjamu selera di restoran mamak seksyen 16
bukan mimpi tapi kenyataan
solat jemaah di surau pusat serenti makin bertambah jemaahnya
solat jemaah di masjid dua saf pun tak sampai

Nak Salah Siapa Melayu terus melayu?
Ibubapa,cikgu2,ketua kampung atau perdana menteri?
ataupun polis diraja malaysia dan tok kadi?
tepuk dada tanya iman
bila nak insaf?
bila nak sedar?
bila nak taubat?
jangan tunggu Malaysia turun salji
jangan tunggu selat melaka terbelah dua

Bagaimana Melayu nak segar?
al-Quran dan as-sunnah menjadi pegangan
ikutilah akhlak Rasulullah S.A.W

5 Tsunami Terbesar dalam Sejarah Manusia


1. Tsunami Aceh
Tsunami ini terjadi pada  26 Disember 2004 akibat gempa kekuatan 9.1 hingga 9.3 skala Richter.Gelombang tsunami melanda beberapa wilayah di Aceh, India, Sri Lanka, Thailand, Maladewa, dan wilayah Afrika Timur
Sejumlah 226 000 jiwa tewas akibat tsunami ini dengan 166 000 jiwanya merupakan warga negara Indonesia.Gempa penyebab tsunami ini merupakan gempa terbesar ke4 yang terjadi dalam sejarah,sedangkan tsunaminya merupakan tsunami yang terbesar

2. Tsunami di masa Yunani Kuno
Tsunami di masa Yunani Kuno ini diketahui merupakan tsunami pertama yang terjadi dalam sejarah. Sebab, tsunaminya adalah meletusnya gunung yang berada dekat Pulau Thera atau Santorini.Jumlah orang yang tewas dalam tsunami ini tidak diketahui dengan pasti, tetapi dianggar mencapai lebih dari 100 000 orang.Gelombang tsunami diperkirakan mencapai 15 meter. Tsunami yang terjadi pada tahun 1500 SM ini diperkirakan menjadi sebab runtuhnya peradaban Minoa, salah satu peradaban yang berkembang kala itu

3. Tsunami di Portugal, Sepanyol, dan Maroko
Tsunami ini terjadi akibat gempa berpusat di dasar perairan Atlantik pada tahun 1755. Gelombang tsunami menghantam kota-kota di Portugal, Sepanyol, dan Maroko dengan kerosakan teruk terjadi di wilayah kota Lisbon. Tinggi gelombang tsunami tak melebihi Tsunami Krakatau, tetapi jumlah orang yang tewas jauh lebih banyak,sebanyak 60 000 orang

4. Tsunami Laut China Selatan
Tsunami ini terjadi pada tahun 1782 di wilayah Laut China Selatan yang berdekatan dengan Taiwan. Sebab, tsunami adalah gempa tektonik yang terjadi di dasar lautan. Tidak jelas pusat gempa dan kekuatannya, tetapi sebanyak 40 000 orang tewas kerananya. Berdasarkan katalog tsunami yang dipublikasikan Rusia, gelombang tsunami menerjang daratan sejauh 120 kilometer

5. Tsunami akibat letusan Gunung Krakatau di Selat Sunda
Tsunami ini terjadi pada tahun 1883 dan membunuh sekitar 36 000 orang. Gelombang tsunami yang ditimbulkan oleh letusan mencapai tinggi 40 meter dan menyapu setidaknya 165 desa di wilayah Jawa dan Sumatera. Letusan Krakatau merupakan letusan gunung berapi yang terbesar dalam sejarah, menimbulkan suara yang begitu keras dan abu vulkanik yang tersebar hingga ke Australia

Uji iQ tahap sekolah menengah

Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza
Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu
Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain

SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN?

Antara petunjuk yang di beri :
1. Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah
2. Orang Sweden memelihara anjing
3. Orang Denmark suka minum teh
4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih
5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi
6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung
7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu
8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill
9. Orang Norway tinggal dirumah pertama
10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing
11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill
12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir
13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway
14. Orang Jerman merokok Rothmans
15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air

Maksud Tirani

Tirani ialah istilah yang digunakan dalam sejarah
untuk menggambarkan corak pemerintahan oleh
seorang pemerintah yang mempunyai kuasa
mutlak. Pada zaman Yunani purba,  tirani
bermaksud pemerintahan mutlak oleh seorang
pemerintah. Kebanyakan tirani Yunani adalah
pemerintahan yang baik dan bertanggungjawab.
Istilah  tirani  boleh juga digunakan untuk
merujuk kepada kerajaan yang diperintah oleh
pemerintah mutlak yang mendapat kuasa melalui
kekerasan tentera atau muslihat politik.
Pemerintah seperti ini tidak akan mendapat
sokongan majoriti rakyat dan perlu menggunakan
kekerasan untuk mengekalkan kekuasaan.
Satu lagi maksud  tirani  ialah kerajaan yang
menggambarkan seorang atau sekumpulan orang
yang memerintah dengan kejam, menindas, atau
tidak adil

Kuasa Pena

Satu peluru mampu menembusi satu kepala,namun satu tulisan mampu menembusi ribuan malah jutaan kepala - Sayyid Qutb