Seharian sebagai Rakyat Malaysia

Tahukah anda? aku duduk dlm rumah bosan,okay bukalah Tv, Tv biasa je tiada Astro.Buka Tv1 kutuk PR,buka Tv2 kutuk PR,Buka Tv3 perghhh lagi hebat kutuk PR.. hurmmm nak masuk Astro lah,masuk 27hb (masuk Free) dah masuk Astro satu cerita,77X ulang tayang.. Sampai 28hb TV jadi gelap(ni mesti kena potong ni) angkat Fone call astro

encik, kenapa tv saya jadi gelap? astro jwb Encik kena byr bil dulu baru boleh cerah, Aku ckp x boleh tunggu cukup bulan ke baru potong.. 27hb belum dpt gaji... Astro ckp encik masuk 27hb, mesti 27hb bayar, (kejamnya) okay takpelah,TV gelap sampai 30hb gaji aku byr... tiba2 time nak byr kena denda Rm20 (penyambungan) n cukai 6%, perghhh kalau tiap2 bulan mcm ni masyakkk! Tiba2 teringat kata menteri, "kalau taksuka Astro,Tengok tv biasa" Okay aku STOP Astro, tgklah TV biasa yg hari2 kutuk PR

tiba2 teringat eletrik pula naik, ok aku tutup terus TV.. Sembang2 dahaga pula.. jalan kaki pergi Market nak beli gula dgn kopi, tgk Harga gula mahal, tiba2 teringat kata2 menteri, "Gula mahal sbb nak elakkan Diabetis", ok tak jadi beli gula, balik minum kopi kosong je.. dah minum air dpt call member ajak pergi rumah dia ada kenduri sikit, ok start kereta, tiba2 teringat kata2 menteri, "jgn guna Tol kalau mahal,guna jln lama" tapi kalau aku guna jln lama jauh, minyak pulak mahal(kataku dlm hati),,, okay takjadi naik kereta,naik basikal je lah

dlm 1jam 45min smpai rumah kwn, Sampai rumah kwn, kwn hidang air kosong+nasi dgn sayur.. aku tanya kwn, mkn sayur je ke? kwn jwb "yerla kan menteri ckp kalau ayam mahal mkn daging, kalau daging mahal mkn ikan,Skrg ni semua mahal,mkn sayur jela murah" ok lepas mkn nak blk lah.. kayuh basikal sambil terfikir apa la nak jadi dgn malaysia ni, tiba2 teringat kata menteri "kalau taksuka dgn malaysia,Sila keluar dari Malaysia" ok sampai je rumah aku kemas barang2 dan aku berpindah ke planet PLUTO

hentikan dan hapuskan bidaah

Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih diamalkan oleh masyarakat meLAYU. sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah

Doa dan Memohon kepada Pencipta

Hebatnya kuasa doa, bagi mereka yang kenal dengan Tuhannya. Hebatnya ilmu Tuhan dalam memaqbulkan permintaan hambaNya, jika hamba itu percaya kepadaNya dan ilmuNya

berserah pada Pencipta

Allah mendengar saat tak ada yg mendengar, melihat saat semua berpaling, menemani saat semua tak peduli, menyayangi saat yg lain melukai

pertolongan Allah

"Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

Akad Nikah versi melayu yang menyusahkan

Dr MAZA menulis

saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya. Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah.

Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut.
Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka. Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr ABD AL-KARIM ZAIDAN dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut: “Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”. Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya.
Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah. Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah

Akad Nikah mudah sebenarnya

Telah tersilap ramai bapa yang menyerahkan urusan `aqad nikah kepada jurunikah sedangkan mereka masih hidup dan hadir dalam upacara nikah. Islam memberikan tanggungjawab menikahkan anak perempuan kepada si ayah, maka si ayahlah yang perlu menikahkan anak perempuannya dengan lelaki bakal suaminya. Si ayahlah yang perlu bertanya, “Saya ingin menikahkan anda dengan anak perempuan saya ini. Adakah anda setuju?”. Dan apabila si lelaki bakal suami itu berkata, “Setuju”, itulah sahnya permulaan hubungan suami isteri. Si bapa TIDAK PATUT merumitkan urusan nikah dengan upacara batil penyerahan mandat wali kepada wali hakim, dan upacara batil oleh jurunikah yang menyusahkan `aqad

Kawan yg buat anda Rasa Senang

Sekiranya anda berkawan dengan seorang yang berakhlak mulia, anda pasti harap dapat bersembang lama dengannya. Hal ini kerana anda sedang menikmati kebijaksanaannya, pemilihan serta susunan katanya, kehalusan rasanya, keterbukaannya, kefaqihannya dalam agama dan sikapnya terhadap anda

Jangan bandingkan negara kita dengan negara lain

Tambang LRT termurah di dunia - Petrol kita termurah di asia - Harga barang termurah di asia - Cukai kita terendah di dunia - SOP banjir terbaik di dunia - Kadar jenayah terendah di dunia
"Kenapa kereta kita mahal berbanding negara lain?"
"jangan bandingkan kita dengan negara maju,kita negara membangun"
Aik?Semua di atas tu hang bandingkan untuk apa?

Kongsi ilmu

Aku melihat air yg tenang bertakung,mencemar kandungannya sendiri.Sekiranya ia mengalir,ia akan baik.Sekiranya ia Tidak mengalir,ia tercemar - imam Syafie

Berkawan dengan Orang Baik

Sekiranya anda berkawan dengan seorang yang berakhlak mulia, anda pasti harap dapat bersembang lama dengannya. Hal ini kerana anda sedang menikmati kebijaksanaannya, pemilihan serta susunan katanya, kehalusan rasanya, keterbukaannya, kefaqihannya dalam agama dan sikapnya terhadap anda

Sams Streamyx vendor

sams streamyx





Gambar Crossover kabel

dah nama pun cross bermakna hujung ke hujung kabel menggunakan coding color yg berlainan

crossover cable atau cross cable digunakan untuk sambungan komputer ke komputer atau switch ke switch.
untuk memudahkan pemahaman
device yang sama = crossover














gambar di atas contoh sambungan cross kabel