18 Apr 2021

Tukar minyak enjin kereta dan oil filter

Tukar minyak enjin kereta dan oil filter pada 17.4.2021 @51179km

Minyak enjin rm88

oil filter rm7

upah Doddy Auto Services rm15











































Tukar minyak enjin motor

Tukar minyak enjin moto pada 19.1.2021 rm25...filter rm10...filter mahal la plak






































3 Jan 2021

Elokkan Penampilan Diri

Muslim disuruh untuk menjaga penampilan diri di hadapan orang ramai supaya tidak kelihatan selekeh apatahlagi jika menjijikkan.

Pakaian dan kenderaan disuruh kelihatan elok iaitu bersih dan kemas. Sudah pasti penampilan wajah dan tubuh wajar lebih diberikan perhatian dan keutamaan. Ini bermaksud janggut, misai, bulu hidung dan apa sahaja pada wajah diurus dengan baik. Tubuh juga berkeadaan yang menyenangkan dari segi penampilan dan bau badan. Rasulullah S.A.W mementingkan wangian dan kekemasan fizikal.

Malang sekali KHUSUSNYA kaum lelaki ada yang tidak mementingkan soal penampilan diri ini. Ada yang misai dan jambang tidak terurus. Lebih jijik lagi ada yang BULU HIDUNG terkeluar dengan pandangan yang sangat tidak selesa bagi yang memandang. Ada yang Bau badannya mengganggu hidung orang yang berdekatan.

Demikian juga pakaian, ada yang tidak memilih pakaian yang sesuai untuk dirinya ataupun memilih warna ataupun fesyen yang sesuai untuk sesuatu majlis. Padahal termasuk dalam petunjuk Nabi s.a.w untuk mengelokkan penampilan diri.

“Sesungguhnya kamu akan bertemu dengan saudara-saudara kamu. Maka elokkanlah kenderaan kamu dan pakaian kamu hingga seakan-akan kamu adalah orang terampil dalam kalangan manusia. Ini kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai kekejian dan membiasakannya.” (Riwayat Abu Daud)

facebook.com/DrMAZA/posts/10155495474492990

Musim Angin Timur di Perlis

 Apa itu Winter Wind

Winter Wind sebenarnya merujuk kepada fenomena angin tropika yang bertiup di negeri Perlis sepanjang Disember hingga Mac setiap tahun. Dikenali sebagai ‘musim angin timur’ oleh penduduk tempatan. Winter Wind tidak berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia melainkan di negeri Perlis.

Memperihalkan berkenaan ciri musim ini,sebuah jurnal bertajuk ‘Natural Flood Influencing Factors: A Case Study of Perlis, Malaysia’ menyebutkan “The weather, which is normally warm and wet,is actually controlled by the yearly fluctuations in position of the Inter Tropical Convergence Zone since it follows the obvious movement of the sun north and south of the equator. This results in two distinct rainy periods, and a prolonged drought period. It experiences a Monsoon Tropical climate and “Winter Winds” (East Coast Wind from Teluk Siam).”

Secara ringkasnya, ‘Winter Wind’ cuma berlaku hanya sekali dalam tempoh setahun (Disember hingga Mac) iaitu ketika hemisfera selatan bumi paling condong ke arah matahari. Sepanjang musim ini, suhu menjadi amat rendah pada waktu malam dan awal pagi (antara 20 – 23 darjah Celcius) tetapi bacaan suhu akan menjadi begitu tinggi pada sebelah siang (melebihi 32 darjah Celcius).

Kedatangan ‘Winter Wind’ menjadikan Perlis mengalami tiga musim berbeza dalam setahun iaitu musim panas, musim sejuk dan musim luruh!

Pengaruh Monsun Tropika

Satu lagi istilah yang sering digunakan bagi merujuk kepada fenomena musim ‘Winter Wind’ di Perlis ialah ‘Khatulpica’.  ‘Khatulpica’ bermaksud iklim di negeri ini yang dipengaruhi oleh dua jenis iklim iaitu Khatulistiwa dan sub-tropika.

Ketika ini,Perlis sedang mengalami musim kemarau panjang dengan suhu pada waktu siang yang amat tinggi manakala beransur dingin ketika malam dan awal pagi.

Ketika di puncak winter wind, kebanyakan sungai akan kering-kontang akibat kemarau panjang, rumput-rumput akan mati manakala pokok-pokok yang selama ini menghijau akan kelihatan kering tanpa daun,seperti musim luruh di Eropah.

Cuaca yang ekstrem inilah yang membolehkan mangga Harumanis tumbuh subur di Perlis kerana Harumanis setiap kitaran untuk berbuah amat memerlukan cuaca yang amat panas dan ekstrem bagi menghasilkan buah yang berkualiti.

Biarpun musim Angin Timur ini membawa bersama suhu yang panas dan kemarau panjang, penduduk negeri ini biasanya akan mula melakukan berbagai aktiviti seperti menangkul udang, bermain wau, ‘menimba telaga’ dan sebagainya.

berita.pas.org.my/apa-itu-musim-winter-wind