Belajar Menghargai

kita warnai langit dengan tangan kita sendiri

Islam for All

Agama tak datang untuk mengubah tabiat manusia agar bertentangan dengan alam. Nabi tak suruh Umar ubah sikap jadi macam Abu Bakar. Kekalkan karakter asal tak bertentangan dengan Quran dan Sunnah. Agama kekal kerana itu orang Islam cepat berkembang. Islam masuk ke China tapi tak suruh orang Cina pakai jubah. Orang India boleh pakai kurta, orang Melayu boleh pakai sampin. Islam tak ubah pakaian tapi ubah akidah

Jangan biarkan Orang lain Lari

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari (HR. Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith: 
1. Islam adalah agama yang mudah dan senang diamalkan oleh setiap golongan, oleh itu hendaklah dipermudahkan dan janganlah dijadikan sebagai sesuatu bebanan
2. Umat Islam hendaklah sentiasa menyampaikan perkhabaran yang menggembirakan dan janganlah menimbulkan perkara-perkara yang membawa kepada kesulitan hidup
3. Islam menuntut agar umatnya berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana supaya boleh diterima dengan mudah dan rela

Surah Muhammad ayat 7

"jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
Surah Muhammad ayat 7

Tempat yang aku idamkan

Aku nak ke sini.tempat yang aku idamkan.aman damai harmonis lapang hijau.sejuk mata memandang.tempat yang boleh buat aku rasa tenang dan gembira. untuk paparan gambar yang lebih besar dan cantik sila right click pada gambar dan tekan open link in new tab
























pemandangan kampung
sejuk mata memandang
sawah bendang yang hijau, langit biru terbentang luas
angin sepoi2 bahasa, matahari terbenam
indah dan tenang

Surah Fussilat ayat 30

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (Fussilat :30)

nak tahu terjemahan ayat al Quran ke bahasa melayu sila klik disini

Kembali

Tanda Allah mencintai seseorang ialah apabila dosa-dosa, kelalaian, dan kealpaannya terdahulu membawa dia pada Taubat Nasuha dan membuat dia bangkit mendekati Allah

Kemudian seseorang bangkit mengejar Allah, berusaha mendapatkan hatinya yg hilang di belantara maksiat.dia sama sekali tidak berputus asa daripada rahmat Allah.dia sentiasa mengingati janji Allah Yang Maha Pengampun

Firman Allah bermaksud:
“Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”
(Surah al-Zumar, ayat 53-54)

Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya, dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. dan (ingatlah) Dia sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al Fatir:2)

antara Rakyat dan kerajaan

gambar yang penuh makna
people vs government

















People should not be afraid of their governments.Governments should be afraid of their people

Tidak Diiktiraf


Untuk pengetahuan semua, Blog ini tidak mendapat pengiktirafan dari mana-mana badan kerajaan mahupun NGO. disini kami mengamalkan konsep sitam. sindir + hemtam. Jadi mana-mana pihak yang butthurt dengan isi kandungan Blog ini sila ke pejabat JKKK berdekatan untuk membuat laporan tingkahlaku Blog ini

Cara Jawab Telefon

Bila kita buat report atau aduan kepada tm,maxis,celcom,digi dll..di akhir perbualan operator atau technical support akan tanya kita "ada lagi yang boleh saya bantu en?"..dan selalunya kita akan jawab "tiada" atau "itu sahaja"..mulai hari ini jangan beri jawapan macam tu.jika ada perkara luar jangkaan berlaku,anda akan dipersalahkan kerana semasa operator bertanya kita sudah menjawab "tiada" jadi mereka boleh claim itu salah pelanggan. bila di tanya "ada lagi yang boleh saya bantu en?" jawab macam ni "saya ada soalan tapi saya akan tanya hari lain.terima kasih"

Tips Didik Anak

Jangan sesekali berkata kepada anak kecil "pergi main jauh-jauh, abah/mama nak solat"
Tetapi pakaikan mereka dengan pakaian solat dan katakan "wah!cantiknya adik pakai untuk solat"
Insyaallah, suatu hari anak kecil ini akan cakap "abah/mama adik nak solat jugak ni"

Mencari

Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu? Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari..InsyaALLAH

Pageview Tertinggi

hikhiu hiksss pageview paling tinggi blog aku wehuuu
ahaks