Minda luar kawalan

Hang mungkin bijak. tapi bila hang habiskan beribu ringgit untuk mlm kebodohan hang nampak disitu. Hasil entah kemana. Dengan beribu ringgit boleh beli lampu pasang kat surau. Selagi lampu tu bercahaya menerangi surau, selagi tu dapat pahala. Bila wang menguasai diri, kadang2 kita lupa halal haram. Padahal dalam dunia ni banyak lagi perkara lebih penting daripada wang. Kadangkala kita rasa diri kita betul, hakikatnya kita silap(macam aku jugak)

Tak sedar diri

Kita rasa kita betul, orang lain salah. Hakikatnya

Inspirasi Hidupku


Idola Saya

1. Nabi Muhammad S.A.W
2. Ibu saya
3. sultan Muhd al-Fateh
4. Dr Maza

Gangguan Personaliti


Ramai beranggapan wanita yang terlalu mengikut kehendak kekasih bertindak bodoh, namun tindakan mereka itu sebenarnya disebabkan kecacatan pada personaliti mereka hingga boleh diperbodohkan dengan mudah

Golongan wanita seperti itu disifatkan mengalami gangguan personaliti dikenali sebagai ‘dependant personality disorder’

gangguan personaliti menyebabkan individu terbabit terlalu bergantung kepada orang lain seperti kekasih hingga menurut apa saja keputusan yang dilakukan pasangan, malah hingga tahap membahayakan diri sendiri

Mereka ini kebiasaannya berkelakuan tidak ubah seperti lembu dicucuk hidung dan tidak mampu membuat keputusan sendiri walaupun mengetahui sesetengah perbuatan yang dilakukan tidak logik

gejala gangguan personaliti ini antaranya terlalu mudah dipengaruhi dan terpedaya, apatah lagi apabila berkaitan cinta hingga sanggup dipergunakan pasangan

Mereka yang mengalami gangguan personaliti ini kebiasaannya pada satu tahap tidak boleh mengatakan tidak atau menolak keputusan pasangan walaupun ia jelas perbuatan jenayah. Mereka yang mengalami masalah ini boleh dirawat melalui kaunseling atau berjumpa pakar psikiatri. Kebiasaannya mereka hanya menyedari mengalami gangguan personaliti ini selepas mendapat rawatan

Autasan Malaysia


"wei Ali semalam chelsea lawan liverpool sapa menang? aku takdan tengok"

"aku ot semalam, aku pun takdan tengok. sat nak check. uih paper kata bn menang"

"paper apa hang baca"

"utusan malaysia"

Peribahasa Moden


Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula masjid berdekatan

Indah gambar dari rupa

Kecil tapak tangan, kalau tak cukup tapak kaki aku tadahkan

Diberi betis hendak paha, kalau tak cukup hendak penerajang wajabnya

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana makanan

Kerana nila setitik Baju sekolah jadi biru

Nak gugur, gugurlah nangka
jangan ditimpa si botol kicap
Nak tidur, tidurlah mata
jangan dikenang pocong tepi tingkap

buai laju-laju
Sampai cucur atap
apa dalam baju
Tangan boyfrend tengah merayap

Dendang Permata

Tajuk Lagu : Dendang Permata
Lirik : Rais Yatim
Artis : Datin Hajjah Rosmah mansor

Di hari raya
terkenang daku kepada altantuya
kampungnya indah nun jauh di mongolia
scorpene serta c4

Di tepian puncak
alam hijau yang damai selalu
di sanalah tempat dia semadi
hancur letuplah semuanya

Apakan daya
cincinku hanya berjuta
disalut cuma intan permata
kuasa serta harta

Kata-kata Dr Asri

klik pada gambar untuk besar


Surat Cinta Pelajar Sains Tulen

Kau umpama bintang yg menerangi alam semester. bima sakti sanggup ku jelajahi utk mendapatkanmu. akan ku bawa kau terokai geleksi elips. marikh dan pluto menjadi saksi cinta kita.biar mereka dengan teori big bang mereka,yang nyata kau dan aku tiada titik tengah. ku harap kau tidak mencampakkan diriku ke lohong hitam. aku tidak sanggup menunggu ibarat seribu tahun cahaya

3 jenis Ketam


Atok : Cu nak dengaq dak creta pasal ketam. creta ni boleh jadi tauladan untuk cu

Cucu : Eh mestilah nak tok. cu memang dilahirkan untuk dengaq creta tok

Atok : Pada zaman dulu ada sorang nelayan ni.suatu petang dia bawak balik 3 jenih ketam. ada ketam melayu, ketam cina dan ketam india. dia pun letak la semua ketam ni dalam satu baldi. Taklama paihtu dia pun perati la ketam2 tu. tiba2 dia nampak sekoq ketam cina cuba nak keluaq. Tuudia hat ketam cina yang len ni pakat2 dok tolak hat sekoq bagi keluaq pada baldi. paihtu ada sekoq ketam melayu try nak keluaq. yang ketam melayu len tuuudia semua pakat dok tarik dia masuk balik!

Cucu : amboi panjang betoi creta tok. sat..yg ketam2 india takbuat apa ka?

Atok : ohmybadcu. tok lupa nak habaq masa nelayan tu perati depa. time tu dah malam dan rumah nelayan tu takdak lampu

Cucu : *facepalm* Tahniah tok

Rahsia zuhud


Imam Hasan Basri ditanya tentang rahsia zuhudnya

Dia menjawab:

"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain,
kerana itulah hatiku selalu tenang

"Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat
ditunaikan orang lain,
kerana itulah aku sibuk mengerjakannya

"Aku tahu ALLAH mengawasiku,
kerana itulah aku selalu merasa malu bila
Dia melihatku dalam keadaan maksiat

"Aku tahu kematian itu sudah menungguku,
kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk
pertemuanku dengan ALLAH

Budaya Masyarakat Arab

Memahami budaya masyarakat Arab akan memudahkan pembelajaran bahasa Arab. Di sini, diberikan beberapa contoh bagi menggambarkan pengaruh budaya amat penting dalam pembelajaran bahasa Arab iaitu:

1. Penggunaan isyarat dalam menyampaikan sesuatu maksud adalah berbeza mengikut budaya masyarakat. Dalam masyarakat Melayu 'menggeleng kepala ' dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri itu menunjukkan kepada maksud 'tidak mahu'. Akan tetapi dalam masyarakat Arab, sekiranya dibuat demikian, mereka tidak akan memahaminya, kerana kebiasaan dalam masyarakat mereka, bagi menunjukkan maksud 'tidak mahu' , mereka menggunakan isyarat bunyi pada lidah dan diikuti mendongak kepala sedikit ke atas. Justeru, tanpa memahami budaya mereka, kita tidak akan mengetahui maksud yang hendak disampaikan oleh mereka.

2. Ucapan terima kasih yang dituturkan sebagai suatu ucapan penghargaan terhadap sesuatu pertolongan yang diterima. Biasanya sekiranya seseorang pelajar itu tidak memahami budaya masyarakat Arab dengan baik, mereka hanyalah akan mengucapkan perkataan 'syukran' bagi menandakan ucapan terima kasih. Namun, dalam masyarakat Arab itu sendiri, mereka sering menggunakan perkataan lain bagi menunjukkan tanda terima kasih iaitu 'barakallahu fik'.

Perkataan ini bukan sahaja menunjukkan ucapan terima kasih, bahkan penuturnya itu dalam masa yang sama mendoakan agar Allah memberkati rakannya. Selain daripada itu, perkataan yang biasanya digunakan dalam mengungkapkan ucapan terima kasih ialah 'jazakallahu khairan kathira' yang bermaksud 'moga Allah mengurniakan kebaikan yang banyak kepadamu'.

3. Kebiasaannya dalam masyarakat Arab, apabila mereka meletakkan tangan kanan di atas kepala sambil berkata 'ala raksi', ini menunjukkan bahawa mereka bersedia memberikan apa jua pertolongan yang diminta. Namun sekiranya seseorang itu tidak memahami budaya mereka, maka sudah tentu mereka akan tercengang kehairanan kerana perkataan 'ala raksi' itu bermaksud 'atas kepala saya'.

4. Sesetengah budaya dalam masyarakat Arab (seperti masyarakat Arab Jordan) ketika hendak turun daripada teksi atau untuk meminta untuk diturunkan, perkataan hormat yang digunakan ialah 'allah yu'tika 'al'afiah' yang bermaksud 'moga Allah memberikan afiat padamu'. Apabila disebut sahaja perkataan ini, pemandu teksi sudah mengetahui tujuan penumpangnya iaitu meminta diturunkan di tempat itu. Justeru, tanpa mengetahui budaya mereka, agak sukar untuk difahami maksud daripada ucapan yang dipertuturkan oleh mereka.

5. Mengungkapkan pertanyaan 'apa khabar' atau dalam bahasa Arabnya 'kaifa ha luk' berkali-kali dalam satu pertemuan adalah perkara biasa dan ia merupakan tanda mengambil berat. Sekiranya seseorang itu tidak memahami budaya Arab, nescaya mereka akan memberikan tanggapan negatif kerana pertanyaan 'apa khabar' biasanya diungkapkan pada permulaan pertemuan sahaja, bukannya diungkapkan berkali-kali dalam satu pertemuan.

6. Memberikan minuman kopi setelah dihidang makanan yang lain adalah menunjukkan waktu untuk pulang. Budaya dalam masyarakat Arab ialah mereka akan memberikan minuman kopi yang sedikit dan pahit sebagai menu terakhir kepada tetamu yang berkunjung ke rumah mereka. Walaupun tuan rumah tidak mengungkapkan sebarang kata atau permintaan supaya tetamu pulang, akan tetapi dapatlah difahami melalui budaya mereka bahawa apabila kopi dihidangkan, ini bermakna sesuailah bagi tetamu untuk pulang ke rumah mereka kerana tiada lagi hidangan lain yang akan diberikan kepada mereka



kredit kepada ustaz shauqi