Dari Kuala Perlis Ke Tambun Perak

Pada 28 Disember 2008,Ahad LKIM Perlis telah mengadakan hari keluarga.Destinasi kali ini adalah The Lost World Tambun.Pada 7.30am kami mula berkumpul di perkarangan LKIM Kuala Perlis.Rombongan bertolak lebih kurang dalam pukul 8.30am.3 buah bas tau rombongan kami.Setelah sekian lama terkurung dalam bas rombongan kami tiba jam 2.00pm.Excited juga aku..al maklumlah tak pernah aku sampai tempat macam ini.Apa yang bestnya The Lost World Tambun ini?Terkejut aku bila masuk dalam,mak ai 'sopannya' pakaian merekageli nak mandi,apa taknya 'tut'Oleh kerana kali pertama sampai tempat macam ni maka aku 'terpaksa' mandi juga.tapi aku mandi tak lamaPada pukul 6.00pm kami bertolak ke Kampung Halaman..seterusnya makan malam kami di Sg Perak.Ramai orang kat sini.Syukur..kami selamat sampai jam 1.00am.Apa-apa pun dapat juga aku pengalaman..

Saya Anti Rokok


True Life

Amanat Networking Sdn Bhd

Inilah tempat aku akan buat praktikel

AMANAT NETWORKING SDN BHD
HQ:LOT 3 JAlan Tukang 16/4,Seksyen 16,40000 Shah Alam
tel:0355115522/-355115533
fax:0355117575

Musim Cuti Sekolah Musim Kenduri Musim Melancong

Selamat bercuti..selamat berkenduri..dah lama rasanya aku tak menulis..sekarang memang tepat pada masanya untuk aku menulis.cuti semester sudah bermula,inilah ruang aku untuk bersama keluarga dan kawan-kawan di kampung.bulan 12 ni boleh dikatakan bulan yang rancak.masuk ja bulan 12 budak2 riang ria tak terkata apabila cuti sekolah,ada ibubapa kalut anak nak kahwin tak lupa juga orang yang mengambil kesempatan ini untuk melancong dan macam-macam lagi.bulan 12 ni bolehlah dikatakan musim cuti sekolah,musim kenduri dan musim melancong.macam mana ada perancangan untuk bercuti?dengan siapa?dimana destinasinya?semoga kita manfaatkan cuti ini sebaik-baiknya ^_^

Adobe Reader Selaju Notepad

Macam mana nak lajukan Adobe Reader 8.0 selaju notepad
Ini adalah tips bagaimana melajukan Adobe Reader 8.0 seperti notepad

Buka directory adobe reader:
C:\Program Files\Adobe\Reader 8.0\Reader

Buka folder plug-ins, cut semua file dan folder dalam itu,
Selepas itu paste dalam folder optional
Lihat bagaimana hasilnya ^_^
selamat berjaya

Selamat Hari Raya AidilAdha

Dari Jauh Ku Pohon Maaf



















Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam.

Perjalanan Hidup

Institut Ibnu Katsir

Mari berdaftar/menjadi ahli Institut Ibnu Katsir

Assalamualaikum..hari ini saya ingin memperkenalkan sedikit tentang sebuah Institut baru di Perlis.Mari kita berkenalan dengan Institut Ibnu Katsir

Institut Ibnu Katsir ditubuhkan pada 23 Jun 2008

Penasihat : Yb Dato' Seri Dr Shahidan Kassim
Ybhg S.S Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Objektif Institut Ibnu Katsir
1. Menganjurkan seminar, forum dan apa-apa sahaja majlis keilmuan bagi menyedarkan ummah tentang betapa pentingnya ilmu sebenar berpandukan AL-Quran dan As Sunnah
2. Menjadi sebuah badan rujukan bebas untuk memberi pandangan dalam soal-soal yang berkaitan dengan perlaksaan ibadah dan muamalah mengikut syariah Islam
3. Bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan yang lain bagi membangunkan umat Islam dari pelbagai sudut

Kami menyeru kepada umat Islam di Malaysia yang mencintai Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W turut serta bersama dalam usaha menyebarkan dan mengukuhkan pegangan ini.Sokongan semua dalam apa jua bentuk dihargai.Daftarkan nama penuh, alamat dan nombor telefon bagi memudahkan kami menghubungi dan memaklumkan sebarang aktiviti yang dianjurkan.

Hubungi kami :
alamat : 17 Jalan Sena Indah,Taman Sena Indah 01000 Kangar Perlis Darul Sunnah.

no tel : 0124940992/0124105984/0122959037/0135042868/0124702992

email : p_madani@streamyx.com