Putera.Com

Aduh..hampir 3 minggu PUTERA.COM tak boleh online..Mungkin ada puteranian yang belum tahu sebabnya.
Semua ini angkara DDOS(Denial Of Service Attack) Geram betul!
Siapalah yang khianat,dengki dengan team kita ni.
Harap mod dan admin banyak bersabar ya.Memang pihak tak bertanggungjawab ni tak senang hati dengan kita.
Itulah manusia tak boleh tengok orang lain senang sikit.
Putera.com banyak membantu kita.Disini silaturrahim terjalin antara kita.
Pengetahuan bertambah,banyak faedah kita dapat disini.
Disinilah tempat kita berkongsi rasa,idea,pendapat,ilmu dan sebagainya.
Seminggu tak masuk putera.com tak sah.Sehingga saya pun sekarang dah dapat level ahli rajin :)

Ayuh puteranian.Jangan putus asa!
Kita bangunkan semula PUTERA.COM kesayangan kita.Donate untuk server baru.
Untuk donate sila ke putera.com dan masuk ke link temporary forum.
Dijangka forum terbaik di Malaysia ini(putera.com)akan pulih pada 1 Mac 2009.
Jumpa saya di putera.com
p/s : rindu la kat forum putera[dot]com

Guna Hati Akal Dan Fikiranmu


kredit to my friend | Ustaz Annamir

Rokok dan Merokok!Apa Faedahnya?

Dewasa ini perokok semakin bertambah.Setiap sudut pasti ada golongan ini.
Mereka yang menyertai golongan ini pula tidak mengira umur,jantina,pangkat,status..
Apa yang mereka dapat daripada merokok?kepuasan?hilang masalah?nampak macho?
Mungkin itu jawapan mereka.Tapi bagaimana pandangan masyarakat lain.
Tidak keterlaluan dikatakan sesetengah golongan ini tidak tahu menghormati orang lain.
Dan lebih mengejutkan lagi terdapat segelintir pelajar sekolah dan wanita merokok.
Adakah ini sudah menjadi fenomena,budaya,trend masa kini?
Siapa yang bersalah?Mereka dan keluarga mereka?
Dimana silap kita.Kurang didikan agama?Kurang perhatian daripada ibubapa?
Dimana orang Melayu yang dikatakan penuh dengan adab dan adat?
Segarlah wahai bangsaku!Kenapa benda haram itu juga yang singgah di mulut.
Sudah terang lagi tersuluh ulama terkenal masa kini Dr Yusof Qaradhawi telah menfatwakan
bahawa merokok adalah HARAM disisi agama.
Merokok ibarat membunuh diri sendiri,tiada manfaatnya.
Usaha kerajaan melaksanakan kempen "tak nak" sudah baik.
Cumanya ia perlu ditambahkan lagi.Bukan tak nak merokok tapi haram merokok!
Ayuh semua..
buka hati,buka minda dan fikir-fikirkanlah..
Tepuk dada tanya iman.
Dimana budi bicara kita.
p/s : daripada beli rokok baik makan ais-krim lagi sedap ^_^

rujukan untuk anda

Stars So Bright


kredit to my friend http://www.flickr.com/photos/orangperlis

Bukakanlah Tingkapmu Curahkan Cahaya


Penatnya kerja(menjalani latihan praktikel) hari ni.pukul 6 petang baru boleh pulang.
Hari ini saya dan kawan2 diberi assignment yang cukup mencabar.Kami diarahkan untuk
membangunkan dan manage network untuk company kami.Nampaknya cabaran akan bermula.
Bukan senang dan bukan susah juga nak setup network ni.
nak setup server,ip address,firewall,kabel..
Dalam meeting tadi saya pula dilantik menjadi leader bagi group ke-2 iaitu cabling.
Boleh ka saya lead ni.
Saya yakin dengan diri saya.Self Confident.Yang penting usaha dan kesungguhan.
Bak kata pepatah dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Projek kami dijangka akan memakan masa selama 2 bulan lebih.
15 orang mampu rasanya disiap dalam tempoh tu.
Apa-apa pun kami suka menjalani praktikel di Scrap Computer Trading.
Bos sporting but masa kerja jangan main dan masa main jangan main2.
oraitttt...jumpa lagi :)
Happy and Smile Everyday :)

Pantai Cenang dalam Kenangan



Teringinnya nak pergi pantai cenang :)

Senja Di Dataran Brasmana Kuala Perlis


Inilah hasil kerja saya yang tak seberapa.Baru lagi dalam dunia photography ni :)
Hmm..banyak lagi perlu belajar.Alhamdulillah kawan2 dunia maya banyak membantu.
Terima Kasih Annamir,Apit,Buyie,Malayneumaya,Firabib dan ramai lagi.Ur the best.
Nanti saya belanja makan ok..hehe..
Tertunggu-tunggu hasil karya anda seterusnya.
Capture ur best memories..
Happy and Smile everyday :)

Save Gaza,Palestine




























http://drmaza.com

Where Is The Love?


Lihatlah gambar manusia yang memegang senjata itu.
Jenis apakah manusia ini?Anda sendiri pasti mengetahuinya.
Dimanakah kesalahan anak kecil itu?Apakah dosa yang anak kecil itu lakukan?
Lihatlah sikap dan perangai israel,meskipun genjatan senjata dilakukan tetapi
pembunuhan tetap berlaku.Ya apa kita nak hairan,dajjal abad ini(israel) memang
tidak pernah menepati janji.
Penduduk Gaza terus hidup dalam ketakutan dan serba kekurangan.
Hidup serba kekurangan,rumah beralas tanah beratap langit.
Makan minum entah ya entah tidak.Sakit demam usah ditanya lagi.
Mereka menanggung segalanya.Menanggung derita yang amat.
Masih ada lagi pertumpahan darah.
Kita di bumi bertuah ini bagaimana pula.Adakah kita bersyukur?
Hari ini ibu masak lauk-pauk 2 jenis sahaja.apa kita kata kepada ibu
"Ni ja yg ada..tak nak makan la ibu..ayam pon takda.
Kenapa kita tidak tahu bersyukur.
Aku terfikir di mana jutawan-jutawan Malaysia?tengah kira duit?
tengah sedap makan di hotel 5 bintang?
Sudahkah mereka menghulurkan bantuan?
Oh,pasti mereka sudah menghulurkan bantuan kewangan untuk Gaza kan?
Moganya begitu..
Palestine..We sympathize..We care..

So Sweet



















kredit to http://www.flickr.com/photos/annamir/