Sepakat Membawa Berkat



aku bersyukur kepadaMu Ya Allah.
Alhamdulillah..
Wan rasa cukup senang.Wan dapat rasakan ramai orang yang ambil berat tentang diri ni.
Daripada kawan-kawan hinggalah saudara-mara.
Best sangat rasanya dilahirkan di kampung yang indah ni.
Ditambah lagi dengan masyarakat kampung yang baik hati dan prihatin.
Bersatu Teguh, Bercerai Roboh!

Jiran Wan dah macam adik-beradik sendiri.
Toksu memang hemoi (ramah)
Ada saja makanan akan dihantar ke rumah Wan.
Sakit demam pasti ditanya.
"Terima Kasih Toksu"

Maklong pula cukup rajin.
Selalu datang rumah Wan, berikan ayam makan.
Kenkadang Maklong tolong siram pokok bunga.
"Terima Kasih Maklong"


"Terima Kasih Semua"

Segala budi baik amat Wan hargai.
Hanya Allah mampu membalasnya.

Bijak
Amanah
Ikhlas
Kerjasama

Bagai Irama dan Lagu ?


Unsur Keterlaluan Didalam Lagu Melayu dan Indonesia

Sesetengah orang merasakan muzik dan lagu tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan seharian.
Ini kerana muzik/lagu adalah salah satu cabang hiburan.
Menjadi fitrah kita sebagai manusia sukakan keseronokan,kegembiraan,hiburan..
Namun adakah hiburan yang kita nikmati adalah hiburan yang betul?

Lagu..
Lagu adalah hiburan yang paling mudah dan terkenal.
Buka tv,radio,komputer,internet dah boleh dengar lagu.
Macam2 lagu ada..lagu indie,lagu rock,lagu nasyid,lagu jiwang...

Apa yang perlu kita tekankan tentang sesebuah lagu adalah mesej ingin disampaikan.
Apakah mesej yang disampaikan?baik atau buruk?
Disini kita perlu bijak membuat penilaian.

Ini kerana terdapat lagu dari negara kita atau negara seberang yang membawa maksud negatif atau tidak betul.
Lagu yang tidak bermoral dan menyimpang.
Lagu yang terlalu mengagung-agungkan kekasih,teman wanita.
Sehingga lautan api sanggup diredah.huh lautan air pun tak lepas lagi!
Terkadang kita cuai tentang hal ini.Terlepas dengar.

antara lagu yang tidak bermoral :

papa jahat - the fabulous cats
teman - xpdc
lemas - ruffedge
kekasih gelapku - ungu
pencinta wanita - irwansyah
makhluk tuhan paling seksi

dan banyak lagi...

Ini lagu dari Nusantara.Lagu barat usah cakap la!

Bagaimana penilaian anda?
Pastikan pilihan yang terbijak.
Tepuk dada tanya iman.

bacaan lanjut lain

Melayu Mudah Lupa


Sajak dari Tun Dr Mahathir ini mengingatkan kita sebagai bangsa Melayu.
Kemana arah kita sebagai bangsa melayu yang beragama Islam?
Bangunlah bermimpi di siang hari !

Jangan kita tidur lagi.
Jangan biarkan bunga raya layu ke kanan dan bunga tak cantik mekar ke kiri.

sama-sama kita muhasabah diri.

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai

download mp3 sajak Tun Dr Mahathir Mohd - Melayu Mudah Lupa

Selamat Hari Raya Aidilfitri




klik pada gambar untuk besarkan resolution

Salam Aidilfitri ini ditujukan kepada
pengunjung KemanaArahKita dan kalian yang mengenali diri ini.
TERIMA KASIH kerana kunjungan anda walaupun seketika hanya.
Dijemput datang lagi ye ke blog ini :)
Kerana anda blog ini terus teguh hingga ke hari ini.
Jangan lupa chat kat shoumix sebelah tu.

JEMPUTAN - Raya ni datang la rumah ye.

***Raya, raya jugak.Jangan lupa kita ada puasa lagi dalam bulan Syawal.Puasa Enam..
Sama-samalah kita rebut peluang ni.

download wallpaper Selamat Hari Raya yang cute

Nostalgia Aidilfitri





klik pada gambar untuk besarkan resolution

Bila story tentang hari raya memang banyak.
Baju raya,kuih raya,duit raya,lagu raya,kenangan di hari raya...
Pastu pelbagai soalan la tentang raya ni ditanya.
Dah beli ke baju raya?
Kuih raya buat ke beli?
Nak beraya mana tahun ni?
Apa pun Wan tak boring jawab soalan ni.
Boleh tahan juga aku.Ramai member take care.[eh prasan plak]

Menjawab persoalan dah beli ke baju raya?
Inilah soalan yang pasti akan ditanya oleh kawan2.
Hmm..pasal baju raya ni,Wan akan buat bila ada kain langsir mak yang lebih.
Kain tu la yang diambil buat baju raya..haha takda la.
Sekarang dah tak fikir pasal baju raya (baju Melayu).
2 tahun atau 3 tahun sekali ja akan tukar.
Raya tahun ni pakai baju raya tahun lepas ja.
Lagipun dah besarkan.
Lain la budak-budak kan.Sebut pasal baju raya mesti lompat keriangan.
Ditambah lagi baju raya bukan setakat baju Melayu, termasuk juga t-shirt,seluar..

Hmm..kalau perempuan faham2 je la kan.
Tiap kali raya mesti ada baju baru.
Bila Wan tanya kaum hawa ni tak pernah yang kata "tak beli"
Kenkadang tu dekat 10 pasang.
Buang tebiat apa baju raya sampai 10 pasang.
Tidak menjadi masalah..Lagipun kan sunat memakai pakaian yang cantik pada hari raya.
Tapi jangan sampai tahap membazir..Tak baik tau.


Kuih Raya?
Kuih raya, kuih raya tunjuk ja.
Sebenarnya tak suka sangat kuih raya ni.
Wan lebih suka KETUPAT daripada kuih raya.
Sedapnya KETUPAT cicah dengan rendang.
Makan ketupat pandai, buat ketupat fail.

Duit Raya pula?
Perlu sediakan sikit untuk anak buah.Tak la banyak sangat.
Tak banyak pun terbang juga duit Wan.wa...
Balik-balik kita plak tak dapat duit raya.Nangis la macam ni.
Tolak tambah darab bahagi lari budget.

oklah...
Kepada yang nak balik kampung..berhati-hati di jalan raya.
Ingatlah orang tersayang, atuk nenek dikampung.
ooo...balik kampung... :)

Belia Benci Maksiat




Tiada manusia yang suka maksiat.
Maksiat boleh menjerumus seseorang ke neraka.
Ayuh belia Malaysia! Bukan belia ja, semua lapisan masyarakat.
Jom kempen benci maksiat!
Bersama kita mencegah maksiat.

***meluat tengok orang pakai baju bertulis kiss me.patut masuk kelas pendidikan moral!

Puasa dan Zakat





Best tak pantun kat atas tu.
INGAT!
Yang baik jadikan teladan,
Yang jahat jadikan sempadan.

sebabak Menjelang Hari Raya




cerita budak sekolah menjelang hari raya.hehe..

teringat zaman budak-budak dulu.
kutip duit raya satu kampung.
rumah yang kasi duit banyak tu jadi mangsa..
tukar baju raya dengan kawan pastu beraya lagi rumah yang sama.
memang happening la.hehe

My Art


klik pada gambar untuk besarkan resolution

My first droplet..cantik tak?
shoot pic ni lepas hujan.
masih baru lagi dalam photography :)

klik disini untuk komen di FLICKR

Azam Yang Suci

Siapa pernah dengar lagu ni angkat tangan?
Ingat lagi,lagu ni dinyanyikan masa zaman sekolah rendah dulu.
Lagu yang diubahsuai daripada lagu Suci Dalam Debu.
Liriknya ditukar.


AZAM YANG SUCI

Tersedarku dari lamunan
Sejarah pahit kulupakan
Ku semaikan benih-benih harapan
Bersama sejuta impian

Dengan azam dan keyakinan
Tempuh cabaran kehidupan
Terujilah segala ketabahan
Berikanlah ku kekuatan dan keimanan

Kumengharapkan kejayaan
Menanti dihadapan
Namun hakikat belum nyata
Harus berusaha

Suatu hari nanti
Pasti aku berjaya
Akan aku buktikan
Padamu ayahbonda

Disitu kita lihat, kebenaran hakikat
Impian jadi nyata, kata telah dikota
Bukan khayalan dan bukan lakonan
Tapi inilah kenyataan

Kerana cita diiringi doa
Pasti aku akan berjaya

Bimasakti


Ku Lihat Layu Dalam Melayu


Ku Lihat Layu Dalam Melayu video


Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati
Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya.Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

Batas Pergaulan Lelaki dan Perempuan

klik pada gambar untuk besarkan resolution

Budak Sekolah Bila Bercerita Tentang Kemerdekaan



hehe :)