Filem Pendek Pasport Ekspres by Rewan Ishak


inilah short film terbaik yang pernah aku tonton. karya Rewan Ishak yang berasal dari Utan Aji Perlis. Tahniah Rewan Ishak kerana hang telah buat orang Perlis bangga. short film Pasport Ekspres mengajar kita tentang persahabatan, cita-cita, budi bahasa, keindahan alam ciptaan tuhan dan sesuatu yang berharga yang telah dilupakan. Klik disini untuk tonton Short Film Pasport Ekspress

ini Ali. dia mahu bikin filem. bagi Ali, hari ini sama macam minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas, 2 tahun lepas, 5 tahun lepas..Yang beza cuma tarikh. 1743 kenalan di facebook. Tak sampai 100 yang Ali pernah jumpa. Angka paling tepat mungkin 87 orang. yang lain strangers. Ali rasa kosong. Dia perlukan hibernasi dan inspirasi

Perempuan Puaka

Klik pada gambar untuk besar
cincin RM24 juta
beg tangan RM30,000
rawatan rambut RM8000
penginapan di hotel mewah
Korupsi oh korupsi


Tidak Tanggung dosa Orang lain

Konsep "Suami menanggung dosa isteri dan ayah menanggung dosa anak perempuan" tidak pernah dikenali di dalam Islam. Lelaki itu hanya berdosa jika tidak melakukan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar kepada manusia dibawah jagaannya dan juga BUKAN di bawah jagaannya. Si lelaki sama sekali tidak menanggung dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anak. Apabila saya buat survey kepada ramai wanita Melayu, majoriti mereka masih memahami konsep yang salah itu lalu dengan senang hati perasan dirinya ditanggung dosa. Tidak demikian ! Jika begitu apakah yang akan malaikat tulis di buku amalan kalian?


Konsep itu jelas menyanggahi petunjuk Quran dan Hadis di mana seseorang itu tidak akan memikul dosa orang lain. Jika seseorang masih menganggap benar konsep seperti ini, wajib dia membersihkannya segera dari pemikiran kerana ia berkaitan dengan tanggapan jelik kepada keadilan Allah. Tidaklah Nabi Luth itu menanggung dosa isterinya yang tertinggal bersama kaumnya ketika bencana. Tidak juga Nabi Nuh menanggung dosa anaknya yang enggan menaiki bahtera. Tidak boleh seseorang itu bersangka buruk kepada si bapa apabila dilihat si bapa itu rajin ke masjid namun anak dan isterinya seperti puaka. Persangkaan yang boleh dilakukan hanyalah "Si ayah sudah pun menasihati namun diingkari" Lalu jagalah kain sendiri

Pemilihan warna tuala


Bagi saya pemilihan warna tuala amat penting. Hijau adalah warna paling ideal. ia membangkitkan mood kita selepas bangun tidur. Hijau adalah warna yang fresh, tenang dan happy :) Takkan nak tuala warna merah kot. bangun pagi mesti potong terus mood

Bakat Bola melalui Youtube

Lu tau tak kat luar sana ramai lagi budak2 bola yang power. 
Tapi mereka tak bermain secara pro,mewakili negeri atau negara

Kawan gua ada 2,3 orang. Lu orang tau kenapa mereka tak dapat bermain secara pro? Bukannya kerana tak pernah mencuba nasib tapi kerana karenah birokrasi atau kabel. Kesian kat bebudak ni ada bakat tapi tak dipandang. Nampak siapa yang hancurkan bolasepak negara? Lu orang jangan hairan kenapa bolasepak negara tak pernah maju. itu belum isu rasuah lagi.

Kita berjaya lahirkan artis dari Youtube. Kenapa kita tak gunakan cara yang sama untuk mencari pemain bolasepak?
Kepada bebudak yang power bola tapi tak dipandang kerana isu 'pilih kasih' ni gua cadang lu tunjukkan bakat lu dalam Youtube. semoga suatu hari nanti ada orang buka mata

73 Golongan

Orang-orang Yahudi berpecah menjadi 71golongan, 1 masuk syurga dan 70dalam neraka. Orang-orang Nasrani juga berpecah menjadi 72golongan, 71 dalam neraka dan 1 masuk ke syurga. Dan demi jiwa Muhammad yang ada dalam kekuasaanNya sesungguhnya ummatku akan berpecah menjadi 73 golongan, 1 masuk syurga dan 72 masuk dalam neraka.
Rasulullah ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga itu)?
Rasulullah menjawab : “Al Jama’ah”. (HR Ibnu Majah, no. 3994)
Sunnah kalau digenggam saja tak cukup. Nabi saw pun tahu kalau genggam saja pasti terlepas. Genggam dan gigit dengan gigi. Kalau gigi depan mesti patah, sebab itu Nabi pesan genggam dan gigit dengan gigi geraham