Bertunang dan pembaziran


Zaman sekarang ni bertunang pun dah macam menikah/kenduri. siap pasang khemah, pelamin, pakai baju sultan bagai. Bila dah ada pelamin sah2 upah photographer. buang duit satu hal, lupa diri satu hal. hang bertunang ja pun bukan sah lagi nak pegang2 cuit2. Lagipun dalam Islam pertunangan tak perlu nak dihebohkan

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. entah macam mana alih2 tak jadi nikah,putus tunang. Dahtu majlis bertunang yang grand sebelum ni apa creta? rugi dapat malu boleh. aku bukan nak prejudis ka apa tapi biaq la kena gaya. aku creta ni bukan nak mengaibkan sapa-sapa cuma harap perkara ni jadi pengajaran buat kita semua

Adalah penting untuk orang melayu hindari pembaziran dalam majlis perkahwinan. persandingan, tabarruj (mempercantik pengantin wanita), pembaziran, adat istiadat hindu dan animisme dalam perkahwinan. boikotlah bidaah dan tambahan yang menyusahkan perkahwinan. Boikotlah menurut acuan sunnah dan bidang kuasa anda. utamakan Ibadat bukan adat

Terlena dengan Janji


Kita tidak akan berjaya
sentiasa mengharap saja
pihak lain jadi lilinnya
membakar diri demi bangsa.
Kita wajar suluh sendiri
gegua sekeliling diri
tak terlena didendang janji

I pirati della Malesia

Penulis Itali, Emilio Salgari pernah menulis novel kembara berjudul I pirati della Malesia(The Pirates of Malaysia) yang diterbitkan pada 1896. Nak tahu kisahnya, tanya Google

sambil-sambil
1. kebelakangan ni cuaca kat Perlis sungguh panas
2. apa yang aku nak tak dapat.membuatkan aku makin kuat
3. apa barang kawin pakai baju sultan selit keris.pakai baju melayu lagi nice
4. aku taksuka kpd mereka yang simpan kuku panjang
5. aku kecewa dengan industri filem negara.bila nak hasilkan filem yang matang?
6. jangan takut dengan bayang-bayang sendiri

Buang NarrowMinded


Bidaah(Amalan Baru Dalam Agama) dan Erti Taat

Sebahagian orang yang tidak memahami makna bidaah dalam ibadah kerana mereka tidak mendalami erti Tauhid dan nilai perhambaan sebenarnya kepada Allah ta'ala serta mereka tidak faham akan nilai sebenar ketaatan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Seolah mereka menganggap perintah Allah dan Rasul itu sama seperti perintah manusia biasa yang boleh direka, ditokok tambah dan 'diInovasikan' amalan suruhan itu atas alasan ianya adalah perkara 'baik'. Manusia yang memahami erti ketaatan kepada Allah dan Rasul, mereka sekali-kali tidak akan berbuat seperti itu

Seisi Soal Jawab

(SOALAN)
Jika seseorang itu bersolat, lalu dia baca al fatihah dalam hati adakah dibolehkan? kalau bacaan fatihah hanya mulut yg bergerak tapi tak keluar suara dibolehkan??

(JAWAPAN)
Mazhab maliki: x disyaratkan bacaan fatihah didengari di telinga, memadai pergerakan lidah saja

Mazhab Hanafi, shafi'I dan hanbali: bacaan hendaklah didengar oleh diri sendiri, x memadai pergerakan lidah sahaja tanpa mendengarnya. Ini kerana pergerakan lidah sahaja tanpa suara tak dikira bacaan