Sams Streamyx


sebenarnya internet adalah teknologi UFO yang dicuri oleh manusia. time main bola petang2, tiba2 ada UFO mai culik sorang budak ni.bawak dia naik ke angkasa lepas dan sebuah planet yg manusia Tak pernah tau. makhluk asing tu wasiatkan gunakan teknologi ni kpd penduduk bumi utk kebaikan bersama.


primitif

justpaste.it/kaminak


lega bila cikgu terlupa nak check kerja sekolah yg diberikan. tapi cilaka bila ada kawan kita cakap "cikgu kerja sekolah yg cikgu bagi semalam bila nak check"


sams streamyx sams streamyx jomstudy.com/v2/home.asp?tab=banksoalan


PC  00:14:85:48:34:F5

NIC 14:D6:4D:8B:BE:E0

Perempuan tak suka tunjuk kemarahan eh

awak!sorry sangat pasal kejadian semalam. kita g makan, time balik boleh plak moto saya pancit. 1km jugak kita jalan sebelum jumpa kedai repair moto. dahla time tu cuaca panas,penat berjalan jauh lagi. awak mesti malu kan orang pandang2 kita. kalau saya ada kereta takda jadi camtu. sory sangat2. saya tahu awak macam marah-marah time tu tapi awak tak tunjuk kemarahan awak. awak cakap "it's ok" saya terharu sebenarnya

Motivasi Untuk Kita

Orang yang suka berkata jujur mendapatkan 3 hal, kepercayaan, cinta, dan rasa hormat
- Saidina Ali bin Abi Thalib

Aku tertawa(hairan) kepada orang yang mengejar(cinta) dunia padahal kematian terus mengejarnya
- Salman Al-Farisi

Revolusi bermula dari panas terik mentari bukan sejuk pendingin hawa





Tak meLAYU lah kalau

Aku sudah tidak berapa Melayu
Memang aku sudah kurang Melayu
Bukan kerana aku berhenti makan cencaluk dan budu
Bukan kerana aku geli dengan tempoyak dan belacan
Aku sudah tidak berapa Melayu

Memang aku sudah kurang Melayu
Bukan kerana aku menggemar Rihanna dan Adele
Dan meluat dengan Amy, Awie dan KRU

Aku sudah tidak berapa Melayu
Memang aku sudah kurang Melayu
Bukan kerana sangat memilih Jebat derhaka
Bukan kerana sangat meninggal setia Tuah

Aku sudah tidak berapa Melayu
Memang aku sudah kurang Melayu
Bukan sebab aku bertutur i – you
Dan tidak lagi berengkau – aku

Aku sudah tidak berapa Melayu
Memang aku sudah kurang Melayu
Bukan lantaran aku perasan kelas punya teman bernama Jerald atau Marina
Atau sudah mengepit ipad dan tablet mundar mandir ke sana dan sini

Hei, aku sudah tidak berapa Melayu
Memang aku sudah kurang Melayu
Kerana nabi mengajarku, takjub bangsa
Walau sebesar zarah adalah sifat jahiliah

Aku sudah tidak berapa Melayu
Memang aku sudah kurang Melayu
Kerana nabi mengajarku, menjilat penguasa
Walau bukan dengan lidah adalah menjual maruah

Aku sudah tidak berapa Melayu
Memang aku sudah kurang Melayu
Kerana agamaku tidak membenarkanku membeza hitam putih hijau merah dan biru
Kerana kebaikan, ketakqwaan dan keadilan sebenar-benar menjadi ukuran

Aku sudah tidak berapa Melayu
Memang aku sudah kurang Melayu
Kerana Tuhanku mengajar dan berfirman insan ada pelbagai keyakinan
Dan kepercayaan itu bukan halangan untuk saling mengenal dan tidak berhubungan

Aku sudah tidak berapa Melayu
Memang aku sudah kurang Melayu
Kerana aku mahu belajar dari kerencaman
Agar tiap khazanah menyumbang kekayaan

Aku sudah tidak berapa Melayu
Memang aku sudah kurang Melayu
Semakin kurang melayuku semakin kental akidahku

Aku bangga tidak berapa melayu
Sudah memang itu tuntutan agamaku


- Faisal Tehrani

Motivasi Untuk Hari ini

Jika aku dilempar pasir, nescaya aku akan jadikan ia pantai.
jika aku dibaling batu, aku akan jadikan ia gunung