Anak Muda Sokong Pakatan Rakyat

kami punya jiwa punya rasa
bangkit tuntut perubahan
rasakan gelombang kami

Keputusan Pilihanraya boleh dicabar

keputusan pilihanraya boleh dicabar dalam tempoh 21hari selepas diwartakan


Politik : Fakta Pilihanraya Umum 13

undi popular pilihanraya umum 13 GE13

Islam menolak perkauman

Ada orang bertanya kenapa kita tak boleh rasis tapi bangsa lain rasis tak apa? Yang bertanya tu orang Islam

Bukankah Quran mengingatkan umat Islam itu menjadi saksi (contoh/kepimpinan) kpd manusia dan Rasulullah saw menjadi saksi ke atas mereka. Dan bukankah pd diri Rasulullah Saw qudwah (ikutan) yg terbaik? Bukankah Quran mengingatkan 'kamu adalah sebaik baik umat yg dikeluarkan utk manusia? kamu mengajak pd makruf, cegah mungkar dan kamu beriman kpd Allah'

Formula mana yg kamu hendak ikut? Tangani rasisme dgn rasisme? Atau hadapi rasisme dgn sifat 'Rahmatal lil alamiin'

Siapa contoh dan ikutan kamu? Rasulullah SAW? Atau kamu nak ikut Yahudi dan Hitler? Yahudi dgn konsep 'God's chosen people' dan Hitler dengan 'the pure race'? Apa kesudahannya? Bunuh membunuh dan tindas menindas? Atau Ku Klux Klan dgn 'the white supremacist' yg bertopengkan agama untuk melakukan 'lynching' street justice ke atas 'nigger' . Atau nak contohi 'skin heads', neo-nazis, atau pendokong regim kulit putih Apartheid Afrika Selatan satu masa dulu

atau Israel dengan konsep Jewish statenya dan projek Judaization of Jerusalem? Mengusir orang orang Arab Palestin dan merampas hak mereka

Aku tahu reaksi kamu. Kamu akan jawab-mana boleh samakan kami dgn Hitler dan Israel? Kami tak halau mereka dan tak bunuh mereka. Ya kamu tak bunuh mereka dan tak halau mereka. Kamu melakukan lebih dahsyat dari itu. Hitler dan Israel bertindak atas rasa benci sedang mereka tidak ada sebarang harapan di akhirat sana. Tetapi tindakan dan kebencian kamu menjauhkan mereka dari Islam dan tidak mustahil mereka menolak dakwah Islam kerana sikap permusuhan kamu ke atas mereka. Mereka melihat tindakan kamu atas nama Islam sebab melayu kamu dengan Islam agama rasmi kamu tak dapat dipisahkan. Islam menjadi mangsa keadaan di negara ini. dan sekali-kali perbuatan kamu tidak sedikitpun menggambarkan kehendak Islam. Bahkan Rasulullah saw memberi amaran kpd kita semua 'Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam (tanpa izin syarak) mereka menyakiti ku' Dan Allah juga mengingatkan 'Takuti orang yg dizalimi kerana doa dan rintihan mereka didengari. Meski dilarang mereka menggunakan nama Allah pd kitab mereka namun tiada hijab antara mereka dengan Allah,walau apapun nama Allah yg mereka seru itu

Jadi jangan balas rasisme dengan rasisme, apatah lagi sikap perkauman itu diapi-apikan oleh sebahagian umat Islam dan pemimpinnya yg tdk bertanggungjawab

Bila seorang tentera Italy ditawan oleh pejuang as Sanussiy dan tentera itu hendak dibunuh. Umar Mukhtar menegahnya. lalu salah seorang pejuang berkata 'itu yg dilakukan oleh mereka jika kita tertawan'. Dijawab oleh Umar Mukhtar 'Mereka itu bukan guru kamu..'

Kesimpulannya bagi kaum ku yg rasis ingatlah ikutan kamu ialah Rasulullah SAW. dan Tuhan kita dan Tuhan mereka bahkan Tuhan seluruh alam adalah Tuhan Allah yg sama yg menjadikan manusia berbilang bangsa bahkan berbilang agama hanya utk 'litaarafu' (berkenal kenalan)

Bukan untuk menyemai rasisme, kebencian, perseteruan, curiga-mencurigai dan pertelingkahan

keputusan Pilihanraya Umum ke 13

pilihanraya umum ke 13.keputusan bergambar


































keputusan PRU13 kerusi Parlimen



























keputusan PRU13 kerusi Dun


Parti Islam Semalaysia PAS

i) PAS kini bukan lagi parti tok lebai dan guru pondok tapi parti yang dipimpin oleh golongan ulamak, professional, teknokrat dan pelbagai kategori masyarakat yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan be end

ii) Kehebatan PAS yang tidak ada pada umno ialah ketinggian peribadi pimpinan dan ahli-ahli PAS yang membudayakan hidup dengan masjid dan surau serta tazkirah dan syarahan agama dan tidak berpoya-poya

iii) Kekuatan PAS sebagai wadah kepimpinan ummah kini setanding dengan umno dari segi kemampuan mentadbir Negara dan kedua-dua parti politik ini sama-sama mempunyai peluang menjadi juara ummah di Malaysia

iv) Pendekatan kerjasama PAS dengan non muslim merupakan kemantangan pimpinan PAS dan merupakan strategi ampuh PAS dalam menyaingi umno

v) Dalam menghadapi pru dilihat lebih selesa kerana berada pada posisi offensive berbanding umno yang terpaksa defensive kerana dilingkari pelbagai isu kepimpinan, kronisme rasuah dan penyelewengan

vi) umno kurang berintegriti dalam menerajui pentadbiran negara kerana berlaku salah urus tadbir, kronisme, penyelewengan dan rasuah

vii) umno dititah sebagai parti yang salah mendidik golongan muda yang kini diajar dan diasuh dengan budaya politik samseng yang mencemar demokrasi, menghakis keyakinan massa dan menjejaskan perpaduan di Negara ini

viii) umno telah melanggar dan membelakangi semangat perlembagaan persekutuan kerana menafikan prinsip dan tuntutan federalism atas negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang, walhal negeri-negeri tersebut di pilih oleh rakyat melalui demokrasi yang sah

senarai Parlimen di Malaysia


















right click pada gambar dan tekan open link in new tab untuk gambar yang lebih jelas

Kawasan Parlimen Negeri Perlis
P001: PADANG BESAR
P002: KANGAR
P003: ARAU

Kawasan Parlimen Negeri Kedah
P004: LANGKAWI
P005: JERLUN
P006: KUBANG PASU
P007: PADANG TERAP
P008: POKOK SENA
P009: ALOR STAR
P010: KUALA KEDAH
P011: PENDANG
P012: JERAI
P013: SIK
P014: MERBOK
P015: SUNGAI PETANI
P016: BALING
P017: PADANG SERAI
P018: KULIM/BANDAR BAHARU

Kawasan Parlimen Negeri Kelantan
P019: TUMPAT
P020: PENGKALAN CHEPA
P021: KOTA BHARU
P022: PASIR MAS
P023: RANTAU PANJANG
P024: KUBANG KERIAN
P025: BACHOK
P026: KETEREH
P027: TANAH MERAH
P028: PASIR PUTEH
P029: MACHANG
P030: JELI
P031: KUALA KRAI
P032: GUA MUSANG

Kawasan Parlimen Negeri Terengganu
P033: BESUT
P034: SETIU
P035: KUALA NERUS
P036: KUALA TERENGGANU
P037: MARANG
P038: HULU TERENGGANU
P039: DUNGUN
P040: KEMAMAN

Kawasan Parlimen Negeri Pulau Pinang
P041: KEPALA BATAS
P042: TASEK GELUGOR
P043: BAGAN
P044: PERMATANG PAUH
P045: BUKIT MERTAJAM
P046: BATU KAWAN
P047: NIBONG TEBAL
P048: BUKIT BENDERA
P049: TANJONG
P050: JELUTONG
P051: BUKIT GELUGOR
P052: BAYAN BARU
P053: BALIK PULAU

Kawasan Parlimen Negeri Perak
P054: GERIK
P055: LENGGONG
P056: LARUT
P057: PARIT BUNTAR
P058: BAGAN SERAI
P059: BUKIT GANTANG
P060: TAIPING
P061: PADANG RENGAS
P062: SUNGAI SIPUT
P063: TAMBUN
P064: IPOH TIMOR
P065: IPOH BARAT
P066: BATU GAJAH
P067: KUALA KANGSAR
P068: BERUAS
P069: PARIT
P070: KAMPAR
P071: GOPENG
P072: TAPAH
P073: PASIR SALAK
P074: LUMUT
P075: BAGAN DATOK
P076: TELOK INTAN
P077: TANJONG MALIM

Kawasan Parlimen Negeri Pahang
P078: CAMERON HIGHLANDS
P079: LIPIS
P080: RAUB
P081: JERANTUT
P082: INDERA MAHKOTA
P083: KUANTAN
P084: PAYA BESAR
P085: PEKAN
P086: MARAN
P087: KUALA KRAU
P088: TEMERLOH
P089: BENTONG
P090: BERA
P091: ROMPIN

Kawasan Parlimen Negeri Selangor
P092: SABAK BERNAM
P093: SUNGAI BESAR
P094: HULU SELANGOR
P095: TANJONG KARANG
P096: KUALA SELANGOR
P097: SELAYANG
P098: GOMBAK
P099: AMPANG
P100: PANDAN
P101: HULU LANGAT
P102: SERDANG
P103: PUCHONG
P104: KELANA JAYA
P105: PETALING JAYA SELATAN
P106: PETALING JAYA UTARA
P107: SUBANG
P108: SHAH ALAM
P109: KAPAR
P110: KLANG
P111: KOTA RAJA
P112: KUALA LANGAT
P113: SEPANG

Kawasan Parlimen Kuala Lumpur
P114: KEPONG  
P115: BATU
P116: WANGSA MAJU
P117: SEGAMBUT  
P118: SETIAWANGSA
P119: TITIWANGSA
P120: BUKIT BINTANG
P121: LEMBAH PANTAI
P122: SEPUTEH
P123: CHERAS  
P124: BANDAR TUN RAZAK


P125: PUTRAJAYA

Kawasan Parlimen Negeri Sembilan
P126: JELEBU
P127: JEMPOL
P128: SEREMBAN
P129: KUALA PILAH
P130: RASAH
P131: REMBAU
P132: TELOK KEMANG
P133: TAMPIN

Kawasan Parlimen Negeri Melaka
P134: MASJID TANAH
P135: ALOR GAJAH
P136: TANGGA BATU
P137: BUKIT KATIL
P138: KOTA MELAKA
P139: JASIN

Kawasan Parlimen Negeri Johor
P140: SEGAMAT
P141: SEKIJANG
P142: LABIS
P143: PAGOH
P144: LEDANG
P145: BAKRI
P146: MUAR
P147: PARIT SULONG
P148: AYER HITAM
P149: SRI GADING
P150: BATU PAHAT
P151: SIMPANG RENGGAM
P152: KLUANG
P153: SEMBRONG
P154: MERSING
P155: TENGGARA
P156: KOTA TINGGI
P157: PENGERANG
P158: TEBRAU
P159: PASIR GUDANG
P160: JOHOR BAHRU
P161: PULAI
P162: GELANG PATAH
P163: KULAI
P164: PONTIAN
P165: TANJONG PIAI

P166: LABUAN

Kawasan Parlimen Negeri Sabah
P167: KUDAT
P168: KOTA MARUDU
P169: KOTA BELUD
P170: TUARAN
P171: SEPANGGAR
P172: KOTA KINABALU
P173: PUTATAN
P174: PENAMPANG
P175: PAPAR
P176: KIMANIS
P177: BEAUFORT
P178: SIPITANG
P179: RANAU
P180: KENINGAU
P181: TENOM
P182: PENSIANGAN
P183: BELURAN
P184: LIBARAN
P185: BATU SAPI
P186: SANDAKAN
P187: KINABATANGAN
P188: SILAM
P189: SEMPORNA
P190: TAWAU
P191: KALABAKAN

Kawasan Parlimen Negeri Sarawak
P192 MAS GADING
P193 SANTUBONG
P194 PETRA JAYA
P195 BANDAR KUCHING
P196 STAMPIN
P197 KOTA SAMARAHAN
P198 MAMBONG
P199 SERIAN
P200 BATANG SADONG
P201 BATANG LUPAR
P202 SRI AMAN
P203 LUBOK ANTU
P204 BETONG
P205 SARATOK
P206 TANJONG MANIS
P207 IGAN
P208 SARIKEI
P209 JULAU
P210 KANOWIT
P211 LANANG
P212 SIBU
P213 MUKAH
P214 SELANGAU
P215 KAPIT
P216 HULU RAJANG
P217 BINTULU
P218 SIBUTI
P219 MIRI
P220 BARAM
P221 LIMBANG
P222 LAWAS

kenapa PAS tolak umno dan berkawan dengan DAP


KENAPA PAS BERKAWAN dengan DAP dan TOLAK umno? INI JAWAPANNYA
Ini betul punya cerita DAP,sebab tu Pas lebih selesa dengan Dap dan fobia dengan umno

Mungkin ramai yang belum faham
kenapa PAS berkawan dengan DAP,
tidak dengan Umno. Buat yang
belum tahu apa sebabnya boleh
merujuk kepada 16 sebab-sebab
utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, umno Rasuah.
DAP tiada buat penyelewengan
tetapi Umno sudah banyak
penyelewengan kuasa dibuat

2) DAP menolak Hudud sebab
mereka bukan Islam, tetapi peliknya
Umno tolak Hudud sedangkan
mereka beragama Islam. Jadi PAS tak
mahu kawan dengan orang Islam
yang tolak hukum Islam

3) DAP tidak pernah bunuh umat
Islam, tetapi umat Islam Memali
dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan
masjid, tetapi banyak surau dan
masjid diruntuh atau ditutup oleh
kerajaan bn atas pelbagai
alasan

5) DAP tidak pernah hentikan
tazkirah dan kuliah agama di masjid
dan surau. Tetapi banyak kuliah dan
tazkirah dihentikan oleh pihak
berkuasa atas alasan tiada tauliah
sedangkan ustaz tersebut lulusan
Timur Tengah dan IPTA yang dibina
kerajaan sendiri

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat
tanpa bicara, tetapi kerajaan
pimpinan umno menggunakan ISA
dan akta baru sekarang untuk
berbuat demikian

7) DAP tidak pernah
menggadaikan
tanah orang Melayu, tetapi sejak
merdeka tanah rezab Melayu
berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7
juta hektar sahaja. Ini angkara
siapa?

8) DAP tidak pernah mempertikaikan
Bahasa Malaysia sebagai Bahasa
Rasmi negara tetapi siapa pula yang
memperkenalkan PPSMI?

9) DAP tidak pernah merampas dan
menganiaya negeri orang Melayu
dan umat Melayu tetapi kerajaan
BN menafikan royalti minyak
kepada Kelantan dan Terengganu

10) DAP setia kepada persefahaman
dan persepakatan tetapi Umno lah
yang menghalau PAS keluar dari
Barisan Nasional pada tahun 1974
kini umno gila talak dan kembali
rujuk kepada PAS

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS
dipandang sebelah mata, bila Umno/
BN lemah, PAS seringkali diajak
bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan
MCA, MIC dan lain-lain parti bukan
Melayu/Islam sebanyak 11 parti
dalam BN, tetapi PAS bergabung
dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu
PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan
perkauman tetapi Umno adalah
perkauman sempit sama seperti
MCA dan MIC. PAS menentang dasar
berjuang atas perkauman atau
Assobiyyah

14) PAS menentang kezaliman dan
penindasan terhadap rakyat atas
dasar apa sekalipun. Banyak sekali
contoh kezaliman dan penindasan
yang dilakukan oleh kerajaan  BN seperti menafikan royalti,
bantuan perkapita kepada negeri PR
(diberi tidak sepenuhnya dan
dilengah-lengahkan), bantuan
kepada Sekolah Agama Rakyat
dihentikan,harga barangan dan
perkhidmatan semakin naik dan
sebagainya

15) PAS menentang pembaziran yang
menjadi amalan kerajaan Umno/BN
dengan projek-projek mega yang
sebahagian besarnya tidak
memberikan manfaat kepada
rakyat

16) DAP dan PKR menerima dan
memeterai perjanjian bahawa Islam
tetap menjadi agama Rasmi
Malaysia, Sistem Raja
Berpelembagaan tetapi
dipertahankan, Hak Istimewa Melayu
iaitu Perkara 152 & 153
dipertahankan, Bahasa Melayu tetap
menjadi Bahasa Rasmi Malaysia.

sebenarnya masih banyak lagi
antara sebab-sebab tetapi 16
nurkilan kami di atas adalah
penyebab utamanya. Moga tulisan
ringkas ini mampu menjadi panduan
ringkas kepada para sahabat semua

Politik : Peratus Undi kepada parti mengikut bangsa

Statistik yang dikeluarkan jumlah daftar pemilih pru13 = 13.2 juta orang

yang keluar mengundi 80%

sokongan Rakyat mengikut bangsa pada PRU13

MELAYU - 62% = 34% BN, 28% PR
CINA - 28% = 1% BN, 27 % PR
INDIA - 8% = 4% BN, 4 % PR
LAIN2 - 2% = 2% BN 

jumlah
BN - 41%
PR - 59%

Politik : PRU13 majoriti tertinggi kerusi parlimen

berikut top 20 majoriti tertinggi kerusi parlimen

Politik : Anti Rasis

Dalam PRU tahun 99 ketika era Reformasi sedang rancak, ramai orang melayu mengundi melayu Barisan Alternatif. Penurunan undi mereka untuk Barisan Nasional amat ketara di banyak kawasan seluruh semenanjung sehingga menyaksikan jatuhnya BN di Terengganu seterusnya mengukuhkan kedudukan BA di Kelantan. Pas khasnya menunjukkan prestasi yang baik di Kedah, Perak dan Pahang

Orang bukan melayu khasnya cina memberikan undi mereka kepada Barisan Nasional. Mungkin kerana fobia dan khuatir dengan imej Pas, mereka mengambil keputusan mengundi BN. Keputusan mereka dapat dilihat dengan jelas apabila tokoh DAP seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas di tempat yang mereka tandingi. PKR pula tidak bernasib baik apabila hanya memenangi satu sahaja kerusi di Permatang Pauh. Kerana sokongan padu bukan melayu kepada BN akhirnya mereka berjaya mendapat 2/3 kerusi di Parlimen

Ketika itu tiada siapa yang mempertikaikan mood pengundi bukan melayu. Tiada komen berunsur perkauman. Tidak dari BN mahupun dari BA. Semua pihak redha dengan pilihan rakyat. Golongan ultra melayu pun tidak mempertikaikan pilihan bukan melayu. Mungkin kerana mereka dipilih semula sebab itulah mereka lega

Pilihanraya 2004 menyaksikan mood pengundi melayu dan bukan melayu lebih kepada BN. Pas tewas di Terengganu dan kebanyakan kerusi di seluruh negara. Kelantan sendiri hampir kalah. Malah Marang yang dua penggal dipegang oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga tewas

Mungkin kerana DAP mengambil keputusan untuk tidak bersama BA ketika itu, mereka berjaya memenangi hati sebahagian pengundi bukan melayu sehingga mencapai keputusan lebih baik berbanding PRU sebelumnya. Lim Kit Siang dan Karpal Singh berjaya masuk semula ke dalam Parlimen.

Even ketika itu tiada siapa mengeluh. Bahkan BN berasa amat lega kerana undi melayu dan bukan melayu berpihak kepada mereka. Komen-komen perkauman tidak ada. Malah dalam pilihanraya kecil yang diadakan dalam tempoh selepasnya, rekod BN boleh dikatakan cemerlang

Semuanya tampak berjalan dengan begitu lancar. Malaysia dikatakan sebagai negara majmuk paling harmoni dan saling bertimbang rasa. Punyalah harmoni sehingga tiada apa pun yang dapat mengganggu-gugatnya

Bila tiba PRU 2008, semasa tempoh berkempen semua rakyat dihidangkan dengan pelbagai sajian. Iklan di television dan radio menggambar betapa kuatnya perpaduan di Malaysia. Nampak seperti BN bakal mengulangi kejayaan 2004

Tapi bila keputusannya diumumkan, barulah mereka sedar bahawa ramai bukan melayu sudah tidak lagi suka kepada mereka. BN kalah di 4 negeri, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Kelantan dimana mereka mencapai rekod yg baik tahun 2004 dahulu gagal ditawan. Malah Pas berjaya mengekalkan 2/3 kerusi di sana

Seluruh negara menunjukkan prestasi kurang baik untuk BN. Mereka tidak berjaya mengekalkan 2/3 di Negeri Sembilan. Malah BA memenangi 2 kerusi DUN di kubu kuat mereka di Johor.

Bagi kerusi Parlimen pula, BN mendapat tamparan besar. Mereka gagal mendapat 2/3 kerusi parlimen. Ramai muka besar kecundang seperti Dato Seri Shahrizat Jalil, Tan Sri Koh Tsu Koon dan Dato' Seri Samy Velu

Kerusi di Kuala Lumpur hampir kecundang kesemuanya. Hanya Setiawangsa berjaya dipertahankan. Kawasan Siputeh dimenangi oleh DAP dengan majoriti 40,000 undi. Mood pengundi bukan melayu khususnya di bandar sudah tidak lagi cenderung kepada mereka

Melihat keadaan ini mulalah suara-suara perkauman sumbang kedengaran di sana sini. Golongan yang dulunya gembira dengan sokongan bukan melayu kini mula memperlekehkan golongan cina. Kenapa? Hanya kerana mereka tidak lagi mendapat sokongan. Bila orang cina undi BN mereka digelar tolerant, tapi bila mereka tidak mengundi BN mereka dituduh sebagai racist

Maka muncullah NGO's ultra melayu yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Orang ramai disogok dengan idea bahawa kaum cina ingin mengambil alih Malaysia. Padahal kalau mereka ingin mengambil alih Malaysia, PRU tahun 99 ialah waktu yang paling sesuai kerana kedudukan bukan melayu khasnya cina amat kukuh ketika itu.

Sepatutnya langkah yang diambil oleh BN selepas PRU 2008 ialah memenangi hati kaum cina dan bukan melayu. Malang sekali dalam usaha mereka memenangi hati bukan melayu, mereka juga membiarkan sahaja usaha golongan ultra melayu menjauhkan jurang perpaduan antara kaum. 1Malaysia yang digembar-gemburkan hanya nampak pada nama, tapi rohnya tidak ada. Pemimpin tertinggi BN terus membiarkan kaum cina dan india berpatah hati dengan tindakan ultra melayu

Akhirnya bila orang cina sudah menyampah dengan BN, mereka menunjukkan rasa tidak puas hati mereka di dalam PRU 13. Peratusan undi orang cina dalam PRU tersebut ialah 28 peratus, di mana 27 peratusnya mengundi PR

Johor bukan lagi kubu selamat bagi mereka. Walaupun Perak yang diambil alih BN pada tahun 2009 berjaya dikekalkan dan Kedah berjaya ditawan, mereka tewas banyak kerusi DUN di kubu-kubu kuat mereka. Di Johor sahaja sudah berbelas kerusi. PR dan DAP khasnya secara kesuluruhan mencapai prestasi yang baik dalam peringkat DUN seluruh negara

Dalam peringkat Parlimen pula BN mendapat 133 kerusi, thanks to kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak dan kerusi-kerusi yang jumlah pengundinya kecil seperti Putrajaya dan Cameron Highland. Keputusan ini amat mengecewakan mereka, apatah lagi mereka sudah berbelanja berpuluh bilion untuk mencapai 2/3 majoriti parlimen. Secara keseluruhan pencapaian mereka lebih teruk berbanding 2008

Di peringkat bawahan pula golongan ultra melayu sibuk menguar-uarkan agenda kaum cina menipu melayu dan orang cina ialah kaum yang racist dan extremist. Padahal siapa sebenarnya yang lebih extremist? Mereka atau kaum cina?

Mana-mana ahli politik yang cerdik kena faham bahawa rakyat di Malaysia khususnya penduduk bandar sudah pandai berpolitik dengan matang. Isu perkauman dan agama tidak sepatutnya dimainkan pada tahun 2013. Kalau ianya dimainkan zaman dahulu kala mungkin ada kesannya. Tapi di zaman IT dan ekonomi tidak menentu, harga barang dan hartanah melambung tinggi, kos sara hidup yang semakin naik terutamanya di bandar, kebanyakan orang bukan melayu tidak melihat apakah warna dan bangsa calon, mereka ingin melihat siapakah yang boleh menjaga mereka dan anak cucu mereka. Kalaulah mereka tidak yakin yang BN boleh menjaga kebajikan mereka, takkan nak salahkan mereka bila mereka tidak mengundi BN?

Keputusan undi popular PRU 13 menunjukkan majoriti pengundi amat tidak berpuas hati dengan BN. 51.7% mengundi PR dan 48% pula mengundi BN. BN berjaya mengekalkan pentadbiran persekutuan mereka kerana Sarawak dan Sabah

Undi melayu untuk PR ialah 28peratus berbanding 34peratus kepada BN, dengan majoriti melayu di bandar terus mengundi PR. Di pendalaman, oleh kerana penduduknya lebih sentimental kepada BN, sukar untuk PR memenangi hati mereka

Kalaulah BN masih mahu meneruskan politik dahulu-kala, maka pengikut-pengikut mereka janganlah pula menyalahkan golongan cina andaikata keputusan PRU akan datang semakin tidak menyebelahi BN

Sebagai Islam, tunjukkanlah akhlak yang baik. Bila akhlak kita baik, tentulah orang bukan Islam akan lebih berminat. Tapi kalau akhlak kita ganas, jangankan orang bukan Islam, orang Islam sendiri akan menyampah

Hamba pernah ceritakan sebelum ini bahawa hamba pernah bertanya kepada syeikh hamba apakah hukumnya mengambil/mencuri barang di kedai orang bukan Islam yang bukan dari golongan zimmi, adakah pencuri akan dikenakan hukum hudud iaitu potong tangan? Syeikh hamba menjawab: Kalaulah kamu berbuat sedemikian, kamu rasa orang bukan Islam akan makin rapat atau makin jauh dengan Islam? Adakah ini yang diajar oleh Islam?

Dalam berurusan dengan orang bukan Islam, kita seharusnya cerdik, bukan extreme. Kalau sebelum ini kalian boleh melayan mereka dengan baik, mengapa kini kalian ingin melayan mereka dengan begitu keras? Adakah melayan mereka dengan sikap extreme akan mengembalikan semula keyakinan bukan melayu dan bukan Islam kepada BN?

Sekarang golongan yang dahulunya sibuk menyerang Pas, kini sibuk pula menyeru kepada perpaduan atas nama Islam dan melayu. Serang dan pujuk. Atau sekurang-kurangnya pecah-belahkan perpaduan antara Pas-DAP. Terlalu banyak kontradiksi dalam seruan mereka

Perlu diingatkan bahawa tahalluf siyasi Pas dengan DAP ialah berdasarkan ijtihad. Bila ijtihad boleh jadi salah dan boleh jadi betul. Yang benar-benar tahu jawapannya hanyalah Allah ta'ala sahaja. Kalau betul dapat dua pahala dan kalau salah hanya satu pahala, selagi ijtihad tersebut dilakukan oleh orang yang layak.

Tiada siapa pun dari kalangan ahli UMNO yang mempertikaikan tahalluf siyasi UMNO dan parti komponen BN yang lain. Mengapa? Adakah kerana ijtihad tahalluf mereka lebih kuat dalilnya dari ijtihad tahalluf siyasi Pas? Adakah mujtahid dalam Umno ilmunya jauh lebih tinggi dari mujtahid dalam Pas? Wallahu a'lam

Yakinlah dengan ajaran Islam dan praktikkanlah ia dalam kehidupan seharian. InsyaAllah, orang bukan Islam pun akan bertambah dekat dengan Islam. Semoga Allah ta'ala memberikan kemenangan kepada Islam dan pendampingnya

Politik : Analisa dan Fakta PRU13

Analisa secara ilmiah

Parlimen
PRU12 BN 140, PR 82
PRU13 BN 133 (-7), PR 89 (+7)
Total 222 kerusi

DUN
PRU12: BN 344, PR 161
PRU13: BN 275 (-71), PR 230 (+71)
Total 505 kerusi

UNDI Keseluruhan (Popular votes)
PRU12: BN 4.0 Juta, PR 3.7 Juta (BN lebih popular)
PRU13. BN 5.2 Juta, PR 5.5 Juta (PR lebih popular)

Peratus keluar mengundi
PRU12: 8.0 Juta (76%)
PRU13: 10.4 Juta (80%) - Tertinggi dalam sejarah PRU

Apakah konklusi dari trending yang sangat menarik PRU12-PRU13 ini untuk PRU14 akan datang?

Sebarkan info ini kpd rakan2 saudara-saudari sbg berita gembira buat masyarakat Malaysia yg terus celik politik yg bersih dan adil

Keputusan akhirnya BN 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah 7 kerusi berbanding pru tahun 2008

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut: 

1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12 

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21 

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi)

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain)

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, datuk Puad Zarkashi dan datuk Lee Chee Leong

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13)

Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan)

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut 

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14 

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan. 

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib dan umno BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran ibrahim ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam

Politik : PRU13 Kerusi Parlimen dimenangi dengan majoriti rendah

FAKTA PRU13:

15 KERUSI PARLIMEN DIMENANGI DENGAN MAJORITI UNDI TERKECIL:

1. SARAWAK P220 BN menang BARAM: majoriti 194 undi
2. KELANTAN P25 PR menang BACHOK: majoriti 201 undi
3. JOHOR P142 BN menang LABIS: majoriti 353 undi 
4. PAHANG P89 BN menang BENTONG: majoriti 379 undi
5. SELANGOR P93 BN menang SUNGAI BESAR: majoriti 399 undi 
6. SELANGOR P96 BN menang KUALA SELANGOR: majoriti 460 undi
7. PAHANG P78 BN menang CAMERON HIGHLANDS: majoriti 462 undi
8. SARAWAK P208 PR menang SARIKEI: majoriti 505 undi
9. TERENGGANU P35 PR menang KUALA NERUS: majoriti 610 undi
10. SABAH P177 BN menang BEAUFORT: majoriti 673 undi
11. KELANTAN P29 BN menang MACHANG: majoriti 805 undi
12. SABAH P168 BN menang KOTA MARUDU: majoriti 842 undi
13. KUALA LUMPUR P119 BN menang TITIWANGSA: majoriti 866 undi
14. JOHOR P159 BN menang PASIR GUDANG: majoriti 935 undi
15. KELANTAN P26 BN menang KETEREH: majoriti 974 undi

Politik Kotor

jelas dan nyata pru13 sangat kotor

Bukan tak boleh terima bn menang.Tapi cuba nilai sendiri faktor dibawah :

1) begitu banyak kes pengundi hantu yang berjaya dibongkar
2) dakwat kekal yang dijanjikan langsung tak kekal.Padahal berjuta2 habis untuk beli
3) keputusan hanya diumum jam 12.50 tengah malam iaitu paling lambat dalam sejarah Malaysia
4) setelah DSAI umum PR menang banyak negeri, serta merta banyak pusat kiraan tiba2 blackout dan secara tiba2 undi bn naik mendadak
5) berjaya dibongkar apabila 3 peti undi disorok di parlimen putrajaya
6) pada pukul 11pm masih ada peti undi cuba dibawa masuk ke tempat pengundian padahal pusat mengundi ditutup pada pukul 5pm. Adakah tempoh 3 jam tidak cukup untuk proses kira undi dibuat
7) ada pengundi hantu berjaya ditangkap kerana berjaya mengundi 2kali
8) Kertas undi yang dibawa dari luar oleh petugas SPR! berjaya ditangkap sedangkan adalah mustahil kertas undi boleh berada diluar dan ia satu kesalahan yg besar

Politik : Statistik PRU13 2013

Masyarakat umum mengetahui bahawa undi popular pru 13 dimenangi Pakatan Rakyat dengan jumlah undi 5.6 juta. manakala bn 5.3 juta. Walaupun undi popular dimenangi Pakatan Rakyat tapi kenapa kerusi parlimen bn melebihi Pakatan Rakyat? ini jawapannya. right click pada gambar dan tekan open link in new tab


Politik : Fakta PRU13

undi popular


















right click pada gambar dan tekan open link in new tab untuk paparan lebih jelas


Semua kerusi parlimen di ibu negeri dimenangi Pakatan Rakyat kecuali Kangar dan Johor Bahru

Politik : Jangan fikir atas dasar parti semata


sedikit pesanan khas buat penyokong bn
(mohon luangkan 2 minit untuk baca)

1. Isu IC percuma
Meskipun media BN menafikan pemberian IC percuma kepada warga asing, tolong tinggalkan parti seketika dan lihat sumber-sumber dari Pakatan Rakyat, sekalipun kita berbeza parti, namun kita tetap sama-sama rakyat Malaysia. Negara kita telah terdedah kepada bahaya disebabkan kemasukan sejumlah besar warga asing yang diiktiraf secara rasmi melalui pemberian IC percuma. Mendapat IC bermakna mereka telah menjadi warganegara dan berhak menuntut semua hak sebagai rakyat Malaysia

2. Tok Guru Nik Aziz/PAS Sesat
Perkara ini timbul di media-media milik Barisan Nasional. Benarkah beliau sesat? Di mana sesatnya? Benarkah beliau mengkafirkan orang? Saya mohon tinggalkan seketika parti dan luangkan sedikit masa untuk mengenali peribadi beliau, cuba lihat di media-media selain BN untuk mendapat penjelasan sebenar berkenaannya. Perumpamaan mudah, bila kita sakit kita akan jumpa Doktor untuk lihat penyakit apa yang kita hidapi, sebab kita tahu itu bidang dia dan dia mahir tentangnya. Begitu juga isu Tuan Guru dikatakan sesat. Sepatutnya kita tanya ulama' dan orang-orang yang mahir bidang agama. Sebab itu bidang mereka dan mereka tahu sesat atau tidak. Apa yang kita lihat ulama'-ulama' yang faqih dan orang-orang yang faham agama mengatakan beliau tidak sesat bahkan semua mengiktiraf beliau seorang ulama' yang hebat peribadi serta ilmunya. Yang mengatakan dia sesat adalah orang-orang yang tidak mendalami jurusan agama bahkan lawan kepada partinya yang ada kepentingan politik. Apa yang penting, kita perlu lihat dari sumber yang benar supaya kita tidak tersilap menjatuhkan hukum

3. Salahguna kuasa pemerintah
Perkara ini seringkali dilontarkan oleh Pakatan Rakyat supaya kita semua cakna tentang pengurusan negara kita. Cuba lihat laporan rasmi audit negara, negeri-negeri di bawah pemerintahan PR meningkat dari sudut hasil keuntungan negeri sedangkan BN kebanyakannya menurun. Saya mohon lihat sebagai seorang rakyat Malaysia, bukan sebagai penyokong parti. Dan maklumat-maklumat ini tidak akan diperoleh di media-media BN seperti TV3 dan Utusan. Apa yang disebut oleh Pakatan Rakyat berkaitan pelbagai isu antaranya Lynas, Cincin 24 juta, Royalti minyak dan sebagainya, ia bukan isu yang kecil. Lihat juga kekayaan Menteri-menteri di Malaysia sedangkan ramai rakyat yang dibelenggu kemiskinan. Bandingkan gaya hidup pemimpin BN dengan pemimpin di dalam Pakatan Rakyat. Apa yang penting untuk kita tahu, pengurusan negara kita mengalami kebocoran dan ketirisan yang teruk, hutang negara Malaysia era pemerintahan Dato' Seri Najib sangat tinggi dan mencecah RM546 bilion. Maklumat ini tidak akan diperoleh di TV3 dan Utusan

4. Isu liwat Anwar Ibrahim
Isu ini sejak dulu dan tidak pernah surut menjadi buah mulut. Secara ringkas saya ingin sebut, Pada 26 Jun 2008, Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid merupakan doktor pertama yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan. ACP Rodwan membawa Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi untuk mendapatkan pemeriksaan dubur. Tetapi Dr Mohamed Osman tidak mendapati sebarang kecacatan pada dubur atau tanda-tanda telah diliwat. Laporan perubatan yang ditulis oleh Dr Mohamed tersebar di internet tetapi dinafikan oleh Pusrawi. Portal berita Malaysia Today telah menyiarkan surat akuan bersumpah oleh Dr Mohamed Osman bahawa beliau berpegang teguh kepada hasil pemeriksaannya bahawa Saiful tidak diliwat. Namun ia dinafikan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dan dijadikan isu hingga kini

5. Undi PR, DAP akan rampas Malaysia
Cuba berpijak di bumi nyata, Pakatan Rakyat cuma ada satu parti non-muslim iaitu DAP sedangkan Barisan Nasional ada MIC, MCA, Gerakan dan 10 lagi parti komponen non-muslim yang lain. Ini juga isu yang dimainkan oleh media BN menyebabkan wujud hubungan tidak baik sebahagian rakyat dengan DAP. Kenapa tidak pernah risau kebarangkalian MCA, MIC, Gerakan dan 10 parti komponen BN yang lain merampas Malaysia?Sebab itu saya katakan, ia permainan media. Menakut-nakutkan melayu dengan DAP supaya rakyat takut memilih PR untuk lakukan perubahan

Kesimpulan
Apa yang saya harapkan adalah kita perlu melihat setiap isu dari sumber-sumber yang berbeza. Tidak menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh media satu pihak. Yang akhirnya langkah kita tersilap disebabkan tidak mendapat maklumat yang sebenar

Walaupun berbeza parti, namun sebagai rakyat Malaysia,kita sayangkan negara kita

Pakatan Rakyat Tambah Kerusi PRU13
























JUMLAH KERUSI PARLIMEN BN SEMAKIN MERUDUM
Tahun 2004 - 198 kerusi
Tahun 2008 - 140 kerusi
Tahun 2013 - 133 kerusi

JUMLAH KERUSI PR BERTAMBAH DALAM PARLIMEN
Tahun 2004 - 24 kerusi
Tahun 2008 - 82 kerusi
Tahun 2013 - 89 kerusi

LIHAT FAKTA INI

PRU 12 (PARLIMEN)
BN : 140 kerusi
PR : 82 kerusi

PRU 13: (PARLIMEN)
BN : 133 kerusi ( -7 kerusi)
PR : 89 kerusi ( + 7 kerusi)


PRU 13 : (DUN)
BN : 344 Kerusi (-71)
PR : 230 Kerusi (+71)

PRU 12: Undi keseluruhan
BN : 4.0 juta
PR : 3.7 juta 

PRU 13 : Undi keseluruhan
BN : 5.2 juta
PR : 5.5 juta

Apakah kerja kita selama ini sia2? Jawapannya tidak.Kita memang sedih dengan kegagalan kita untuk mengubah kerajaan apatah lagi dengan situasi amalan demokrasi yang amat mendukacitakan, namun kita bersyukur kerana sokongan rakyat semakin bertambah untuk kita. Terima kasih atas pengorbanan anda semua,semoga ALLAH berkatinya. Selamat meneruskan perjuangan.Lawan tetap lawan

melayu tak maju

melayu yang menjatuhkan melayu ialah melayu yang suka fitnah orang.suka bukak aib orang,main ilmu hitam.suka mengumpat.malu tak bertempat..cepat putus asa.cepat mengalah.MC banyak.kerja nak balik awal.bukak kedai kopi dalam opis sembang2.melayu yang kena kritik sikit terus sentap..itu mentaliti melayu yang takut perubahan.melayu yang prejudis.melayu yang marah tak bertempat.melayu yang bila ditindas tak rasa apa.cukup sekadar RM500 setahun.fikir-fikirkan

UBAH


Di luar ada harimau. Confirm sebab ada bekas tapak kakinya, terdengar ngaumannya bahkan ada najisnya dan bau hencing kencingnya kerana ditanda kawasan dgn air kencing (sptnya anjing). Bangkai rusa yang licin sampai ke tulang pun ada kesan dari dimamah oleh harimau. memang confirm ada harimau. Bahkan ada orang nampak harimau, bahkan ada yang sudah dikejar harimau

Nak selamatkan diri ada sebuah rumah. Tapi orang kata dalam rumah tu ada hantu kopek. Bila ditanya ada sesiapa pernah nampak? jawabnya tak da? pernah dengar dia mengilai? tak da juga. Pernah sesiapa yang kena sembunyi dgn hantu kopek dalam rumah tu? tak ada juga. Apa bukti yang rumah itu dihuni hantu kopek? Ada sipolan cakap. bila ditanya pada sipolan jawabnya polan tu yang cakap. Akhirnya pusing pusing cakap tak tahu dari mana punca berita yang mendakwa dalam rumah ada hantu kopek.

Last-last duduk diluar rumah sebab takut pada hantu kopek yang tak real lebih dari takut kepada harimau yang real. Sanggup tanggung risiko di baham harimau dari memasuki rumah yang dimomokkan sedangkan momoknya tak wujud

Inilah ibaratnya orang yang takut dengan segala macam takut. Takut Malaysia akan sokong Israel bahkan sampai 'nanti sama-sama bunuh bayi Palestin dengan Israel", takut Malaysia jadi negara Kristian, takut anak masuk gereja sebab jumpa perkataan Allah dalam bible, takut nanti Cina jadi PM, takut Malaysia gabung dgn Singapura, takut dan takut

Sedang bahaya yang nyata iaitu rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengkhianatan, mengaut harta negara untuk tembolok sendiri dan suku sakat, menyekat kebebasan bersuara, media dimilik punya, agensi kerajaan jadi harta mak bapak dia terpampang depan mata