26 Ogo 2011

Apa yang orang kita lakukan ketika Malam Raya

Mari kita lihat aktiviti yang biasa rakyat Malaysia lakukan ketika malam raya

1. Kumpul ramai-ramai

Berkumpul ramai-ramai bersama saudara-mara. Kalau bukan time ni time bila lagi nak kumpul ramai-ramai. Penuh rumah tokwan. One Big Family. Wow happening gila

2. Bakar Lemang

Membakar Lemang di halaman rumah bersama sanak-saudara sambil pasang lagu raya. Budak-budak tengah main bunga api. Pergh suasana paling meriah

3. Shopping

Shopping last minute memang best. Ni baru betul-betul feel nak raya. Bertambah best bila harga promosi gila-gila. Sebab tu kita dapat lihat ramai yang memilih last minit untuk membeli-belah. Takkira la shopping pakaian raya atau barang-barang lain

4. Lepak dengan kawan-kawan

Selepas berkumpul dengan keluarga, keluar rumah lepak dengan kawan-kawan plak. Cari port baik pastu main gitar lagu raya dan nyanyi reramai. Syahdu kot.. Lepas tu ronda-ronda pusing kampung dan pekan jap

5. Menonton TV

Yang tak keluar ketika malam raya plak menghabiskan masa menonton filem dan drama-drama menarik yang disediakan stesyen-stesyen tv tempatan

6. Takbir Raya

Aktiviti terbaik ketika malam raya adalah takbir raya bersama-sama

Tiada ulasan: