10 Sep 2013

Rona-rona Kehidupan

Hidup ni memang hambar kalau takda orang faham apa yang kita cuba nak sampaikan. Hidup ni memang gelap kalau takda orang nampak bila kita menjerit memanggil mereka. Hidup ni memang sunyi kalau orang yang kita sayang tinggalkan kita. Tapi sedalam manapun kehambaran, kegelapan atau kesunyian itu sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri. Kalau kita kuat untuk lawan kesakitan itu semua, kita sendiri yang akan dapat rasa alangkah kecilnya dunia ni. Masa tu nanti, baru kita akan sedar bahawa penyesalan tanpa kekuatan untuk bangun kembali hanyalah sia-sia.

Takda orang yang gagal dalam dunia ni walaupun dia duduk di tempat yang paling belakang. Walaupun dia jatuh bila ditolak seseorang. Walaupun dia ditinggalkan keseorangan dalam tempat yang sunyi dan tiada sesiapa dapat mendengar jeritannya. Selagi dia mencuba untuk melangkah ke hadapan, selagi dia cuba untuk bangun dari kejatuhan itu, selagi dia cuba untuk mencari jalan keluar yang boleh membebaskan diri dia, selagi itulah cahaya kejayaan akan sentiasa menunggu dia di akhir jalan sana

Memang bukan senang nak dapatkan apa yang kita hajatkan. Bukan senang juga kita nak menerima sesuatu yang datang dalam hidup kita dan sesuatu itu kita langsung tak harapkan. Bukan semua kehendak kita dapat ditunaikan sekaligus. Kadang-kadang sesetengah apa yang kita minta tak dapat diberi tapi sebaliknya telah digantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuk diri kita sendiri. Bezanya, antara kita sedar atau tidak

Cuba pejam mata untuk seketika dan fikirkan perkara yang paling buat kita gembira dan tersenyum. Apa sahaja. Tempat, suasana, peristiwa, seseorang atau benda. Perasan tak, dalam diam kita akan tersenyum sendiri. Semua masalah akan dilupakan seketika. Walau hanya seketika, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang dapat buat kita tersenyum. Bukankah itu bahagia?

Sedalam manapun kesedihan yang kita alami, kalau kita sendiri yang taknak keluar daripada kesedihan tu, kalau kita sendiri yang terus menjerat diri kita dalam kesakitan tu, kalau kita sendiri yang membiarkan hati kita terus-terusan menangis, kita takkan rasa apa itu bahagia. Nasihat boleh diminta. Cara boleh diberi. Diri kita sendirilah yang kena bangun sendiri dan ambil langkah pertama untuk keluar daripada keluhan itu. Tak susah sebenarnya. Pinta bimbingan kekuatan dariNya, semoga apa yang kita inginkan akan dipermudahkan

Tiada ulasan: