26 Mac 2018

sinopsis Fabricated City bahasa melayu











Sinopsis Fabricated City

Mengisahkan seorang remaja dipenjarakan kerana merogol dan membunuh. Kwon Yu menjadi bingung kerana dia tidak mengetahui apa-apa. Menjadi tanda tanya kepada Kwon Yu,bagaimana dirinya ada dalam rakaman cctv ditempat kajadian,begitu juga cap jarinya. Dia percaya perkara ini dirancang dengan teliti. Dia perlu mencari dalang disebalik semua ini. Siapa pembunuh sebenar? (teruskan membaca,tiada spoiler)

Kwon Yu menyusun strategi,dia berjaya meloloskan diri dari penjara. Kwon Yu menjadi individu dikehendaki. Dia tekad membersihkan namanya. Namun menjadi masalah kepada Kwon Yu bagaimana cara untuk membersihkan namanya,kerana dia tidak boleh muncul di khalayak. Ketika masyarakat memandang jijik kepada Kwon masih adakah orang yang mempercayai dan ingin membantunya?

9/10 bintang untuk Fabricated City. Memang terbaik.
Jalan cerita menarik. Penuh suspen.
Starting pun dah kaw-kaw.

Serius tak senang duduk aku tgk movie ni.
Pengarah movie ni mmg kreatif.

Wajib tonton!

Tiada ulasan: