17 Jul 2019

Tukar Timing Belt dan Minyak Enjin

Tukar Timing Belt dan Minyak Enjin pada 15.7.2019 at 41044km.
minyak enjin dan filter beli sendiri RM80.
jadi minta Bengkel Lito berdekatan hotel sri garden tukar timing belt dan minyak enjin. Dia caj RM280.
Timing belt tukar 1 set. Ada belt, bearing dan oil seal. Lupa tanya guna brand apa. Aku rasa Gates sebab kebanyakan bengkel kereta guna brand Gates. Resit pun lupa ambik




23 Jun 2019

Tidur yang Berkualiti

Tidur yang mencukupi dan berkualiti akan membuatkan kita lebih bertenaga dan ceria untuk memulakan hari.

Senario tidak mengendahkan tidur bukanlah satu situasi yang pelik. Disebabkan itu juga ada di kalangan mereka menghidap penyakit susah tidur atau insomnia.

Setiap individu dinasihatkan mendapatkan tidur serta rehat yang secukupnya iaitu antara tujuh hingga sembilan jam sehari.
Tidur seharusnya diseimbangkan agar badan dan minda tidak mempunyai tekanan.
Seseorang yang tidurnya berkualiti akan mendapat kesihatan yang lebih baik. Jiwanya akan terasa bahagia serta kecergasan fizikal dan mindanya akan bertambah daripada mereka sentiasa terasa letih sepanjang masa.

Sekiranya anda bangun dengan badan yang cergas serta minda yang lapang, itu bermakna anda mendapat tidur yang berkualiti.
Jika sebaliknya, itu menandakan anda tidak mendapat tidur yang berkualiti, di mana sama ada anda tidak mendapat tidur yang secukupnya ataupun tidur anda terganggu.

Untuk itu sebelum tidur, anda perlu memastikan bahawa minda dan badan berada dalam keadaan tenang dan rehat.

gabungan bilik tidur yang sunyi selain tilam dan bantal yang sesuai juga memainkan peranan penting dalam usaha mendapatkan tidur yg berkualiti.
Ramai antara kita mengambil mudah tentang kualiti bantal dan tilam serta tidak sanggup melabur bagi memperoleh sesuatu yang penting dalam hidup kita.
Akibat penggunaan bantal dan tilam yang tidak berkualiti, rungutan seperti tidur tidak nyenyak, badan terasa letih dan sakit tulang belakang sering kedengaran.
Untuk mendapat tidur yang lena, pilihlah tilam dan bantal yang dapat memberi keselesaan dan sokongan pada leher serta tulang belakang.

Tidur yang berkualiti mampu memberikan kesan menakjubkan seperti membantu meningkatkan kecekapan kerja, menggalakkan pemulihan tubuh, meningkatkan daya ingatan, penumpuan, daya kreatif dan kesejahteraan emosi.

4 Jun 2019

Pencapaian Ramadan 2019

- Tarawih penuh
- Berbuka dengan air masak

26 Mac 2018

sinopsis Fabricated City bahasa melayu











Sinopsis Fabricated City

Mengisahkan seorang remaja dipenjarakan kerana merogol dan membunuh. Kwon Yu menjadi bingung kerana dia tidak mengetahui apa-apa. Menjadi tanda tanya kepada Kwon Yu,bagaimana dirinya ada dalam rakaman cctv ditempat kajadian,begitu juga cap jarinya. Dia percaya perkara ini dirancang dengan teliti. Dia perlu mencari dalang disebalik semua ini. Siapa pembunuh sebenar? (teruskan membaca,tiada spoiler)

Kwon Yu menyusun strategi,dia berjaya meloloskan diri dari penjara. Kwon Yu menjadi individu dikehendaki. Dia tekad membersihkan namanya. Namun menjadi masalah kepada Kwon Yu bagaimana cara untuk membersihkan namanya,kerana dia tidak boleh muncul di khalayak. Ketika masyarakat memandang jijik kepada Kwon masih adakah orang yang mempercayai dan ingin membantunya?

9/10 bintang untuk Fabricated City. Memang terbaik.
Jalan cerita menarik. Penuh suspen.
Starting pun dah kaw-kaw.

Serius tak senang duduk aku tgk movie ni.
Pengarah movie ni mmg kreatif.

Wajib tonton!