14 Sep 2015

Kelas F TV1

Wei mana nak cari drama Kelas F? drama ni ditayangkan pada tahun 2001 kat tv1. Waktu tayangan 7pm. drama Kelas F menceritakan tentang alam persekolahan. Kelas F ni kelas belakang. so bebudak Kelas F ni selalu dipandang rendah oleh bebudak Kelas A. Bukan itu ja, cikgu Kelas A pun turut memandang rendah kepada cikgu Kelas F dan bebudak Kelas F. drama Kelas F dilakonkan oleh Rusdi Ramli(sebagai guru kelas F) dan Haliza Misbun(sebagai guru kelas A)

Lagu tema drama ni pun best.
Kelas F, banyak ceritanya
banyak ragamnya
suka dukanya, gembira

Oh guru maafkan kami
bimbinglah kami
kami semuaa

tone/irama lagu Kelas F ni melekat kat otak aku!

12 ulasan:

KeMBaLI™ berkata...

Ok slot tayangan cerita ney jam 7malam tak salah isnin - khamis kelas f...haliza misbun cikgu suka perleceh kelas f..rusdi ramli ny cikgu yg bagus..tertiba saya teringat cerita sepi abgin ke kota London dengan Orbit Cinta Benjamin cite lama tv1 dan tv2..hahahah

Tanpa Nama berkata...

Hi saya pun tiba-tiba teringat pasal cerita ni sbb time kecik selalu tengok. Just passing by here anyway. Nice blog.

aleb fizie berkata...

sama la. terlintas lagu kelas f ni baru kejap td.. terus google dan sampai kat sini. rasanya boleh mintak pada arkib tv1 untuk ulang siar. menggamit kenangan betul.

aleb fizie berkata...

kelas f, banyak ceritanya
banyak ragamnya,
suka buat kecoh,
kelas f banyak kisahnya
suka dukanya,
gembira..

kerja yang diberi,
tak pernah dilengkapi,
sikap suka buli,
menyakitkan hati..
sakitnya hati..

oh guru,
maafkan kami,
bimbinglah kami,
berilah peluang,
semoga tak sia²,
kami buktikan,
kami berjaya..

Tanpa Nama berkata...

wah, rindunya drama ni!! mana nak cari lagu kelas F ni ya? nk sgt dowload

AzOneNa berkata...

Mna nak dpt lagu ni teringin nak download cri kat YouTube xda

Unknown berkata...

tetiba tringat cerita ni..sampai sekarang masih hafal lagu kelas F ni.. mana blh dpt lagu ni blk..anyone?

Unknown berkata...

Betul ne zamn sekolah rendah lg ne..drma ne..lagu tema tu ..masih ingat lg

Ain Zara berkata...

Betul...betul...cerita ni mmg best. Sygnya banyak drama rtm yang kita tak boleh tgk balik. Byk lagi drama rtm yang best, mangga nan sebatang, kartun che nad

Hazilah berkata...

Warna warni guli pun best gak

Nurul Husnina Mohd Ali berkata...

Kalau ada sesapa yang ada drama Kelas F ni, please bagitahu. Dah lama sangat cari tapi masih tak jumpa..

Unknown berkata...

Kalau dpt cari rojer..saya la wadak edry tu..dorang kutip2 pelajar sekolah situ 😁